Photobucket

Thursday, June 16, 2011

KEJADIAN GERHANA ...

Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana.
GERHANA BULAN

§  Gerhana bulan hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada berhadapan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Justeru, bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan kemudian menghilang.
§  Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.

§  Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.
§  Pada tahun ini telah berlaku dua gerhana iaitu gerhana matahari pada 4 Jan 2011 di Bucharest (Eropah) dan gerhana bulan pada 16 Jun 2011 (sebahagian Asia).
(    (sumber gambar gerhana bulan 16 jun 2011 zikrihusaini.com)





GERHANA MATAHARI
§  Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi bertembung dengan matahari dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru terbit kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
§  Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak antara bumi dan matahari. Keadaan itu menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
§  Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya. Gerhana separuh pula berlaku apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari. Gerhana analus terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
§  Gerhana matahari berlaku paling lama 7 minit 30 saat pada sesuatu tempat. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.





No comments:

Post a Comment