Photobucket

Wednesday, June 22, 2011

DRAMA DATO' ONN


SINOPSIS DRAMA DATO’ ONN (KARYA OTHMAN HAJI ZAINUDDIN)
      Drama muzikal ini mengisahkan riwayat hidup Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan dan penentang penjajahan Inggeris. Dato’ Onn bekerja sebagai Pegawai Pemungut Hasil Tanah di bawah pentadbiran Inggeris.
        Beliau yang telah kematian isteri berkahwin dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan. Namun beliau bercerai kerana tidak mendapat restu keluarga. Kemudian Dato’ Onn berkahwin pula dengan Halimah, balu Muhammad yang juga adik dato’ Onn. Perkahwinan itu atas dasar pengorbanan dan rasa tanggungjawab agar hidup Halimah dan dua orang anaknya tidak terabai. Kemudian Dato’ Onn  dipecat oleh pihak Inggeris dan       beliau juga tidak disenangi oleh Sultan menyebabkan dia dan keluarganya berpindah kie Singapura.
Di Singapura Dato’ Onn bekerja sebagai nelayan dan isterinya Halimah menjual kuih untuk menyara kehidupan mereka. Syed Hussein telah mendorong dato’ Onn menjadi wartawan Warta Malaya, iaitu wadah orang-orang Melayu menyampaikan pandangan dan perjuangan. Syed Hussein danggup menanggung modal permulaan untuk membuka syarikat penerbitan akhbar tersebut.
                Dato’ Onn meneruskan perjuangannya. Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, dato’ Onn menyeru  penduduk tempatan agar tidak meninggalkan kampung halaman mereka. Dato’ Onn bersama teman-temannya seperti Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam telah bertemu pegawai tentera Jepun, Itagaki. Itagaki memaklumkan bahawa Jepun tidak dapat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana Jepun sudah kalah dalam Perang Dunia Kedua selepas Bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat.
Semasa penubuhan MPAJA, Dato’ Onn tidak mahu terlibat kerana baginya ketika itu Tanah Melayu sudah berada diambang kemerdekaan apabila Jepun menyerah kalah kepada tentera berikat. Lagipun MPAJA mempunyai ideology komunis yang melakukan kekejaman dengan membunuh sesiapa saja yang dianggap musuh mereka. Kiai Salleh yang mengetuai orang Melayu mahu masyarakat menentang kekejaman MPAJA, namun Dato’ Onn melarang mereka berbunuhan kerana perbuatan itu tidak membawa kebaikan.
                Pada 19 0gos 1945, Dato’ Onn telah dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat. Beliau mengadakan pertemuan dengan wakil MPAJA iaitu Embong  Yahya. Kiai Salleh dan Jamil Markom mengiringi Dato’ Onn dalam pertemuan itu. Embong Yahya mahukan kemrdekaan selepas Jepun keluar dari Tanah Melayu tetapi kemerdekaan itu mestilah member keutamaan kepada kesamarataan hak antara kaum. Jamil Markom berang dengan permintaan Embong Yahya tetapi disabarkan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau tidak mahu orang ramai bertindak mengikut perasaan. Akhirnya bendera MPAJA diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, pihak British mencadangkan penubuhan Malayan Union sebagai corak pemerintahan Tanah Melayu. Dato’ Onn mencadangkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk menetang penubuhan Malayan Union. Kongres Kesatuan Melayu telah diadakan pada 1946 di Istana Besar Johor Bahru dan Parti Umno telah ditubuhkan. Selepas itu, pada tahun 1949, Dato’ Onn mencadangkan agar keanggotaan UMNO dibuka kepada kaum lain tetapi cadangannya ditolak. Pada 25 Ogos 1951, Dato’ Onn keluar UMNO.
                Tunku Abdul Rahman yang pulang dari London pada 18 Februari 1956 telah mengumumkan tarikh kemerdekaan, Tanah Melayu iaitu 31 Ogos 1957. Dalam usia 67 tahun, Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia di Larkin, Johor.

TEMA
Ø  Ketokohan dan sumbangan Dato’ Onn menentang penjajah Inggeris dan mewujudkan penyatuan masyarakat Melayu.

PERSOALAN
Ø  Keangkuhan pihak penjajah Inggeris seperti D.J Campbell dan Maxwell yang menganggap mereka pemerintah Tanah Melayu.
Ø  Keberanian seorang reformis menentang orang Inggeris yang menindas pegawai-pegawai Melayu – Dato’ Onn menentang pegawai Inggeris yang mempersendakan keupayaannya bekerja.
Ø  Tanggungjawab dan pengorbanan – Dato’ Onn berkahwin dengan balu adiknya yang meninggal dunia untuk menjaga hubungan kekeluargaan.
Ø  Kekejaman MPAJA – mereka melakukan pembunuhan kepada penentang MPAJA.
Ø  Akhbar sebagai wadah perjuangan rakyat – Dato’ Onn menerbitkan akhbar Warta Melayu untuk member kesedaran kepada rakyat menuntut kemerdekaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
DATO’ ONN
Ø  Anak Dato’ Jaafar dan abang kepada Muhammad.
Ø  Meminati bangsawan dan berkahwin dengan pelakon bangsawan bernama Che Kah tetapi bercerai tidak lama kemudian.
Ø  Pernah bekerja sebagai Pemungut Hasil Tanah tetapi dipecat oleh Inggeris.
Ø  Menjadi nelayan semasa berbindah ke Singapura.
Ø  Berkahwin dengan balu abangnya bernama Halimah atas cadangan bapanya.
Ø  Dilantik menjadi Pegawai daerah pada tahun 1945.
Ø  Menepati masa kerana selala dating ke pejabat tepat pada masanya.
Ø  Seorang yang rajin dan berdikari.
Ø  Cintakan keamanan dan tidak suka cara MPAJA yang suka berbunuhan.
Ø  Seorang yang tetap dan teguh pendirian kerana sanggup keluar daripada UMNO selepas cadangannya membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditolak.
NILAI
Ø  PATRIOTISME -  semangat perjuangan yang kental untuk memerdekakan Tanah Melayu.
Ø  KEIKHLASAN -  ikhlas berjuang untuk memajukan orang Melayu tanpa mengharapkan balasan.
Ø  BAIK HATI  -  Syed Hussein sanggup menubuhkan Warta Malaya untuk membantu Dato’ Onn.
Ø  KEGIGIHAN -  Dato’ Onn gigih menentang Malayan Union sehingga Berjaya.
Ø  KEBERANIAN -  Dato’ Onn dan Kiai Saleh berani bertemu wakil MPAJA, iaitu Embong Yahya.
Ø  KASIH SAYANG -  Halimah tetap sayangkan Dato’ Onn walaupun Dato’ Onn dibuang kerja dan bekerja sebagai nelayan.

PENGAJARAN
Ø  Kita harus berjuang untuk membebaskan negara kita daripada penjajah seperti Dato’ Onn yang sentiasa gigih memperjuangkan kemerdekaan negara.
Ø  Kita perlu bersabar semasa berhadapan dengan kesusahan seperti Dato’ Onn yang sanggup menjadi nelayan selepas dirinya dipecat oleh orang Inggeris.
Ø  Kita mesti membantu bangsa kita yang dalam kesusahan seperti Syed Hussein yang sanggup mengeluarkan modal membantu Dato’ Onn menerbitkan Warta Malaya.
Ø  Kita hendaklah sedia berkorban apa sahaja seperti Dato’ Onn yang sanggup berkorban perasaan dengan mengahwini balu abangnya yang meninggal iaitu Halimah.

No comments:

Post a Comment