Photobucket

Monday, July 18, 2011

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU

CONTOH PERSEMBAHAN BERKUMPULAN (FORUM)

TAJUK: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

Dewasa  ini, arus modenisasi dan globalisasi telah memesatkan pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar kita sudah terjejas. Hal ini merupakan kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. Untuk mengupas isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekolah Menengah St. Anthony dengan menjemput pelajar Tingkatan 5 Adhara sebagai ahli panel.

Lennon: Salam sejahtera kepada Cikgu Rusni dan rakan sekalian. Pada pagi ini kami akan menyampaikan forum yang bertajuk Melestarikan Alam Sekitar. Sebelum membincangkan tajuk forum ini, saya Tony Tan mewakili kumpulan saya  mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rusni kerana beliau telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk melaksanakan  ujian lisan ini. Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekolah Menengah st. Anthony mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.
Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih lanjut lagi bermaklumat, saya telah menngundang empat orang tokoh yang terlibat dalam pelestarian alam sekitar secara langsung, iaitu di sebelah kanan saya Saudara Kenji Yap.  Di sebelah kiri saya pula Saudara Goh Boon Ong seterusnya Saudara Melvin Tan dan yang terakhir Saudara Ng Yu Haw.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Semua yang berlaku mesti ada permulaannya. Setiap isu ada pokok pangkalnya, begitu juga dengan masalah pencemaran ini. Terlalu banyak pendapat yang diutarakan tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu,  kita dengar pendapat saudara Yap tentang persoalan ini.  Silakan Saudara Yap.

Yap: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya membincangkan punca-puncanya,  saya rasa lebih baik diterangkan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan kemudaratan apabila digunakan.
Punca-punca yang diwartakan  sebagai penyebab pencemaran terbahagi kepada dua jenis.  Pertama,  pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi dan kedua, pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia.
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi, dan sebagainya.  Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia pula ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara;  contohnya   gas-gas beracun dan zarah-zarah yang terperangkap hasil daripada asap kenderaan, jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan sebagainya. Pencemaran air pula disebabkan oleh pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya.  Pencemaran tanah pula berpunca daripada pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia, dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia yang dipetik dari laman web sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90 -95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya. Hal ini bermakna, jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran laut.  Lebih 90% daripada punca pencemaran laut disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% berpunca daripada sektor perkapalan. Dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk “Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia”, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55) 
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi, pengeksploitasian hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, perternakan, dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding dengan kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, Saudara Pengerusi Lennon.

Lennon: Terima kasih Saudara Yap kerana memberikan pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan. Yang menyedihkan ialah semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada Saudara Melvin.  Silakan Saudara Melvin.

Melvin: Terima kasih Saudara Lennon. Tentang kesan buruk pencemaran ini, saya berpendapat bahawa sekalian umat manusia atau semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau melayari Internet. Kesan yang amat dirasai sekarang gara-gara pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia. Ribut taufan, misalnya, berlaku dengan amat kerap.  Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, pemusnahan ozon dan hujan asid. Sementara itu, pengeluaran gas monoksida, iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis unsur lagi yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum, iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya, kita lihat pula kesan pencemaran air.  Saya ambil bukti yang dipetik dari laman web semasa berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Penyakit ini seterusnya dikenali sebagai penyakit Minamata.
Kesan pencemaran bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberikan kesan kepada hidupan yang lain. Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh hidupan akuatik di perairan cetek ialah kesan tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran dengan persisiran pantai, lapisan minyak yang mengancam hidupan laut serta burung terbentuk. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut dalam jangka panjang akan mengancam sumber pendapatan ataupun periuk nasi nelayan.

Goh:  (angkat tangan)

Lennon: Ya, saudara Goh.

Goh: Minta maaf, saya ingin membuat tambahan atas informasi daripada Saudara Melvin. Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut. Demikianlah sedikit banyak pendapat saya Saudara Pengerusi.

Lennon: Terima kasih Saudara Goh dan Melvin. Nampaknya, dampak atau pun impak pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita yang tidak diselia rapi .Oleh itu, beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya mempersilakan Saudara Goh memperkatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan.

Goh: Terima kasih dan salam sejahtera semua. Apabila disebut pencemaran yang teruk itu, tentu terfikir di benak kita tiadakah cara untuk mengatasi permasalahan ini. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Selain itu, mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada minyak ini praktikal ataupun tidak,  alternatif  ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang prihatin terhadap persekitaran.

Ng: Bukan sahaja di dalam negara kita, di peringkat antarabangsa, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar. Objektif  kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tumpah di perairan Malaysia . saya rasa itu sahaja  antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.

Lennon: Hadirin sekalian, demikianlah pandangan ahli panel forum kita pada hari ini. Semoga, segala maklumat yang diperoleh dalam perbincangan ilmu ini memberikan kesedaran kepada kita untuk menjaga alam sekitar. Apa yang nyata ialah pencemaran sebenarnya berlaku kerana hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita.  Sewajarnya kita sedar bahawa bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu, sama-samalah kita memulihara dan memelihara keindahan alam sekitar kita. Sekian, terima kasih.







16 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih, kalau perlukan bantuan emelkan saja ke emel cikgu.

      Delete
  2. salam cikgu...julai dpn adlh tarikh sy mengambil ujian lisan...jd sy ingin bertye persediaan bagaimanakah harus sy lakukan kerana sy adlah calon persendirian dan dh lme sy tglkn skolh...

    ReplyDelete
  3. diharap ckgu dpt menjawab soalan sy dan emelkn kpd sy..mdmbaizura@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mdmbaizura,
      boleh share ke saya x apa yg cikgu share dgn awk mengenai persediaan ujian lisan bm tu?
      terima kasih.
      eyja.ibrahim93@gmail.com

      Delete
    2. Faizzah Ibrahim, boleh emel kat cikgu apa yang faizzah nak tau,,,, rusni.ahmad@ymail.com

      Delete
  4. mdmbaizura, tengok emel yang cikgu hantar

    ReplyDelete
  5. ckgu kalau gagal dalam lisan spm akan effect dalam spm x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gagal dalam ujian lisan, memang effect kat keputusan kerana mulai 2013, markah ULKCP akan dicampur dengan kertas 1 dan kertas 2,,,lagipun kat slip keputusan SPM akan ditulis gagal dalam ujian lisan. Nasihat Cikgunie, cakap dan jawab apa-apa saja yang berkaitan dengan tajuk dan jangan sesekali berdiam diri.

      Delete
  6. Salam cikgu...blh xsy ingin bertye lg...blh xsekiranye sy bertanya dgn pihak skolah dimana sy akn mengambil oral test bln dpn tentang tajuk dan topik2 yg perlu sy ulangkaji bm dan bi?mksd sy adakah pihdak sekolah akn memberitahu sy topik2 tersebut...sbb sy masih tidak yakin dgn persediadan yg sy ad sekarang...diharap cikgu dpt emel sy sekali lg...mdmbaizura@ymail.com...jasa baik ckgu amat sy harapkn..trime ksh cikgu

    ReplyDelete
  7. salam cikgu...isnin dpn adlh tarikh sy mengambil ujian lisan...jd sy ingin bertye persediaan bagaimanakah harus sy lakukan kerana sy adlah calon persendirian dan dh lme sy tglkn skolh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mijan, harap berjaya menjawab dengan baik. Maaf cikgunie baru buka blog dan baru baca. Kalau ada apa2 kemusykilan nak tanya tentang tentang kertas 1 dan kertas 2 boleh emel cikgu kat emel rusni.ahmad@ymail.com

      Delete
  8. salam cikgu...sy calon spm persendirian untk tahun ni n untk pengetahuan cikgu sy dah tingglkn sek slma 9 thun..sy ingn bertnya apa persedian y perlu sy lakukn untk menghadapi spm thun ni n klu blh sy mohon cikgu dapt membntu sy...sy harap gikgu dapt emel kn sy tip2 or panduan kt emael sy nurul88_atiqah@yahoo.com.my

    ReplyDelete