Photobucket

Monday, October 16, 2017

FOKUS B. MELAYU KERTAS 1 SPM 2017

Assalamualaikum dan salam Negaraku...
Cikgunie cuba kongsi apa yang dapat Cikgunie analisis soalan-soalan Kertas 1 untuk calon Ulangan Jun 2017 yang lalu.

SOALAN SPMU JUN 2017

BAHAGIAN A

KEPENTINGAN PASAR TANI

BAHAGIAN B

SOALAN 1.
CARA-CARA MENANGANI STRES

SOALAN 2.
FAEDAH MELANCONG

SOALAN 3.
SYARAHAN PERANAN SUKAN DALAM MENGHARUMKAN NAMA NEGARA

SOALAN 4.
MANFAAT PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARA NEGARA

SOALAN 5.
TULIS CERITA BERDASARKAN PERIBAHASA INI..
SETINGGI-TINGGI TERBANG BANGAU, AKHIRNYA HINGGAP DI BELAKANG KERNAU JUGA...
MAKSUDNYA KE MANA KITA PERGI AKHIRNYA KITA AKAN KEMBALI KE TEMPAT ASAL.


FOKUS SOALAN B. MELAYU KERTAS 1 UNTUK SPM 2017
(BUKAN RAMALAN, YA...)

BAHAGIAN A.
KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

BAHAGIAN B

SOALAN 1.
USAHA MENANGANI GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR.

SOALAN 2.
KEPENTINGAN MENABUNG DALAM GENERASI MUDA

SOALAN 3.
RENCANA  PERANAN KERAJAAN MEMBENDUNG PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT.

SOALAN 4.
USAHA NEGARA SERANTAU MENANGANI MASALAH PELARIAN NEGARA-NEGARA  YANG TERLIBAT DALAM PEPERANGAN

SOALAN 5.
TULIS SKRIP ATAU CERITA MENGISAHKAN PENGORBANAN BERDASARKAN PETIKAN DIBERI...

Wednesday, September 20, 2017

TIPS MENGULANGKAJI SUBJEK BM DAN SEJARAH SPM 2017

Assalamualaikum anak-anak dan calon SPM 2017.

Masa berlalu begitu pantas. Keterbatasan waktu yang makin menghimpit membuat ramai calon SPM dan ibu bapa lebih-lebih lagi para guru yang mengajar mata pelajaran BM dan SEJARAH tak lena tidur. Apa tidaknya. Kedua-dua mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib lulus demi sekeping sijil yang akan menetukan hala tuju anak-anak calon SPM sekalian. Kerunsingan ibu bapa ada relevannya. SPM adalah penentuan kerjaya dan laluan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS. Malang jika tidak dapat melanjutkan pengajian kerana gagal BM dan Sejarah. Susah kah belajar dan hendak cemerlang dalam subjek BM dan Sejarah? Di dalam diri individu wujud faktor dalam diri anda sendiri yang mendorong anda melakukan apa yang dilakukan disebabkan memenuhi tuntutan atau keperluannya. Nah, apa keperluan calon SPM sekalian? Tentulah ingin lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek BM dan Sejarah. Apabila anda belajar untuk lulus peperiksaan tentulah anda ulang dan ulang membaca nota-nota dan buku-buku teks anda. Cara yang paling baik menurut pakar ialah baca satu perenggan ataupun satu muka surat kemudian berhenti. Selepas itu cuba ingat dengan menyebut apa yang telah anda baca sebentar tadi. Seterusnya sambung bacaan dan berhenti lagi. Kemudian ulang apa yang anda baca tadi. Teknik ini sesuai untuk anda mengulangkaji subjek BM dan Sejarah. Akhir sekali bacalah kuat-kuat dan terangkan kepada diri sendiri seolah-olah anda menerangkan kepada murid-murid anda. Di samping itu hafallah ayat-ayat al-Quran atau kata-kata hikmat untuk meningkatkan motivasi semasa menghafal. Tiada benda yang mustahil di dalam dunia ini. Nah, cubalah kaedah yang Cikgunie terapkan kepada murid dan anak-anak Cikgunie. Semoga bermanfaat untuk calon SPM 207.  Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Belakang parang diasah lagikan tajam, inikan kita makhluk ciptaan Allah yang diberi akal dan fikiran. Oleh itu, calon-calon SPM sekalian, rajin-rajinlah layari blog Cikgunie untuk mendapatkan info terkini tentang soalan dan latihan pengukuhan yang akan Cikgunie kemaskini dari semasa ke semasa.



