Setelah mencapai kemerdekaan,kemajuan ekonomi negara begitu pesat membangun Sektor pertanian telah menjadi tulang belakang ekonomi negara pada waktu itu. Namun, perubahan zaman menyaksikan Malaysia mengalami transformasi, yakni daripada sebuah negara yang berasaskan sektor pertanian dan perlombongan kepada sebuah negara yang berasaskan perindustrian dan perkhidmatan. Hasrat kerajaan untuk menjana sektor pertanian negara semula dapat dilihat apabila nama Kementerian Pertanian sendiri telah ditukar kepada Kementerian dan Industri Asas Tani. Perubahan ini bertujuan memberikan nafas baharu kepada kementerian tersebut dalam memainkan peranan yang lebih berkesan kepada perkembangan industri tani negara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian negara. Jika dibandingkan secara relatif antara sektor pertanian dengan sektor lain, jumlah upah , insentif dan suasana tempat kerja dalam sektor pertanian tidak begitu kompetitif. Masalah ini secara langsung menyukarkan usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda nekerja dalam sektor pertanian. Rata-rata muda-mudi kampung lebih senang bekerja di kilang daripada bekerja di sawah ladang. Faktor guna tenaga negara yang kebanyakannya kini berkelulusan tinggi turut menyulitkan keadaan apabila graduan-graduan university lebih berminat untuk bekerja dalam sektor yang lebih glamor. Perasaan rugi kerana tidak mendapat kerja yang sesuai atau setaraf dengan diploma atau ijazah yang ada jika bekerja dalam sektor pertanian juga merupakan satu faktor yang diambil kira oleh lepasan-lepasan universiti ini. Maka tidak hairanlah apabila statistik yang dikeluarkan mendapati hampir 80 000 orang siswa siswi kini menganggur. Persepsi kemiskinan yang biasa dikaitkan dengan mereka yang bekerja dalam sektor pertanian turut menyunbang kepada keadaan ini. Secara kasar kita dapat melihat bahawa isi rumah miskin biasanya datang daripada mereka yang terlibat dalam sektor ini. Tanggapan ini patut diubah. Selain migrasi buruh yang kini lebih cenderung ke arah sektor lain, terdapat juga migrasi sumber, terutamanya sumber tanah, yang telah bertukar menjadi tapak-tapak perindustrian. Keadaan ini berlaku dengan ketara di kawasan Semenanjung Malaysia yang pada suatu ketika dulu dikenali sebagai “Jelapang Padi” negara dan kini semakin bertukar menjadi lembah industri berteknologi tinggi. Selain itu, tekanan kawalan harga terhadap kebanyakan produk hasil tani mengakibatkan margin keuntungan yang diperoleh oleh usahawan tani tidak besar. Keadaan semakin teruk apabila harga komoditi mentah sektor pertanian juga sangat dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa yang tidak menentu. Usaha untuk memasarkan hasil tani tempatan yang bermutu turut berhadapan dengan sikap kebanyakan negara yang masih mengamalkan dasar melindungi sektor pertanian mereka. Antara yang mengamalkan dasar ini termasuklah negara maju yang menguar-uarkan ideologi pasaran bebas seperti Amerika Syarikat dan Jepun tetapi bersikap sebaliknya apabila isu pasaran sektor pertanian mereka tergugat. Cabaran-cabaran ini wajar dijadikan perangsang untuk membolehkan kita terus bersaing dan emajukan sektor pertanian Malaysia. Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan label “Malaysia’s Best” untuk buah-buahan tempatan yang menepati kualiti dan piawaian yang ditetapkan merupakan satu contoh baik dalam usaha ini. Usaha untuk membawa teknologi pertanian yang moden dan mesra alam juga patut diteruskan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang lebih giat sewajarnya tidak hanya mendapat pembiayaan kerajaan tetapi penglibatan sektor swasta dalam konteks ini akan mempercepat usaha untuk memajukan sektor tani negara. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana *Cabaran Memajukan Sektor Pertanian Negara*, Utusan Malaysia,7 Jun 2004) |
Soalan 1: Rumusan [30 Markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran untuk memajukan sektor pertanian dan kepentingan sektor pertanian kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Soalan 2: Pemahaman
[35 Markah]
Jawab semua soalan
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab semua soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tulang belakang ekonomi negara. [2 markah]
(ii) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan sektor pertanian negara. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sektor pertanian tidak boleh diabaikan walaupun kita beralih kepada sektor perindustrian? [4 markah]
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan ayat-ayat anda sendiri.
Matahari kian terang. Fikiran kami kian lega. Semua harta benda kami tinggalkan. Ibuku sempat membawa barang-barang kemasnya, tetapi Pak Ngah Isa dan orang-orang lain sempat membawa beras sebanyak-banyaknya. Aku mengerti dengan sungguh-sunguh bahawa perpindahan kami disebabkan oleh perang! Walaupun aku tidak mengerti sesungguhnya makna perang itu, tetapi kurasakan akibatnya. Rata-rata kami mengetahui perang sekarang ialah perlanggaran mendadak oleh Jepun ke atas Inggeris. Kampung kami, Pulau Pak Amat, yang mempunyai sebuah benteng yang kami banggakan selama ini, menjadi tempat permulaan tentera-tentera Jepun mendarat (hal ini kuketahui setelah aku measuring sekolah di kota). Seorang jiran kami, telah menghitung di hadapanku. Pagi ini ialah 8 Disember 1941.
Aku menghirup sesuatu di dalam rongkong pengalaman dalam usiaku empat belas tahun. Rata-rata kami dihinggapi duka nestapa oleh kejadian ini. Ketika kami tiba di hadapan Sungai Gali, kami tidak mendengar bunyi ledakan bom mortar. Sesekali kudengar sayup-sayup rentetan senapang. Akan tetapi sesuatu yang ajaib telah berlaku. Ketika kami tiba di pangkalan Kampung Dal, kami telah kehilangan sesuatu. Kami tidak menyedarinya sebelum ini. Kami terpinga-pinga. Ayahku dengan gagahnya cuba menguasai sebuah perahu untuk surut ke belakang. Ayahku ditahan oleh Pak Ngah. Semua orang menahan ayahku. Ibuku menangis dan bersenggayut di kain pakai ayahku. Adikku juga.
Kami kehilangan Pak Husain!
Dialah yang mengetuai kami berpindah. Dialah yang mengusung Jarah. Dia jugalah yang mengumpulkan kami ke pangkalan. Dia segala-galanya. Dia tertinggal dalam saat akhir apabila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pangkalan. Tidak ada seorang pun antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pangkalan. Ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah sterna juga tidak sedar. Sekarang Mak Bidah mula meraung. Ketiadaan Pak Husain, pahlawan kami, menjadi suatu kumpulan fikiran kami bersama-sama. Sebagai lazimnya, dalam saat-saat yang menekan dan maut di mana, kehilngan itu terpaksa ditelan.
(Dipetik daripada Pahlawan Buntung, oleh S. Othman Kelantan,
Antologi dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)
(I) Apakah maksud rangkai kata kami dihinggapi duka nestapa? [2markah]
(ii) Peperangan mendatangkan banyak kemusnahan kepada manusia. Nyatakan kesan-kesan
peperangan terhadap sesebuah negara. [4 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang telah berlaku kepada Pak Husain? [3 markah]
Soalan 2 ( c ) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan dayang-dayang itu pun pergi sekalian turun ke taman. Setelah dilihat oleh penunggu tasik itu tuan puteri itu datang, maka katanya, “Hai, cucuku, itulah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi datang. Pergilah Tuanku bersembunyi pada tempat yang sunyi-sunyi.” Setelah itu, maka tuan puteri itu pun datang dengan segala dayang-dayang dan inang-inang pengasuhnya.
Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru, “Adakah nenekku di rumah?” Maka sahut peri itu, “Tikar dan bantal seperti ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat tidur laki-laki rupanya.” Maka kata peri itu, “Adapun tempat tidur siang hari ini tempat hamba tidur pada malam hari.” Maka ia pun tertawalah serta bergurau senda. Maka tuan puteri itun pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habislah dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri itu pun pergilah mandi keluar di dalamcindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan inang pengasuh sekalian.
Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan ada pun matanya itu daripada intan dan bulunya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu serayalah berbunyi terlalu merdu suaranya.
Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bunyi burung bayan itu, maka tuan puteri pun memandang ke atas pohon kemunting itu. Maka dilihat oleh tuan puteri seekor burung bayan terlalu indah rupanya. Maka kata tuan puteri kepada inangda, “Tangkaplah bayan itu.”
(Dipetik daripada Hikayat langlang Buana, Antologi
Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(I) Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada melihat dia. [2 markah ]
|(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Raja Indera Bumaya mengintai Puteri Mandu Ratna Dewi
mandi di kolam? [3 markah ]
(iii) Nyatakan keistimewaan yang dimiliki Raja Indera Bumaya. [3 markah ]
Soalan 2 (d) Petikan Puisi
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DIRGAHAYU BAHASAKU
Tempatmu di singgahsana
Hati nurani bangsaku
Warga yang berbudi
Setia dan amanah
Bahasa itu maruah bangsa
Yang mesti dipelihara martabatnya
Agar tetap kukuh dan ampuh
Melayari lautan bijaksana
Salam ikatan mesra dan teguh.
Cekal dan waja semangat pejuangku
Hak bangsaku memilikimu
Hak bangsaku mendaulatkanmu
Di bumi bertuah ini
Merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
Gagah pelautku membelah lautan
Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu bahasaku
Di arena antarabangsa suaramu tumbuh
Menusuk kalbu lagu bahasamu
Bahasamu bahasa minda
Mudah akrab dan bertatasusila
Daripada bangsa yang bernama Melayu
Menempa kejayaan di alaf baru.
(Dipetik daripada Manuskrip Luka Bangsa, 2006,
Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(I) Apakah maksud….
Tempatmu di singgahsana
Hati nurani bangsaku,
dalam puisi di atas? [2 markah ]
(ii) Nyatakan tiga kepentingan bahasa kepada kita. [3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas. [3 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa dan nama khas
(i) Turun naik
(ii) Tinggi rendah
(iii) Pasang surut
(iv) Jual beli
(v) Suami isteri
(vi) Bukit bukau [6 markah]
(b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk dengan kata hubung (dan, tetapi, atau, serta, yang, lalu, bahawa, supaya).
(i) Sebuah stesen televisyen Iraq telah menyirkan rakaman video. Rakaman video itu menunjukkan seorang pegawai perisik dari Syria. Pegawai itu merancang kegiatan pengganas di Iraq
(ii)Sebuah bas terbabas. Bas itu melanggar sebuah kereta. Bas itu melanggar sebuah kedai.
(iii)Institusi pendidikan di negara ini perlu dilengkapi kemudahan moden. Institusi pendidikan di negara ini perlu aktif menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan. Penyelidikan ini dapat dijadikan rujukan oleh institusi pendidikan di seluruh dunia.[ 6 markah ]
(c)Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betukan kesalahan-kesalan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bolah menyenaikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Tahun Melawat Malaysia diistihar oleh kerajaan bermula pada tahun 1990. Usaha ini menunjukkan bahwa kerajaan semakin memberikan pemerhatian yang serius kepada industri pelancungan kerana langkah ini berpontensi untuk memaju ekonomi negara. |
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senarai dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Ramai pelajar yang tidak sukakan pelajar baharu itu kerana sikapnya yang tidak menghormati orang lain.
(ii) Separuh pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu diracunkan makanan pada alam tadi.
(iii) Isu Lagu Negaraku itu heboh orang ramai perkatakan setelah video itu disebarkan dengan
Internet. [6 markah]
Internet. [6 markah]
(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) di mana ada kemahuan di situ ada jalan. (ii) sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. (iii)seperti mencurahkan air ke daun keladi |
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah.
(ii) Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.
(a) Huraikan watak dan perwatakan watak utama dalam novel yang anda
pelajari. [7 markah]
pelajari. [7 markah]
(b) Nyatakan dua pengajaran bagi kedua-dua novel yang anda pelajari.
[8 markah]
[8 markah]
No comments:
Post a Comment