Photobucket

Thursday, January 2, 2014

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

Latihan

1.    Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani.

2.     Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?  

Jawapan

1. Tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani ialah kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. Selain itu kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara dan kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.

2. Cara untuk menanam semangat cintakan akan negara dalam kalangan remaja adalah dengan memberi pendidikan melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah. Selain itu, mengadakan kempen, seminar atau bengkel melalui aktiviti kokurikulum. Seterusnya, melibatkan penyertaan remaja dalam persatuan atau pertubuhan belia.

No comments:

Post a Comment