Salam sayang dan salam hormat untuk semua pembaca sekalian.

LATIHAN RUMUSAN KARANGAN SPM 2017


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha melestarikan alam sekitar dan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam umpama makmal kehidupan. Para saintis dan penyelidik membandingkan kepentingan alam dengan semua benda hidup. Flora dan fauna saling melengkapi dan mengimbangi ekosistem alam sekitar. Kerosakan alam sekitar akan mengganggu kehidupan flora dan fauna. Kemusnahan alam sekitar akibat tangan-tangan rakus yang mengejar pembangunan perlu dihentikan. Antara langkah mencegah kemusnahan alam sekitar ialah Program Penghutanan semula Semula yang digiatkan dari semasa ke semasa. Sepatutnya kita hidup dimuka bumi ini sebagai penjaga dan memelihara alam ini sambil menggunakan segala sumber yang ada dengan bermanfaat dan bijaksana.

Usaha yang dilakukan ini menunjukkan keprihatinan pihak terlibat yang berikhtiar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar yang dimusnahkan akibat pembangunan yang tidak terkawal. Setiap pihak yang memusnahkan alam sekitar akan dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa.  Syarikat swasta juga menjadikan agenda pemulihaaraan dan melestarikan alam sekitar sebagai agenda penting mereka. Kita juga hendaklah mengikis sikap memusnahkan alam untuk mengaut keuntungan jangka pendek seperti pembalakan dengan membiarkan generasi masa hadapan berputih mata. Chief Seattle berkata, “Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.”Pihak berkuasa pula mestilah bertindak dengan mewujudkan piawaian perniagaan mesra alam agar penyangak-penyangak yang terlalu mementingkan diri ini tidak terlalu rakus memusnahkan alam sekitar. Usaha yang dilakukan ini bertujuan untuk memastikan komuniti setempat mempunyai kesedaran  menyeluruh dalam jiwa tentang kepentingan alam sekitar.

Di samping itu, sebarang bentuk perancangan pembangunan mesra alam perlu segera dilaksanakan  demi kesejahteraan rakyat. Kemajuan dalam bidang teknologi semakin mengagumkan. Kesedaran tentang penjagaan alam sekitar telah memajukan teknologi ke arah lebih mesra alam. Teknologi menggunakan sumber tenaga melalui cahaya matahari atau solar serta angin amat berjaya dalam menjaga alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar menjadi sangat mustahak kerana kita bergantung kepada bahan mentah yang berterusan dan mencukupi serta tidak pupus untuk jangka masa pendek. Sebenarnya,  kita boleh kumpul barangan terbuang yang boleh dikitar semula seperti barangan plastik, kertas, besi dan sebagainya untuk dijual atau guna semula tanpa memusnahkan alam.


Jangan fikir dan lihat apa yang orang lain lakukan. Jangan menuding jari, mulakanlah dari diri kita sendiri. Kini masih belum terlewat untuk kita bertindak. Bersama-samalah kita bertanggungjawab dalam melestarikan alam sekitar demi kehidupan yang lebih aman, sihat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan. 
(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kempen Hijau UMW”, Utusan Malaysia, Januari 2014).


Monday, September 18, 2017

Catatan 17 September

17 September
17 September
17 September
Stay hungry
Stay foolish
Stay humble
I can
And
I will
Thanks
Sweet 17 September
I remember
And
Still remember
17 September

roussenie_ar



Thursday, July 20, 2017

Salam Syawal 1438 Hijrah

Pejam celik pejam celik kita sedang menghampiri bulan Zulkaedah dan bulan Syawal akan berlalu meninggalkan kita. Selepas berlalunya bulan Zulkaedah, bulan Zulhijah pula akan memanggil semua Umat Islam untuk menunaikan ibadat haji seterusnya melaksanakan ibadah korban. Namun pengorbanan yang perlu kita lakukan ialah mengawal nafsu makan. Cikgunie nampak setiap hari sejak bermula 1 Syawal, aktiviti rakyat Malaysia ialah makan, makan dan makan. Jamuan hari raya di sini sana. Rumah terbuka pula seperti acara wajib. Jabatan, sekolah dan pelbagai agensi dan organisasi telah melengkapkan takwim Jamuan Hari Raya masing-masing. Unit Kecemasan di hospital pun bertambah jumlah pesakitnya. Iya, makanan dan kesihatan  saling berkait. Makan berlebihan makanan berlemak akan meningkatkan kolestrol. Makan berlebihan makanan manis akan menyebabkan kencing manis. Persoalannya, salah siapa jika kita didatangi penyakit kronik seperti kolestrol yang akan menyebabkan serangan jantung, kecing manis dan darah tinggi. Betul, setiap penyakit ada ubatnya. Namun, mampukah kita menelan ubat-ubat sepanjang hidup? Awas, jangan jadikan kita hamba ubat sepanjang hayat.

