Petua Melayu Lama
1. Bangkit bersambut
Apabila tidur malam duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangun tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Selepas bangun pagi, semasa membasuh muka, elakkan dari menggunakan sebarang pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat muka. Biarkan air itu kering sendiri di muka. Jika mengambil wuduk pula, biarkan air itu kering sendiri. Ia adalah untuk mengekalkan keaslian wajah wanita dan menjadikan wajah segar bercahaya kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Semasa amandi pada waktu pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.
4. Taman semerbak
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang yang wangi sejak dari perawan lagi. Oleh itu badan kita akan sentiasa wangi tanpa haruman minyak wangi.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing seolah-olah seperti menahan daripada buang air kecil dan kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan daripada buang air besar. Jadikan petua ini amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari memakan makan yang pedas dan agak panas. Selalulah minum air asam jawa. Selalulah berlatih mengawal nada suara dan jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dengan buah betis. Lakukan setiap hari kerana ia baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa semasa sedang berdua-duaan dengan suami.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada pada waktu siang atau malam kerana aktiviti meniarap akan mengendurkan payudara anda.
No comments:
Post a Comment