Photobucket

Friday, June 17, 2011

TRAGEDI 29 MEI 2011

Cikgunie menjejakkan kaki ke Pekan Kuala Nerang tepat jam 7.00 malam 28 Mei 2011. Adik Cikgunie menjeput kami sekeluarga dengan kereta MYVI dia yang kecil molek berwarna putih. Baru 8 bulan adik Cikgunie pakai beli kereta itu. Bersempitlah kami sekeluarga dengan beg pakaian menaiki kereta adik Cikgunie. Cikgunie memberitahu adik Cikgunie rancangan kami esok hari. Oleh kerana kereta Cikgunie disimpan dan digunakan oleh adik lelaki Cikgunie di Baling, maka Cikgunie bercadang pagi esok kami akan bertolak awal ke Baling. Pada hari ini, 29 Mei 2011, suami Cikgunie cuba bawa kereta adik Cikgunie yang comel itu. Kami bercadang selepas ambil kereta di Baling adik Cikgunie akan meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya di Sungai Petani. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Baru 15 kilometer kami bertolak, kami pun tiba di bulatan berdekatan Padang Kerasak jalan menghala ke Naka, Pendang dan pokok Sena, kami terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat dengan lori yang datang dari arah kiri (Naka) dan pemandu lori itu pun tidak perasan kereta comel adik Cikgunie. Suami Cikgunie pun tidak perasan ada lori di sebelah kiri jalan. Akibatnya, Cikgunie terhumban ke hadapan manakala adik Cikgunie yang duduk di belakang tersembam di kerusi pemandu. Kaki kiri Cikgunie terseliuh manakala suami Cikgunie tiada mengalami kecederaan. Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi. Malangnya tiada seorang pun manusia yang lalu di situ memberhentikan kenderaan mereka. Pemandu lori itu pula kelam kabut untuk menghantar anaknya pergi kelas tambahan. Maka tinggallah kami tiga orang di situ. Oleh kerana kawan-kawan Cikgunie ramai jugalah yang tinggal di Kuala Nerang, maka Cikgunie pun cuba menghubungi mereka untuk mengambil Cikgunie balik ke Kuala Nerang. Malangnya tiada seorang pun yang menjawab panggilan Cikgunie. Ramzi, kawan baik Cikgunie sedang memancing di tengah laut. Yang lain-lain pergi bercuti. Akhirnya kawan sekolah Cikgunie, Siti Rahizi yang datang menjemput Cikgunie dan menghantar Cikgunie dan adik cikgunie ke balai polis Kuala Nerang. Kereta adik Cikgunie tidak dapat bergerak, jadi suami Cikgunie tunggu kereta itu di tempat kejadian. Peristiwa itu benar-benar merencatkan program percutian Cikgunie sekeluarga kerana akhirnya Cikgunie terpaksa meminjam kereta adik Cikgunie yang penghawa dinginnya tidak berfungsi. Kereta Cikgunie pula terpaksa Cikgunie pinjamkan kepada adik Cikgunie yang keretanya terlibat dalam kemalangan itu. Hmmm....masalah menjadi dua kali ganda pula. Tapi ia engeratkan hubungan silaturahim antara kami adik beradik. Syukur Tuhan masih sayangkan Cikgunie.

No comments:

Post a Comment