MARI MENCUBA KAEDAH CIKGUNIE....
Calon perlu menulis mengikut urutan ayat seperti berikut dalam setiap
perenggan agar karangan menarik dan panjang.
Ö AYAT TOPIK ( FAKTA ATAU IDEA UTAMA)
Ö AYAT HURAIAN 1.
Ö AYAT HURAIAN 2.
Ö AYAT PENEGAS ATAU AYAT HURAIAN 3.
Ö AYAT CONTOH.
Ö AYAT PERIBAHASA.
Ö AYAT PENYIMPUL
Dewasa ini, arus modenisasi dan globalisasi telah merancakkan
pembangunan negara. (AYAT TOPIK). Hal ini demikian kerana pelbagai
projek sosioekonomi dilaksanakan dengan begitu pesat bak mutiara kata seperti “cendawan
tumbuh selepas hujan”. (AYAT HURAIAN 1 ). Sehubungan dengan itu, alam
sekitar menjadi mangsa kerakusan pembangunan yang tidak mengenal erti belas kasihan
kepada manusia dan hidupan di muka bumi ini. (AYAT
HURAIAN 2). Sedarkah kita bahawa alam sekitar akan terjejas lantaran
projek pembangunan yang semakin tidak terkawal ini? (AYAT PENEGAS). Sebagai contoh,
pokok-pokok ditebang dan bukit-bukau digondolkan atas nama pembangunan. (AYAT CONTOH). Sebenarnya kita tersepit antara keinginan
menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata
peribahasa “ditelan mati emak, diluah mati bapa”. (AYAT PERIBAHASA). Oleh itu, terdapat
beberapa langkah untuk mengawal pencemaran alam sekitar semasa melaksanakan
pembangunan di sesebuah kawasan agar alam sekitar sentiasa bersih, indah dan
selamat. (AYAT
PENYIMPUL)
No comments:
Post a Comment