Sejarah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi
Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang
bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan
latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Peranan
ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan
pada 10 November 2006. Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan
pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai
pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11
tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara
Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai
lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi
Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan.
Di
samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan
sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera
Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
UPNM
telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan
graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan
UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik
sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa
melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350
siswa tentera.
Sementara
itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi
Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains
dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan
pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat
Asasi Pertahanan, iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan
Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.
Program
akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam
negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan
kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk
hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan
negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan
dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan
dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
No comments:
Post a Comment