Photobucket

Saturday, June 11, 2011

WAJARKAH....

PENGERUSI KELAB TAAT SUAMI....
PUAN FAUZIAH BT ARIFFIN

Katanya, punca kerosakan masyarakat kerana isteri tidak taat kepada suami. Benarkah fakta ini kerana fakta ini benar-benar menyentap kemahiran berfikir seorang isteri seperti Cikgunie. Apakah hiburan yang boleh isteri berikan kepada suami? Apakah perkhidmatan dan layanan setiap isteri kepada seorang suami sejak berkahwin sehingga beranak pinak tidak diiktiraf sekiranya tidak mengizinkan suami kahwin lain? Entahlah, semakin dunia menghampiri penghujung zaman, semakin pelik pula hal-hal rumahtangga setiap pasangan suami isteri diperkatakan. Biarlah Pn. Fauziah yang menghuraikan kerana fakta ini keluar dari mulutnya. Selagi kita sebagai isteri tidak menderhaka kepada suami, selagi itulah kita masih dikira taat kepada suami. Tidak perlu diuar-uarkan ketaatan seseorang isteri kerana hanya jauhari yang mengenal manikam dan hanya suami yang tahu baik buruk isteri yang mereka kahwini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment