Photobucket

Wednesday, June 29, 2011

Madu Ilmu

ANTOLOGI KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5
SAJAK
  • Penggilap Rezeki karya Mohd. Hashim Osman
  • Bunga Damai karya Ria Asmira
  • Hari Tuanya Singgah karya Awang Abdullah
  • Narator Dari Desir Angin karya Marjan S
  • Rumahku karya Dg. Zuraizah Ag. Fauzi
  • Keberangkatan Ayah karya Ratna Laila Shahidin
  • Aduhai Bapa karya Hashim Yaacob
  • Nyanyi Sunyi Di Desa Sepi karya Firdaus Abdullah
  • Akar karya Hilmi Rindu
  • Kalau Kita Menjadi Kayu karya Abdul Rahim Idris
  • Daun-daun Kering Di Halaman Rumah karya Naapie Mat
  • Sketsa Pengemis Kecil Pada Landskap Kota Raya karya Chulan Chin
  • Madul Ilmu karya Shafie Abu Bakar
  • Kebaikan yang Ranap karya Arbak Othman
  • Sebatang Pena karya Aminhad
  • Tangisan Langit Tatkala Sengsara Sungai karya Ihsan Norzali
  • Anak Pulau karya A.Aziz Deraman
  • Pulang karya Adi Badiozaman Tuah
  • Di Mana Tangkai Nyawamu karya Daeng Ramliakil
  • Nafiri karya Ahmad Kamal Abdullah
  • Sketsa Kerinduan karya Shukri Abdullah
  • Musim Itu karya Dijeh ak. Mancha 
CERPEN
  • Seekor Manusia Seorang Binatang karya Muhammad Isa al-Jambuli
  • Warna Hati Seorang Datin karya Rahman Haji Yusof
  • Benar Kata Ayah karyua Ria Asmira
  • Gersang karya Masniah Kalyubi
  • Tagung karya Witer Gunik
  • Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali
  • Rindu Tanah Malaya karya karya Hashim Latif
  • Di Bawah Langit Takut-Takut karya Amalia Fauza Bohari
  • Bagai Hembusan Bayu Senja karya Juri Durabi
DRAMA
  • Bendahara Tepok karya Shaharom Hussain
  • Lima Perwira karya Kala Dewata

ANAK GLOBAL

TEKS KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5
CERPEN
  • Gelungnya Terpokah
  • Anak-anak Pejuang
  • Anak Gebala
  • Anak-anak Suria
  • Bah Urei
  • Melakar Impian
  • Cikgu Apek
  • Aksi Sang Jerut
SAJAK
  • Pasar Pengalaman
  • Sesekali Dalam Sajak
  • Nasi Ayam Lauk Sepinggan
  • Anak Global
  • Mencari Srikandi
  • Ruang Istimewa Masih Terbuka
  • Di Dada Mereka Ada Khalid
  • Ayah
  • Al-Andalus Menangis
  • Mahkota
  • Kembali Gawai Rindu Terlerai
  • Pengelana Waktu
  • Memancung Insani
  • Duka Tanah
  • Sesekali Pesakitku
  • Warkah Luka Dari Ramallah
  • Waktu Itu:Antara Ramadhan dan Syawal
  • Asin Musim Genting
  • Merdekalah Bahasaku
  • SEbuah Pesanan
  • Di Atas Peterana Bangsa
  • Negeriku Merdeka
  • Lelah Tetapi Indah
  • Kita Berdua Adalah Gambar
DRAMA
  • Muzikal Kampung Baru
  • Dongeng Sang Puteri
  • Menggapai Pelangi


Seuntai Kasih Secebis Harapan

ANTOLOGI TEKS KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL TINGKATAN 4 DAN 5


PUISI TRADISIONAL
  • PANTUN EMPAT KERAT - ADAT DAN ETIKA
  • PANTUN EMPAT KERAT - NASIHAT
  • PANTUN EMPAT KERAT - BUDI
  • PANTUN EMPAT KERAT - CINDAI
  • PANTUN EMPAT KERAT - DAGANG
  • PANTUN EMPAT KERAT
  • PANTUN LAPAN KERAT - KEAGAMAAN
  • PANTUN LAPAN KERAT - PERPISAHAN
  • PANTUN BERKAIT
  • SYAIR SI BURUNG NURI SATU
  • SYAIR SI BURUNG NURI DUA
  • SYAIR SI BURUNG NURI TIGA
  • SYAIR SI BURUNG NURI EMPAT
  • SYAIR PENTINGNYA MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN PERSAHABATAN
  • GURINDAM DUA BELAS - FASAL KESEMBILAN
  • GURINDAM DUA BELAS - FASAL KESEBELAS
  • GURINDAM SEUNTAI KASIH SECEBIS HARAPAN
  • SELOKA MAT JENIN
  • SELOKA PAK KADUK
  • SELOKA SIFAT PAK PANDIR

PROSA TRADISIONAL
  • HIKAYAT INDERA NATA
  • HIKAYAT CENDAWAN PUTIH
  • HIKAYAT PUTERA JAYAPATI
  • HIKAYAT SERI KELANTAN
  • HIKAYAT NAKHODA MUDA
  • HIKAYAT CAYA LANGKARA

Tuesday, June 28, 2011

Pokok Buah-Buahan Di Sekeliling Rumah Cikgunie Masih Belum Masak...

POKOK DURIAN KAHWIN
POKOK LIMAU BALI

POKOK CEMPEDAK YANG TELAH DISARUNG

POKOK MANGGIS

POKOK DOKONG

PENULISAN

Karangan Berpandu Bahagian A
KEBURUKAN AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR
Tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat seiiring dengan kenaikan harga rokok. Masyarakat Malaysia seolah-olah gembira melihat gambar janin yang tidak lengkap di kotak-kotak rokok dan pelbagai gambar ngeri yang terpamer di kotak rokok. Bahkan amalan merokok dalam kalangan rakyat Malaysi sudah berjangkit kepada golongan wanita. Para pelajar apatah lagi. Semua premis perniagaan ada meletakkan tanda amaran menjual rokok kepada remaja bawah umur 18 tahun namun ia diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga. Tiada tindakan tegas yang diambil terhadap peniaga yang menjual hasil tembakau kepada remaja bawah umur 18 tahun. Hal ini merupakan pemangkin kepada meningkatnya jumlah perokok di negara kita. Walaupun kerajaan berusaha untuk menghapuskan amalan merokok dengan menaikkan harga rokok, jumlah perokok tegar tetap bertambah. Di manakah silapnya kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan jumlah perokok tegar di negara kita? Tepuk dada tanya selera kerana setiap yang dilarang ada kesan buruknya. Begitu juga dengan amalan merokok.
     Amalan merokok dalam kalangan pelajar amat membimbangkan. Hal ini adalah kerana golongan ini belum bekerja dan masih berada di bangku sekolah. Jika mereka masih berada di bangku sekolah, bagaimana mereka menguruskan kewangan untuk membeli rokok yang semakin meningkat harganya? Kesan merokok kepada golongan pelajar amat berbahaya. Para pelajar yang merokok akan mengalami ketagihan kerana mereka masih muda dan rokok mengandungi nikotin yang boleh merosakkan sistem saraf dan otak mereka. Hal ini demikian kerana otak para pelajar ini masih dalam proses pembesaran. Sekiranya hal ini berlarutan, akan berlaku pembekuan darah dalam saraf otak pelajar ini. Apabila hal ini berlaku, para pelajar yang merokok ini akan mengalami koma seterusnya boleh menyebabkan kematian. Justeru, ibu bapa dinasihatkan memantau kegiatan anak-anak agar tidak terjebak dalam gejala merokok ini kerana sekali mencuba mereka tidak akan berpatah balik.
     Selain itu, amalan merokok ini akan menyebabkan kerosakan organ dalaman seperti paru-paru. Para pelajar yang merokok akan menyebabkan paru-paru mereka menjadi kehitaman. Hal ini demikian kerana, asap rokok yang mengandungi tar dan nikotin akan terperangkap dalam paru-paru. Apabila keadaan ini berlarutan, paru-paru seseorang pelajar itu akan menjadi kehitaman. Paru-paru yang berwarna kehitaman ini adalah tidak elok dan lama-kelamaan paru-paru seseorang perokok akan rosak. Kerosakan paru-paru akan menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, sering batuk-batuk dan akhirnya mendapat kanser paru-paru. Akhirnya ia akan membawa maut kepada perokok tersebut. WHO mengeluarkan statistik, 8 juta orang maut di seluruh dunia setiap hari kerana merokok. Mahukah ini berlaku kepada kita, anak-anak kita atau anak-anak murid kita? 
     Seterusnya, keburukan amalan merokok dalam kalangan pelajar ialah bertambahnya gejala sosial. Hal ini demikian kerana, para pelajar yang merokok ini akan ponteng sekolah, mencuba benda yang lebih mengkhayalkan daripada rokok sepertu syabu dan ganja seterusnya melibatkan diri dalam kegiatan ragut. Masalah sosial dalam kalangan pelajar adalah kerana tabiat merokok yang berlebihan menyebabkan seseorang pelajar itu merasakan dirinya cukup dewasa untuk melakukan aktiviti orang dewasa. Rata-rata pelajar yang merokok akan tercicir daripada alam persekolahan kerana hukuman mandatori terhadap seseorang pelajar yang didapati merokok ialah buang sekolah. Jika setiap bulan pelajar itu dibuang sekolah, di manakah mereka akan belajar? Jawapannya mereka akan mencipta aktiviti baru yang tiada faedah seperti melepak, melakukan vandalisme dan yang paling ditakuti mereka melibatkan diri dalam jenayah. Oleh itu, amalan merokok mendatang pelbagai impak dalam diri seseorang pelajar.
     Intihanya, setiap sesuatu yang diciptakan itu mempunyai kebaikan dan keburukan. Sesungguhnya merokok tidak memberikan sebarang impak maksima dalam kehidupan seseorang individu malahan ia memberikan pelbagai kesan negatif. Pisau di tangan kita, mentimun pun di tangan kita. Justeru, gunakanlah akal yang bijaksana untuk memotong atau tidak mentimun yang berada dalam tangan kita. Tiada ubat yang lebih baik untuk mengubati penyakit selain mencegahnya. Oleh itu, jauhilah amalan merokok kerana merokok mengundang bahaya kepada kesihatan kita. 

Wednesday, June 22, 2011

TIPS UNTUK CALON SPM 2011

Para pelajar yang Cikgunie kasihi sekalian...
Di sini Cikgunie turunkan beberapa tips untuk calon-calon SPM 2011 belajar dan cara mudah mengaplikasikan mata pelajaran yang diambil dengan hanya belajar KOMSAS dan Sejarah.
Para pelajar sekalian,
Teks KOMSAS dan tema-tema dalam mata pelajaran Sejarah saling berkait. Rujuklah nota Sejarah Bab 6 Tingkatan 5 untuk memahami Drama Dato' Onn. Di sini para pelajar akan nampak tema pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula dengan perjuangan Dato' Onn.

DRAMA DATO' ONN


SINOPSIS DRAMA DATO’ ONN (KARYA OTHMAN HAJI ZAINUDDIN)
      Drama muzikal ini mengisahkan riwayat hidup Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan dan penentang penjajahan Inggeris. Dato’ Onn bekerja sebagai Pegawai Pemungut Hasil Tanah di bawah pentadbiran Inggeris.
        Beliau yang telah kematian isteri berkahwin dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan. Namun beliau bercerai kerana tidak mendapat restu keluarga. Kemudian Dato’ Onn berkahwin pula dengan Halimah, balu Muhammad yang juga adik dato’ Onn. Perkahwinan itu atas dasar pengorbanan dan rasa tanggungjawab agar hidup Halimah dan dua orang anaknya tidak terabai. Kemudian Dato’ Onn  dipecat oleh pihak Inggeris dan       beliau juga tidak disenangi oleh Sultan menyebabkan dia dan keluarganya berpindah kie Singapura.
Di Singapura Dato’ Onn bekerja sebagai nelayan dan isterinya Halimah menjual kuih untuk menyara kehidupan mereka. Syed Hussein telah mendorong dato’ Onn menjadi wartawan Warta Malaya, iaitu wadah orang-orang Melayu menyampaikan pandangan dan perjuangan. Syed Hussein danggup menanggung modal permulaan untuk membuka syarikat penerbitan akhbar tersebut.
                Dato’ Onn meneruskan perjuangannya. Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, dato’ Onn menyeru  penduduk tempatan agar tidak meninggalkan kampung halaman mereka. Dato’ Onn bersama teman-temannya seperti Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam telah bertemu pegawai tentera Jepun, Itagaki. Itagaki memaklumkan bahawa Jepun tidak dapat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana Jepun sudah kalah dalam Perang Dunia Kedua selepas Bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat.
Semasa penubuhan MPAJA, Dato’ Onn tidak mahu terlibat kerana baginya ketika itu Tanah Melayu sudah berada diambang kemerdekaan apabila Jepun menyerah kalah kepada tentera berikat. Lagipun MPAJA mempunyai ideology komunis yang melakukan kekejaman dengan membunuh sesiapa saja yang dianggap musuh mereka. Kiai Salleh yang mengetuai orang Melayu mahu masyarakat menentang kekejaman MPAJA, namun Dato’ Onn melarang mereka berbunuhan kerana perbuatan itu tidak membawa kebaikan.
                Pada 19 0gos 1945, Dato’ Onn telah dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat. Beliau mengadakan pertemuan dengan wakil MPAJA iaitu Embong  Yahya. Kiai Salleh dan Jamil Markom mengiringi Dato’ Onn dalam pertemuan itu. Embong Yahya mahukan kemrdekaan selepas Jepun keluar dari Tanah Melayu tetapi kemerdekaan itu mestilah member keutamaan kepada kesamarataan hak antara kaum. Jamil Markom berang dengan permintaan Embong Yahya tetapi disabarkan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau tidak mahu orang ramai bertindak mengikut perasaan. Akhirnya bendera MPAJA diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, pihak British mencadangkan penubuhan Malayan Union sebagai corak pemerintahan Tanah Melayu. Dato’ Onn mencadangkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk menetang penubuhan Malayan Union. Kongres Kesatuan Melayu telah diadakan pada 1946 di Istana Besar Johor Bahru dan Parti Umno telah ditubuhkan. Selepas itu, pada tahun 1949, Dato’ Onn mencadangkan agar keanggotaan UMNO dibuka kepada kaum lain tetapi cadangannya ditolak. Pada 25 Ogos 1951, Dato’ Onn keluar UMNO.
                Tunku Abdul Rahman yang pulang dari London pada 18 Februari 1956 telah mengumumkan tarikh kemerdekaan, Tanah Melayu iaitu 31 Ogos 1957. Dalam usia 67 tahun, Dato’ Onn Jaafar meninggal dunia di Larkin, Johor.

TEMA
Ø  Ketokohan dan sumbangan Dato’ Onn menentang penjajah Inggeris dan mewujudkan penyatuan masyarakat Melayu.

