Photobucket

Tuesday, June 21, 2011

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 6


PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA (PES)
POLITIK                            
Ø  LEE KUAN YEW bimbang pengaruh Barisan Sosialis akan merosakkan rancangan British untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura.
Ø  Ancaman Komunis menyebabkan Lee Kuan Yew  mendesak British menggabungkan Singapura dengan Malaysia kerana Malaysia berpengalaman  menangani masalah komunis.
Ø  Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei yang belum mempunyai kerajaan sendiri.
Ø  Ia merupakan proses dekolonisasi iaitu British melepaskan tanah jajahan iaitu negeri-negeri kecil yang belum membangun.
EKONOMI
Ø  Kerjasama ekonomi dengan negeri Sabah, Sarawak, Brunei dan singapura mewujudkan satu pasaran yang lebih luas untuk menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
SOSIAL
Ø  Dapat menyeimbangkan kadar dan jumlah kaum di kalangan negeri-negeri anggota dengan kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA
(REAKSI DALAM NEGERI)
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Ø  Rakyat anggap penubuhan Malaysia sebagai satu usaha murni membantu negeri-negeri anggota.
Ø  Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka menjadi asset untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
Ø  Parti PAS  dan Barisan Sosialis mencadangkan idea ini dibincangkan terlebih dahulu manakala UMNO menyokong penubuhan Malaysia.
SINGAPURA
Ø  Lee Kuan Yew dan Parti PAP menyokong usaha ini kerana takut pengaruh parti berhaluan kiri.
Ø  Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan Singapura dengan Malaysia.
Ø  Parti Barisan Sosialis menentang usul ini kerana berpendapat ia berbentuk penjajahan baru dan mereka meminta agar pungutan suara rakyat dilakukan.
Ø  Pendapat mereka disokong oleh Parti Rakyat dan Parti Buruh.
Ø  Pada 1 September 1962, referendum syarat penggabungan diadakan dan hasilnya rakyat Singapura bersetuju penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
BRUNEI
Ø  Sultan Omar Ali Sifuddin menyokong penubuhan Malaysia.
Ø  Satu suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau pandangan rakyat.
Ø  Parti Rakyat Brunei menentang penubuhan ini kerana mereka menganggap ia satu bentuk neokolonialisme.
Ø  A.M Azahari melancarkan pemberontakan semasa mesyuarat Undangan Negeri Brunei diadakan.
Ø  Pada 7 Disember 1962 pemberontakan ini dipatahkan tetapi A.M.Azahari tidak dapat ditangkap kerana dia melarikan diri ke Sarawak.

REAKSI NEGARA LUAR
INDONESIA
Ø  Penentangan bermula pada akhir tahun 1962.
Ø  Presiden Soekarno yang dipengaruhi Parti Komunis Indonesia menganggap pembentukan Malaysia satu bentuk penjajahan baru (neokolonialisme).
Ø  Pada 20 Januari 1963, Indonesia melancarkan konfrontasi dengan slogan Ganyang Malaysia.
Ø  Indonesia menyerang kapal-kapal nelayan dan melakukan pencerobohan udara Tanah Melayu (tiada tindakbalas dari Malaysia).
Ø  Indonesia melakukan serangan melalui Johor, Sartawak dan Sabah (Malaysia meminta bantuan negara Komanwel dengan mengadakan Perjanjian Pertahanan dengan Britain. Tunku Abdul Rahman juga menghantar bantahan kepada PBB).
Ø  ‘indonesia juga memburukkan nama Malaysia melalui negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga (Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa negara Afrika dan menjelaskan mengenai hubungan diplomatic Malaysia-Indonesia).
Ø  Pada September 1965, Jeneral Soeharto menggulingkan Presiden Soekarno dan Menteri Luar Indonesia ketika itu, Adam Malik dihantar ke Malaysia untuk memulihkan hubungan diplomatik.
FILIPINA
Ø  Pada bulan Jun 1962, Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
Ø  Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kerajaan Sulu.
Ø  Tuntutan itu dibuat berdasarkan perjanjian yang ditandatangani  pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overback.
Ø  Baron Von Overback  pula menjual haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan dan Berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
Ø  Pada 1881, syarikat itu dikenali sebagai SYARIKAT BRITISH UTARA BORNEO (SBUB).
Ø  SBUB memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun pada 1941.
Ø  Pada 1946, SBUB menyerahkan pemereintahan Sabah kepada British.
Ø  Pajakan ini disytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
Ø  Pada Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia dengan menubuhkan MAPHLINDO (Malaysia/Filipina/Indonesia).
PARTI POLITIK DI SARAWAK

No comments:

Post a Comment