Thursday, June 22, 2017

SELAMAT BERPUASA... RAMADAN KAREEM

Alhamdulillah. 
Ramadan menghampiri penghujungnya. Pejam celik dah nak raya. Pada kesempatan ini, Cikgunie menyusun jari 10 dan dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Cikgunie. Sebagai manusia biasa, pasti ada coretan Cikgunie yang menyinggung hati pembaca sekalian. Kadang kala tiada niat pun cuma situasi dan masa menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak kita duga. 
Bercerita mengenai sambutan bulan puasa pada tahun ini sangat-sangat menguji diri Cikgunie sebagai hamba Allah. Bermula pada minggu kedua puasa, Cikgunie menerima panggilan dari pihak bank di Kota Kinabalu memaklumkan bahawa kereta suami Cikgunie kena tarik. Sebagai penjamin, sudah sewajarnya pihak bank memaklumkan kepada Cikgunie. Setahu Cikgunie, suami telah pun menjual kereta itu kepada individu yang dikenalinya di Labuan  tanpa menukar nama. maksudnya pembeli itu cuma sambung bayar sahaja. Selama 2 tahun ini Cikgunie sangka kan urusan kereta itu telah selesai. Suami pun beli kereta baru untuk Cikgunie. Rupanya dalam keadaan kegawatan ekonomi kelewatan membayar ansuran kereta selama 2 bulan bertutur-turut bank akan keluarkan notis untuk tarik kereta. Dijadikan cerita, bulan April 2017, kereta Cikgunie telah ditarik oleh pihak bank tanpa pengetahuan suami dan Cikgunie sendiri. Pembeli baru tidak memaklumkan sepatah pun tentang keadaan kereta sehinggalah pada 7 Jun 2017 pihak bank menelefon suami bahawa kereta akan dilelong pada 9 Jun 2017. Ya Rabbi. Cikgunie tak pernah terfikir bahawa kereta itu masih di tangan bank. Mahu tidak mahu, Cikgunie terpaksa ke Labuan pada 8 Jun 2017 untuk selesaikan bayaran kereta termasuk charge tarik dan store selama hampir 2 bulan. Rupanya kalau sesuatu itu milik Cikgunie, berapa lama dan di mana sahaja ia tetap akan kembali kepada Cikgunie.
Sekembalinya Cikgunie ke Kuala Lumpur, suami kawan rapat Cikgunie pula meninggal. dalam keadaan badan yang penat Cikgunie menziarahi jenazah arwah suami kawan Cikgunie. Sejak 12 Jun 2017 badan Cikgunie lemah-lemah dan demam berpanjangan sehingga semalam, 21 jun 2017. pada hari ini, 22 jun 2017, alhamdulillah, kesihatan Cikgunie makin pulih. Rupanya bulan Ramadan memang bulan yang penuh ujian dan bulan yang penuh kerahmatan. Hanya insan yang terpilih akan melalui ujian dan dugaan yang mencabar mental dan fizikal untuk memperoleh keberkatan yang dilimpahi Allah SWT untuk semua hambaNya.
Ramadan yang berbaki 2 hari lagi, sempatkah Cikgunie mengumpulkan amalan yang tertunggak??


Thursday, January 26, 2017

FROG VLE

1Bestarinet
1Bestarinet ialah laman web untuk syarikat Frog VLE bagi kegunaan guru dalam sesuatu aktiviti.

Monday, January 23, 2017

TETAMU ALLAH DUYUFURRAHMAN

Alhamdulillah, tahun 2016 menjadi titik tolak dalam hidup Cikgunie. Dijemput menjadi tetamu Agung pada musim haji yang lepas banyak memberi keinsafan dalam hidup Cikgunie. Saat nak bertolak Cikgunie tak sempat nak minta maaf daripada pembaca blog Cikgunie yang mungkin sepanjang 7 tahun menulis di sini banyak hati2 yang terluka kerana terasa dengan ayat-ayat tak berlapik Cikgunie. Syukur Cikgunie masih diberi kesempatan untuk meminta maaf kepada pembaca blog sekalian bahawa Cikgunie tidak sempurna dan pastinya banyak kesilapan yang Cikgunie lakukan. Maafkan diri ini andai sepanjang berbicara di sini ada hati-hati yang terasa.