PERSOALAN
Ø  Keangkuhan pihak penjajah Inggeris seperti D.J Campbell dan Maxwell yang menganggap mereka pemerintah Tanah Melayu.
Ø  Keberanian seorang reformis menentang orang Inggeris yang menindas pegawai-pegawai Melayu – Dato’ Onn menentang pegawai Inggeris yang mempersendakan keupayaannya bekerja.
Ø  Tanggungjawab dan pengorbanan – Dato’ Onn berkahwin dengan balu adiknya yang meninggal dunia untuk menjaga hubungan kekeluargaan.
Ø  Kekejaman MPAJA – mereka melakukan pembunuhan kepada penentang MPAJA.
Ø  Akhbar sebagai wadah perjuangan rakyat – Dato’ Onn menerbitkan akhbar Warta Melayu untuk member kesedaran kepada rakyat menuntut kemerdekaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
DATO’ ONN
Ø  Anak Dato’ Jaafar dan abang kepada Muhammad.
Ø  Meminati bangsawan dan berkahwin dengan pelakon bangsawan bernama Che Kah tetapi bercerai tidak lama kemudian.
Ø  Pernah bekerja sebagai Pemungut Hasil Tanah tetapi dipecat oleh Inggeris.
Ø  Menjadi nelayan semasa berbindah ke Singapura.
Ø  Berkahwin dengan balu abangnya bernama Halimah atas cadangan bapanya.
Ø  Dilantik menjadi Pegawai daerah pada tahun 1945.
Ø  Menepati masa kerana selala dating ke pejabat tepat pada masanya.
Ø  Seorang yang rajin dan berdikari.
Ø  Cintakan keamanan dan tidak suka cara MPAJA yang suka berbunuhan.
Ø  Seorang yang tetap dan teguh pendirian kerana sanggup keluar daripada UMNO selepas cadangannya membuka keahlian UMNO kepada kaum bukan Melayu ditolak.
NILAI
Ø  PATRIOTISME -  semangat perjuangan yang kental untuk memerdekakan Tanah Melayu.
Ø  KEIKHLASAN -  ikhlas berjuang untuk memajukan orang Melayu tanpa mengharapkan balasan.
Ø  BAIK HATI  -  Syed Hussein sanggup menubuhkan Warta Malaya untuk membantu Dato’ Onn.
Ø  KEGIGIHAN -  Dato’ Onn gigih menentang Malayan Union sehingga Berjaya.
Ø  KEBERANIAN -  Dato’ Onn dan Kiai Saleh berani bertemu wakil MPAJA, iaitu Embong Yahya.
Ø  KASIH SAYANG -  Halimah tetap sayangkan Dato’ Onn walaupun Dato’ Onn dibuang kerja dan bekerja sebagai nelayan.

PENGAJARAN
Ø  Kita harus berjuang untuk membebaskan negara kita daripada penjajah seperti Dato’ Onn yang sentiasa gigih memperjuangkan kemerdekaan negara.
Ø  Kita perlu bersabar semasa berhadapan dengan kesusahan seperti Dato’ Onn yang sanggup menjadi nelayan selepas dirinya dipecat oleh orang Inggeris.
Ø  Kita mesti membantu bangsa kita yang dalam kesusahan seperti Syed Hussein yang sanggup mengeluarkan modal membantu Dato’ Onn menerbitkan Warta Malaya.
Ø  Kita hendaklah sedia berkorban apa sahaja seperti Dato’ Onn yang sanggup berkorban perasaan dengan mengahwini balu abangnya yang meninggal iaitu Halimah.

Pembentukan Negara Malaysia



Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia

Tokoh
Tahun
Jawatan
NEGERI DICADANGKAN
LORD BRASSEY
1887
PENGARAH SYARIKAT BORNEO UTARA
Sabah, Sarawak, Negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat
SIR MALCOLM MC DONALD
1949-1952
GABENOR JENERAL BRITISH ASIA TENGGARA
Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu
DATO’ ONN JAAFAR
1956
PENGASAS UMNO
Cadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamakan Malaysia dan menggabungkan Malaysia dengan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Lim Yew Hock
David Marsall
Lee Kuan Yew
1955
1955
1959
PEMIMPIN SINGAPURA
Cadangkan hanya Singapura sahaja digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu
TUNKU ABDUL RAHMAN
27 MEI 1961
PERDANA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak



LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

1.            Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mencadangkan penubuhan Malaysia dalam satu majlis makan tengahari pada 27 Mei 1961 di Hotel Adelphi, Singapura.
Ø  Tunku pergi mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia.
2.            Penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) pada Julai 1961.
Ø  Ditubuhkan untuk menerangkan tentang gagagsan Malaysia kepada orang ramai dengan mengumpul pandangan dan menggalakkan kegiatan kea rah penubuhan dan pembentukan Malaysia.
3.            Penubuhan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (JAK) pada Ogos 1962
Ø  JAK bermesyuarat sebanyak 24 kali untuk mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
4.            Penubuhan Suruhanjaya Cobbold pada 16 Januari 1962
Ø  Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
5.            Rombongan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke Sabah dan Sarawak pada 16 Ogos-5 September 1963.
Ø  Meninjau sekali lagi pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia.
6.            Pembentukan Malaysia 16 SEPTEMBER 1963
Ø  Pembentukan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963 di STADIUM MERDEKA.
7.            Intipati Perjanjian Malaysia 1963
Ø  Akta Malaysia (Akta yang memperuntukkan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang dinamakana Malaysia) telah diluluskan oleh Parlimen British.
Ø  Akta Malaysia telah memasukkan beberapa perkara ke dalam Perlembagaan Malaysia.
v  Semua urusan hal ehwal negara menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
v  Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan.
v  Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh diamalkan.
v  Rakyat bumiputra di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
v  Bagi Hak Wilayah Asingan pula, bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas penubuhan Malaysia.
v  Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
v  Perwakilan di Parlimen terdiri 24 kerusi di Sarawak, 15 kerusi di Sabah dan 15 kerusi di Singapura.



SOALAN RAMALAN SEJARAH BAB 6

1. Idea pembentukan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Brassey pada tahun 1887 merangkumi
                A             Brunei, Sabah, Sarawak dan Negeri-negeri Melayu
                B             Singapura, Negeri-negeri Melayu, Brunei dan Borneo Utara
                C             Borneo Utara, Negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat
                D             Negeri selat, Sabah, Sarawak dan Brunei
2. Tokoh yang mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia ialah
                A             Tunku Abdul Rahman
                      B             Tun Abdul Razak
                      C             Dato’ Onn Jaafar
                      D             Rahman Talib

Tuesday, June 21, 2011

TUNTUTAN PERKARA 20 (HAK WILAYAH ASINGAN UNTUK SABAH DAN SARAWAK)


TUNTUTAN PERKARA 20 (Dikemukakan oleh Parti Perikatan Sabah)
Isu penting yang disentuh dalam Hak Wilayah Asingan
Ø  Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan Hal Ehwal Imigresen
Ø  Peruntukan kewangan
Ø  Pelajaran
Ø  Kerakyatan
Ø  Bahasa kebangsaan
Ø  Ketua Negeri
Ø  Agama Islam

PARTI-PARTI POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK BAB 6


PARTI POLITIK DI SARAWAK

PARTI
TARIKH
PEMIMPIN
AHLI
PARTI BERSATU RAKYAT SARAWAK (SUPP)
JUN 1959
ONG KEE HUI
Orang Cina (majoriti)
Orang Melayu (minoriti)
PARTI NEGARA ANAK SARAWAK (PANAS)
APRIL 1960
DATO’ BANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA
Orang Melayu
PARTI KEBANGSAAN SARAWAK (SNAP)
APRIL 1961
STEPHEN KALONG NINGKAN
Orang Iban
BARISAN RAKYAT JATI SARAWAK (BERJASA)
DISEMBER 1961
ABDUL RAHMAN YAAKOB
ABDUL TAIB MAHMUD
Orang Melayu
Orang Melanau
Orang Iban
PARTI PESAKA ANAK SARAWAK (PESAKA)
OGOS 1952
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG
Orang Cina
SARAWAK CHINESE ASSOCIATION (SCA)
JULAI 1962
WILLIAM TAN
Orang Cina

PARTI POLITIK DI SABAH

PARTI
TARIKH
PEMIMPIN
AHLI
PERTUBUHAN KEBANGSAAN KADAZAN BERSATU (UNKO)
OGOS 1961
DONALD STEPHEN
ORANG KADAZAN
PARTI KEBANGSAAN SABAH BERSATU (USNO)
DISEMBER 1961
DATU MUSTAPHA DATU HARUN
ORANG ISLAM SABAH
PASOK MOMUGUN
JUN 1962
G.S. SUNDANG
ORANG DUSUN/KADAZAN
PARTI BERSATU

KHOO SIAK CHIEW
ORANG CINA
PARTI DEMOKRATIK

PETER CHIN
ORANG CINA