Photobucket

Wednesday, July 13, 2011

PUISI MODEN TINGKATAN 3

Pemahaman : Puisi Moden – Sajak Rumah Baru

 Analisis Sajak Rumah Baru karya Haron A.H

Tema

Sikap bertanggungjawab dan bersatu hati masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum dalam menjayakan wawasan negara demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup


Persoalan

i.
Generasi muda pada hari ini perlu sedar akan tanggungjawab mereka kerana masa depan negara terletak di tangan mereka
ii.
Dalam negara yang rakyatnya berbilang bangsa seperti Malaysia, kerjasama dan perpaduan antara kaum amat penting
iii.
Negara kita perlu mempunyai identiti tersendiri demi mengekalkan keunikan dan keistimewaannya

Bentuk
i.
Sajak ini berbentuk bebas.
ii.
Mempunyai tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai enam baris.
iii.
Panjang setiap baris tidak sama. ( dua hingga lima patah kata)

Nilai

i.
ii.

Bekerjasama
Bersatu padu

iii.
iv.


Bertolak ansur
Berwawasan

Pengajaran
i.
Usaha mendidik generasi muda tentang pentingnya wawasan negara perlu ditingkatkan agar mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka.
ii.
Kerjasama di kalangan rakyat sesebuah negara amat penting demi mencapai matlamat membangunkan dan memajukan negara.
iii.
Hubungan kemasyarakatan yang erat dan mesra terutamanya antara kaum perlulah dijaga agar kehidupan yang aman dan harmoni dapat terus dinikmati.

No comments:

Post a Comment