TAJUK : PERANAN IBU BAPA MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK.
Pendahuluan jenis persoalan.
Apakah yang paling disukai oleh kanak-kanak? Bermain.
Apakah yang paling digemari oleh kanak-kanak? Makanan. Apakah makanan yang
paling digemari kanak-kanak? Coklat. Aiskrim. Keropok. Apakah makanan paling
enak bagi seorang kanak-kanak? Jawapannya ialah makanan segera seperti burger,
pizza, ayam goreng, kentang goreng dan seumpamanya. Pada masa kini, makanan
segera menjadi makanan utama kebanyakan masyarakat Malaysia. Namun begitu
makanan segera akan memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan. Antaranya
ialah kerosakan gigi, sembelit, masalah obesiti, tekanan darah tinggi, pembuluh
darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar. Sudah terang
lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan penting menggalas tanggungjawab
mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan kanak-kanak, bak mutiara
kata mencegah lebih baik daripada mengubati.
No comments:
Post a Comment