Photobucket

Monday, March 7, 2011

INFO HARI GURU

HARI GURU 16 MEI

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama pada 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Education Council ) sebagai dasar pelajaran bagi Negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report) telah menjadi dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
OBJEKTIF HARI GURU
· Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan ( termasuk perpaduan dan integrasi ), pembangunan Negara perkhidmatan kepda masyarakat.
· Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
· Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
· Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
· Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru  melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebainya yang diadakan sempena sambutan Hari Guru.
· Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment