Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran untuk memajukan sektor pertanian dan kepentingan sektornpertanian kepada negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setelah mencapai kemerdekaan,kemajuan ekonomi negara begitu pesat membangun Sektor pertanian telah menjadi tulang belakang ekonomi negara pada waktu itu. Namun, perubahan zaman menyaksikan Malaysia mengalami transformasi, yakni daripada sebuah negara yang berasaskan sektor pertanian dan perlombongan kepada sebuah negara yang berasaskan perindustrian dan perkhidmatan. Hasrat kerajaan untuk menjana semula sektor pertanian negara dapat dilihat apabila nama Kementerian Pertanian sendiri telah ditukar kepada Kementerian dan Industri Asas Tani. Perubahan ini bertujuan memberikan nafas baharu kepada kementerian tersebut dalam memainkan peranan yang lebih berkesan kepada perkembangan industri tani negara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian negara. Jika dibandingkan secara relatif antara sektor pertanian dengan sektor lain, jumlah upah , insentif dan suasana tempat kerja dalam sektor pertanian tidak begitu kompetitif. Masalah ini secara langsung menyukarkan usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda bekerja dalam sektor pertanian. Rata-rata muda-mudi kampung lebih senang bekerja di kilang daripada bekerja di sawah ladang. Faktor guna tenaga negara yang kebanyakannya kini berkelulusan tinggi turut menyulitkan keadaan apabila graduan-graduan universiti lebih berminat untuk bekerja dalam sektor yang lebih glamor. Perasaan rugi kerana tidak mendapat kerja yang sesuai atau setaraf dengan diploma atau ijazah yang ada jika bekerja dalam sektor pertanian juga merupakan satu faktor yang diambil kira oleh lepasan universiti ini. Maka tidak hairanlah apabila statistik yang dikeluarkan mendapati hampir 80 000 orang siswa siswi kini menganggur. Persepsi kemiskinan yang biasa dikaitkan dengan mereka yang bekerja dalam sektor pertanian turut menyumbang kepada keadaan ini. Secara kasar kita dapat melihat bahawa isi rumah miskin biasanya datang daripada mereka yang terlibat dalam sektor ini. Tanggapan ini patut diubah. Selain migrasi buruh yang kini lebih cenderung ke arah sektor lain, terdapat juga migrasi sumber, terutamanya sumber tanah, yang telah bertukar menjadi tapak-tapak perindustrian. Keadaan ini berlaku dengan ketara di kawasan Semenanjung Malaysia yang pada suatu ketika dulu dikenali sebagai “Jelapang Padi” negara dan kini semakin bertukar menjadi lembah industri berteknologi tinggi. Selain itu, tekanan kawalan harga terhadap kebanyakan produk hasil tani mengakibatkan margin keuntungan yang diperoleh oleh usahawan tani tidak besar. Keadaan semakin teruk apabila harga komoditi mentah sektor pertanian juga sangat dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa yang tidak menentu. Usaha untuk memasarkan hasil tani tempatan yang bermutu turut berhadapan dengan sikap kebanyakan negara yang masih mengamalkan dasar melindungi sektor pertanian mereka. Antara yang mengamalkan dasar ini termasauklah negara maju yang menguar-uarkan ideologi pasaran bebas seperti Amerika Syarikat dan Jepun tetapi bersikap sebaliknya apabila isu pasaran sektor pertanian mereka tergugat. Cabaran-cabaran ini wajar dijadikan perangsang untuk membolehkan kita terus bersaing dan memajukan sektor pertanian Malaysia. Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperkenalkan label “Malaysia’s Best” untuh buah-buahan tempatan yang menepati kualiti dan piawaian yang ditetapkan merupakan satu contoh baik dalam usaha ini. Usaha untuk membawa teknologi pertanian yang moden dan mesra alam jugak patut diteruskan. Selain itu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lebih giat sewajarnya tidak hanya mendapat pembiayaan kerajaan tetapi pelibatan sektor swasta dalam konteks ini akan mempercepat usaha untuk memajukan sektor tani negara. |
No comments:
Post a Comment