Photobucket

Tuesday, May 3, 2011

Antologi DIRGAHAYU BAHASAKU


CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG

Cerpen ini mengisahkan seorang remaja yang berusia 14 tahun bernama Khalid mengingati kisah semasa serangan Jepun ke atas kampungnya, iaitu Kampung Pulau Che Amat. Pada pagi 8 Disember 1941, Kampung Pulau Che Amat telah diserang oleh tentera Jepun. Pak Hussin telah mengarahkan semua penduduk Pulau Che Amat agar berpindah segera. Arahan Pak Hussin yang berusia 30 tahun ketika itu dipatuhi oleh semua penduduk kampung. Pak Hussin membawa semua penduduk kampung ke pangkalan. Semua orang kampung menaiki perahu panjang untuk menyelamatkan diri. Malangnya, Pak Hussin telah tertinggal pada saat akhir apabila Pak Ngah memerintahkan mereka meninggalkan pangkalan. Akhirnya Pak Hussin telah ditangkap oleh tentera Jepun dan semua penduduk kampung termasuk isterinya telah berjaya keluar dari Kampung Pulau Che Amat malalui Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah,Pulau Panjang dan Sungai Gali sehingga sampai ke Pengkalan Cepa. Pak Hussin telah dipaksa oleh tentera Jepun untuk mengorek kubur besar bagi mengebumikan semua mangsa yang terbunuh. Hati Pak Hussin sangat hiba melihat mayat yang masih berdarah dan dikebumikan dalam satu lubang besar. Akhirnya Pak Hussin telah berjaya melarikan diri daripada tahanan tentera Jepun. Jasa Pak Hussin pun diperkatakan orang. Sesungguhnya Pak Hussin ialah wira sejati Kampung Pulau Che Amat. Malangnya setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Hussin telah terkena jerangkap samar tinggalan tentera Jepun pada tahun 1941telah menyebabkan kakinya kudung. Sejak itulah Pak Hussin menjadi dipanggil buntung kerana kakinya yang kudung. Selepas beberapa lama, Khalid telah menemui Pak Hussin di pekan Wakaf Baru. Pak Hussin bertongkat lusuh di bawah ketiaknya dan dia masih lagi mengenali Khalid kerana arwah ayah Khalid dulunya ialah rakan karibnya. Khalid mengajak Pak Hussin yang banyak jasanya kepada orang kampung agar singgah di rumahnya di Jalan Bayam tetapi Pak Hussin menolak kerana dia hendak menghadiri kenduri aqiqah cucunya di Padang Bemban.

CERPEN PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG

Cerpen ini mengisahkan seorang bayi yang dilahirkan cacat fizikal dan kerdil pula oleh seorang ibu berbangsa Cina. Siew Lan tidak dapat menerima anaknya yang cacat. Ibu Siew Lan mengatakan anaknya terkena kenan Loatang iaitu sejenis wayang patung yang selalu ditonton Siew Lan. Oleh kerana Mak Timah seorang yang mempunyai nilai perikemanusiaan yang tinggi dan desakan daripada anak-anaknya, maka Mak Timah mengambil keputusan untuk memelihara Siew Hong, iaitu anak Siew Lan. Ibu Siew Lan telah member wang sebanayak RM150.00 kepada Mak Timah kerana sanggup memelihara Siew Hong. Mak Timah menggelar Siew Hong dengan gelaran Pungut. Mak Timah juga telah memberikan nama Islam kepada Siew Hong iaitu Zahara. Maka sejak itu Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong telah tinggal bersama-sama Mak Timah. Sekarang kesihatan Mak Timah semakin tidak stabil. Pungut yang sudah berusia 24 tahun tidak mahu membesar lagi. Tingginya hanya 0.6 meter dan Pungut tidak boleh bercakap serta pekak pula. Pungut juga tidak boleh menguyah apa yang dimakannya. Dia hanya menelan apa saja yang disuapkan ke dalam mulutnya seperti ular sawa menelan mangsanya. Pungut juga tidak boleh menyuap makanan sendiri apatah lagi membasuh najisnya. Jadi Mak Timah sangat keletihan melayan Pungut kerana usianya semakin tua. Pungut hanya berbunyi seperti orang menangis apabila lapar. Dia juga akan membuang najis sesuka hatinya kerana dia tidak boleh bercakap. Mak Timah hanya mampu berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu daripadanya. Lagipun Mak Timah hanya menumpang di rumah anaknya. Kesengsaraan membesarkan dan menjaga Pungut hanya dialami oleh Mak Timah seorang sahaja. Anak-anaknya langsung tidak menghiraukan Pungut. Justeru Mak Timah terpaksa mendoakan Pungut pergi lebih dahulu daripadanya.

No comments:

Post a Comment