Photobucket

Friday, January 3, 2014

TERIMA KASIH 4 IBNU KHALDUN SESI 2014

Baru sehari bersama Cikgunie, tetapi pada hari ini murid-murid 4 Ibnu Khaldun amat membanggakan Cikgunie. Sepanjang 20 tahun berkhidmat mengajar murid-murid menengah atas, baru hari ini Cikgunie menemui permata yang Cikgunie tercari-cari selama ini. Pada hari ini, murid-murid Tingkatan 4 Ibnu Khaldun SMK Mutiara berjaya melengkapkan tugasan karangan respon terbuka bertajuk "Usaha Mencapai Impian dan Cita-Cita Saya." Cikgunie sangat bangga atas usaha kalian. Ada pendahuluan yang menarik, perenggan isi yang menarik dan perenggan penutup yang menarik. 
Antara ungkapan menarik yang paling berkesan di hati Cikgunie ialah....
Kita tidak dapat melihat masa hadapan, kita juga tidak dapat meramal masa hadapan tetapi kita dapat merancang masa hadapan kerana kita berhak menentukan masa hadapan kita....

No comments:

Post a Comment