Photobucket

Sunday, December 27, 2009

TAKZIAH BUAT SEMUA PENUMPANG BAS EKSPRES SANI YANG MAUT

Sesungguhnya setiap hujung tahun kita menyaksikan pelbagai bencana yang menimpa umat manusia di seluruh dunia. Tiada apa yang dapat mengubah ketentuan Ilahi kerana semua yang berlaku adalah kehendaknya. Sekali lagi takziah buat keluarga semua mangsa.

Wednesday, November 25, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

GUYS,
Ada apa2 plan masa cuti? Klu tiada pergilah bercuti. Rehatkan minda n tenangkan fikiran. Kalau tak tahu nak ke mana dtglah bercuti ke Pulau Labuan. Banyak tempat menarik kat sini. Esok cikgunie publish post gambar2 menarik kat Pulau MUtiara Laut China Selatan nie. Memang menarik sebab tu cikgunie dah dua kali dtg kat labuan nie. Dulu ikut suami masa mula kahwin (1996-2001). 3 org anak cikgunie lahir kat sini. Kemudian tahun 2007 cikgunie dtg semula kat Labuan nie juga ikut suami. Bulan Sept 2009 hubby cikgunie posting balik KL tp cikgunie masih lagi duduk kat labuan nie. Kalau nak tahu apa keistimewaan Labuan, dtglah bercuti ke sini. SELAMAT BERCUTI. MINGGU DEPAN CIKGUNIE BALIK BERCUTI KAT KEDAH. SEMINGGU JE. LEPAS TU BALIK SEMULA KE LABUAN. ITULAH ISTIMEWANYA LABUAN.

TAHNIAH BUAT ADIK-ADIKKU

Pertama,
Tahniah buat Cik Noor Aini Binti Ahmad sebab berjaya jadi Peguam Syarie n Peguam Civil sekaligus. Jangan lupa belanja Abang Mizi sebab dia bersusah payah cari Wisma Negeri utk hantar borang permohonan Peguam Syarie bulan Mei dulu.

Kedua,
Tahniah buat Encik Samsuddin Bin Ahmad kerana telah dinaikkan pangkat n berjaya mendapat pertukaran dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Baling.

Ketiga,
Tahniah buat Ayuazira Binti Ahmad kerana telah berjaya mengambil peperiksaan SPM di sekolah asal, iaitu SMK Kuala Nerang.

JAWAPANNYA DUNIA JAM 10

DUNIA APA YANG HANYA ADA DUA ORANG SAHAJA

4A 1B

Sebenarnya selain drpd kejayaan anak murid, perkara yang membahagiakan seorang guru spt cikgunie ialah kejayaan anak-anak sendiri. Anak cikgunie empat orang. Yang sulung thn nie ambil UPSR, yg kedua tahun 3, yang ke3 thn 2 n yg bongsu 6 thn. Minggu lepas 14 Nov 2009, hari konvokesyen prasekolah anak cikgunie yg bongsu. Dptlah cikgunie n anak bongsu nak pentas dan dewan konvensyen Ujana Kewangan. Esoknya, 15 Nov pula Hari Anugerah SK Pekan Satu. Anak sulung cikgunie naik pentas dpt anugerah Pengawas Terbaik n matapelajarn terbaik. Anak ke3 pula dpt anugerah matapelajaran terbaik. Malangnya anak ke2 cikgunie dpt nombor 4 dlm kelas n tak dpt naik pentas utk terima hadiah. Mukanya masam sepanjang majlis. Cikgunie bernasib baik sbb SK Pekan Satu buat cabutan bertuah utk ibubapa yg dtg kemajlis tersebut. Tak disangka nama cikgunie bertuah kerana memenangi acara cabutan bertuah. So, cikgunie meminta anak ke2 cikgunie yg xdpt anugerah naik ke pentas utk mengambil hamper. Barulah mukanya kembali ceria. 19Nov pula result UPSR keluar. Anak cikgunie cuma dpt 4A1B sj. Mengamuk sakan cikgunie sbb anak cikgunie xdpt 5A. Stlh beberapa hari barulah cikgunie terfikir klu kat umah cikgunie ckp bahasa Melayu hari2 mcm mana anak cikgunie nak dpt A utk subjek BI. Pengajarannya, jgn abaikan BI wpun ia bukan bahasa rasmi negara kita.

