- Hak Mendapatkan Keselamatan
- Hak Mendapatkan Penerangan
- Hak Membuat Pilihan
- Hak Mendapatkan Ganti rugi
- Hak Mendapatkan Keperluan Asas
- Hak Mendapatkan Alam Sekitar Yang Sihat
- Hak Mendapatkan Pendidikan
Sekiranya anda tidak mendapat salah satu hak seperti yang disenaraikan di atas, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perlindunga Pengguna Pindaan 2010. Secara amnya Akta ini memperuntukkan:
- melarang peniaga daripada membuat perihal yang palsu atau mengelirukan berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan;
- memberi kuasa kepada Menteri untuk menetapkan standard keselamatan untuk apa-apa barangan atau perkhidmatan;
- memperuntukkan jamianan-jaminan yang dinikmati oleh pengguna apabila perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna;
- memperuntukkan liabiliti pengeluar dan pengimport apabila barangan yang dibekalkan kepada pengguna rosak dan mengakibatkan kerugian kepada pengguna;
- memperuntukkan penubuhan Majlis Penasihat Kebangsaan untuk menasihati Menteri dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlindungan pengguna;
- memperuntukkan penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendengar dan memutuskan pertikaian di antara pengguna dengan peniaga.
Salam sejahtera.
ReplyDeleteTerimakasih di atas informasi ini. Sangat baik kepada semua pembaca dan pengguna. Jika salah satu hak ini dilanggar atau dinafikan, masih ada saluran tertentu untuk mendapatkan kembali hak tersebut. Ini adalah lebih baik dari terus menyalahkan mana-mana entiti kerajaan atau menjadikannya isu politik untuk terus berpolitik.