Photobucket

Thursday, March 3, 2011

Karangan Berdasarkan Bahan Ransangan

Bahagian A
[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan hasil pertanian di negara kita. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.



Bahagian B
[Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit]
[100 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1.     Selain menumpukan bidang kurikulum, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah kerana menyahut seruan 1 Pelajar 1 Sukan.
 Huraikan kepentingan sukan kepada pelajar di sekolah.

2.    Aktiviti pertanian dapat menjana pendapatan sesebuah keluarga.
 Bincangkan  pernyataan di atas.

3.    Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan. Oleh itu, usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan perlu dilaksanakan.
 Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkat semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

4.    Kerjasama serantau dalam bidang sains dan teknologi telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah bidang perubatan.
 Cadangkan bentuk kerjasama serantau yang dapat dilaksanakan bagi menangani masalah penyakit berjangkit.

5.    Karya kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi cemerlang yang mempunyai semangat patriotik di negara ini.
 Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas.


CONTOH JAWAPAN SOALAN 1
I MURID 1 SUKAN
Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat. Katanya, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment