Photobucket

Sunday, July 3, 2011

KEBAHAGIAAN.....

Bahagia ertinya tidak menderita.
Bahagia ertinya sentiasa gembira.
Bahagia ertinya mencintai keamanan.
Bahagia ertinya bencikan persengketaan.
Namun bahagiakah kita rakyat Malaysia andai Perhimpunan Haram diteruskan?
Bahagiakah kita memporak poranda negara dengan menggadaikan keamanan?
Di manakah letaknya Perlembagaan yang kita junjung andai sanggup memperlekehkannya?
Tepuk dada tanya selera kerana pisau di tangan kita dan mentimun pun di tangan kita, terpulanglah sama ada kita mahu memotong timun itu atau pun kita mahu membiarkan mentimun itu. Sebagai rakyat biasa, bertindak pun kita akan menerima kesannya, tidak bertindak pun kita akan menerima kesannya kerana ibarat durian dengan mentimun, menggolek ke kiri kita akan terkena duri durian, menggolek ke kanan pun kita akan kena duri durian. Fikirkan sejenak.

No comments:

Post a Comment