CERPEN TANGGAR AMANAT
Cerpen ini mengisahkan seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional Yellowstone, Amerika Syarikat. Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village. Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar. Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang member salam. Perkataan ‘bonda’ yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam. Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya. Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insane yang lain. Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia.
No comments:
Post a Comment