Pengalaman yang ingin dikongsi bersama pengunjung cikgunie.blogspot.com pada kali ini ialah mengenai kejujuran. Dasawarsa ini nilai kejujuran semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita. Sukarnya kita mencari kejujuran dalam era globalisasi ini seperti sukarnya kita mencari permata daripada timbunan pepasir. Nilai kejujuran dalam kalangan pemimpin, sudah tidak wujud lagi. Hari ini pemimpin A mengatakan harga barang tidak naik tetapi keesokkannya Pemimpin B mengumumkan kenaikan harga barang. Hari ini seorang wakil rakyat mengumumkan keluar parti, hari esok seorang wakil rakyat lompat parti. Hari ini seorang lelaki menabur janji, hari esok dia memungkirinya. Hari ini seorang suami mengucapkan sayang kepada sang isteri, hari esok dia membawa pulang madu isteringa. Justeru, di mana-mana tiada lagi kejujuran apatah lagi jika bersandarkan sebuah persahabatan. Paling sukar mencari kejujuran dalam kalangan kawan-kawan yang rapat dengan kita. Cikgunie pernah mengalami betapa tiadanya nilai kejujuran dalam persahabatan yang cikgunie jalinkan baik dengan kawan-kawan lelaki mahupun perempuan. Semuanya tidak jujur apabila berkawan dengan cikgunie kerana masing-masing mempunyai visi dan misi yang hanya mereka saja yang tahu. Pun begitu apabila kebenaran terserlah, mereka berlalu begitu sahaja daripada hidup cikgunie tanpa rasa bersalah. Pembuka tirai 2011 saja menyaksikan cikgunie kehilangan 3 orang kawan baik hanya kerana mereka tidak jujur apabila bersahabat dengan cikgunie. Mereka ada agenda tersembunyi seperti mana akrabnya persahabatan Mesir dengan Amerika. Pun begitu cikgunie tidak serik untuk melebar persahabatan dengan orang lain pula kerana manusia ini rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Lain padang lain belalang dan banyak udang banyak garam. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu berkasih biar satu ada kebenarannya kerana hanya orang tersayang sahaja yang tidak akan menipu kita. Bukan memuji diri selama hidup bersama suami tercinta melebihi 15 tahun, belum pernah sekalipun suami cikgunie membohongi diri ini. Itulah bezanya bintang yang bersinar indah di langit dengan rumput yang sering kita pijak. Kadang-kadang pengalaman pahit yang ditempuh adalah ubat paling mujarab untuk mematangkan lagi seseorang individu dalam menilai dan mengenali erti sebuah kejujuran. Ingatlah tanpa kejujuran tiada maknanya sebuah perhubungan apatah lagi bila melewati batas-batas persahabatan.
Salam sejahtera Cikgunie,
ReplyDelete1. Sometimes, our good freinds are the best enemies.
2. Don't believe what the rich people's said. When you talking with them, they always said YES but at the end they say NO.
3. To trust someone is good but not to trust anybody is better.
Begitulah susahnya hidup zaman sekarang ni, Kak Rusni terutamanya mencari orang atau sahabat yang jujur tetapi itulah yang kita kena buat untuk keselamatan diri kita sendiri.
By right, i agree with you.