Mengimbau pengalaman menjejakkan kaki ke Bumi Anbia, terasa betapa beruntungnya Cikgunie dilahirkan dan dibesarkan sebagai umat Islam. Namun pengorbanan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyampai dan menyebarkan agama Islam bukan boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta benda. Nyawa yang menjadi taruhannya. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Pengalaman mengerjakan ibadat dan rukun haji pada tahun 2016 sangat bernilai. Sesungguhnya Cikgunie adalah orang-orang yang bertuah dan terpilih daripada kalangan umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima. Syukur Alhamdulillah. 

Tuesday, January 10, 2017

Ciri-Ciri Guru Abad 21

1.  Menguasai subjek diajar.
2.  Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi.
3.  Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
4.  Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology).
5.  Memiliki kemahiran Kaunseling.
6.  Menggunakan teknologi terkini.

Wednesday, January 4, 2017

Rindu dan Kenangan

Rindu ialah satu perasaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada setiap insan.

Kita akan merindui insan yang tidak pernah kita temui. Contohnya Rasulullah SAW.
Sebagai manusia biasa perasaan rindu akan terbit saat kita dibuai kenangan. 
Kenangan biasanya akan disulami rasa rindu.
Namun kenangan pahit tidak pernah akan menggamit kerinduan.
Cuma kenangan manis yang pernah tercipta akan menimbulkan bibit-bibit rindu.
Setiap kali kenangan manis menjelma akan terbitlah bunga-bunga kerinduan terhadap insan-insan yang pernah mencipta kenangan manis bersama kita. 
Kadang-kadang rasa rindu kita simpan dalam hati. Ada yang malu dan ada yang ego untuk meluahkannya.
Apabila rasa rindu diluahkan kita akan menitipkan pesanan ringkas atau kiriman salam melalui teman sebagai tanda ingatan kita terhadap insan yang kita rindui.
TETAPI.....
Tahukah kita bahawa perasaan RINDU  itu akan terlerai saat kita bertemu insan yang kita rindui...

Tuesday, January 3, 2017

Kenderaan 2016 D-MAX Isuzu

Alhamdulillah. Allah bagi rezeki lebih. Cikgunie dapat hadiah kereta pick up daripada suami. Kereta tahan lasak untuk semua jenis permukaan jalan. tegap dan selamat ketika memandu di jalan raya. Cikgunie tak pernah terfikir untuk memiliki kenderaan seperti ini. Memandangkan jarak perjalanan Cikgunie ke sekolah sejauh 35 kilometer melalui jalan yang tidak rata dan bertampal di sana-sini, suami Cikgunie menghadiahkan kenderaan ini kepada Cikgunie sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 20 pada April lalu. D-MAX jimat minyak dan tahan lasak serta mempunyai ciri-ciri yang menawan serta garang jika di lihat dari hadapan. 

SELAMAT TAHUN BARU 2017
















Selamat tinggal 2016. Selamat datang 2017. Alhamdulillah bertemu lagi kita tahun 2017 ini.
Syukur kepada Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita.
Apa azam tahun 2017?
Apa maksud azam?
Azam ialah KPI (Key Performance Indicator) kita, iaitu apa yang kita nak capai dalam hidup.
Setiap tahun kita memperbaharui azam seperti memperbaharui lesen memandu.
Seperti tahun sebelumnya Cikgunie berazam nak jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. 
Insya Allah. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup dan semua urusan Cikgunie. 
Cepatnya waktu berlalu. Tahun 2016 paling sibuk untuk insan bernama Rusni binti Ahmad. Kursus haji dan mengerjakan ibadat haji, iaitu Rukun Islam Kelima. Sempurna sudah Cikgunie sebagai orang Islam. Lepas tu Cikgunie menjemput YB Dato Seri Mahdzir Khalid sebagai perasmi Hari Anugerah Cemerlang Sekolah SMK Mahang pada 6 November 2016 berjalan lancar. Syukur atas nikmat Allah. Pejam celik rupanya dah masuk tahun kedua Cikgunie menjadi Pengetua SMK Mahang. GURU ARKITEK BANGSA. Semoga tahun 2017 membawa sinar kebahagiaan kepada semua pembaca blog cikgunie.blogspot.com. Sama-sama kita perbaharui azam kita. Akhir kata, selamat kembali ke sekolah.