PEPERIKSAAN SPM 2009


SPM OH SPM

MANUSIA SELALU LUPA

Hai guys,
Lama cikgunie tak online bloggers. Bukan apa, terlalu sibuk. Tapi tentu ada org hairan, klu terlalu sibuk takkan tak sempan nak online. Bukan lama pun cuma beberapa minit sj nak publish post dlm masa sehari tp knp cikgunie tak tak sempat jg. Biarlah cikgunie berkongsi criter kat sini. Sebenarnya cikgunie lupa password nak buka blog nie. Tadi masa tgh main game zuma, cikgunie terfikir tentang nama glamor cikgunie zaman sekolah dulu. Rupanya itulah password cikgunie. Mulai hari nie, cikgunie catat dlm dlm diari nombor atau benda penting agar tak lupa. Ingat, catatan adalah ubat kepada penyakit pelupa kita.

Tuesday, November 3, 2009

TEKA TEKI 2

Dalam banyak-banyak air, air apa yang paling berani?
Benda apakah apabila kita berdiri dia tidur, apabila kita tidur dia berdiri?
benda apa apabila pergi dia terbang,apabila dia balik dia berenang?
satu dua tiga empat,
lima enam tujuh lapan,
binatang apa berkaki empat?
bila makan dia barjalan.

Pagi tadi, seluas seratus ekar dusun buah2 di Labuan telah terbakar.sSemua buah2 terbakar keluar 3 jenis sahaja yang tidak terbakar.Apa nama buah2 itu?

teka teki

Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling besar?

Dalam banyak-banyak ibu, ibu apa yang paling besar?

Dalam banyak-banyak kaki, kaki apa paling besar?

Dalam banyak-banyak isteri, isteri apa paling besar?

Dalam banyak-banyak benda, benda apa paling besar?

JAWAB JANGAN TAK JAWAB.

Friday, October 30, 2009

1MALAYSIA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN

Setiap pemimpin mempunyai misi dan visi masing-masing.
Mantan PM terdahulu seperti TUN DR. MAHATHIR dengan Dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020, manakala TUN ABDULLAH BADAWI dengan Islam Hadari. Kini Dato' Seri Najib pula dengan slogan 1MALAYSIA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN RAKYAT DIUTAMAKAN.
Konsep 1MALAYSIA amat sesuai diaplikasikan di negara yang multi culture dan agama. Negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk hanya mengamalkan perpaduan melalui konsep 'salad bowl'. Semua rakyat berbilang bangsa hidup di dalam negara yang sama, hanya bertegur sapa apabila bertembung di pasar atau di tempat kerja sahaja. Konsep 1MALAYSIA diperkenalkan agar semua masyarakat yang bernaung di bawah JALUR GEMILANG dan sebuah negara yang bernama MALAYSIA dapat bergaul dan bertoleransi dalam apa jua keadaan dan di mana saja mereka berada.Oleh itu, kita perlulah mengamalkan perpaduan mengikut konsep 1MALAYSIA sepertimana lagu yang CIKGUNIE jadikan tema blog nie. Ingat kita 1MALAYSIA 1BANGSA 1BUDAYA 1NEGARA.

CARA MENGISI ANGIN TAYAR KERETA

GUYS,
Rasanya apa yang ingin CIKGUNIE kongsi ngan suma rakyat Malaysia nie memang kelakar tapi itulah realitinya. Sebelum nie CIKGUNIE pernah bagitau yg CIKGUNIE cuma tahu isi minyak kereta saja. Nak isi air dalam bonet depan pun pegi bengkel syarikat keta yg CIKGUNIE beli keta minta tolong kat mekanik, inikan pula nak isi angin dalam tayar. Nak jadi criter, jam 8.00 malam tadi CIKGUNIE pergi hantar adik CIKGUNIE tuisyen kat Kerupang 3. Sepanjang perjalanan CIKGUNIE rasa macam bawa kereta kuda. Kreta CIKGUNIE macam terhentak-hentak. Sampai kat umah cikgu tuisyen tu, CIKGUNIE check tayar keta. Rupanya keempat-empat tayar keta CIKGUNIE kempis. Patutlah jalan tak lancar je. Bila CIKGUNIE ingat balik, last hubby CIKGUNIE isi angin ialah masa bulan puasa dulu.Tanpa banyak fikir, CIKGUNIE pergi ke petronas dan parking kat tempat isi angin. CIKGUNIE cuba nak buat sendiri tapi tak tahu. Ingat Allah bagi kita akal maka kita kena guna akal. Lagipun kita bukan buta huruf. Kita boleh membaca. Jadi CIKGUNIE baca arahan di pam tayar tu. Masalahnya nak tekan berapa tekanan angin untuk tayar depan dan belakang. CIKGUNIE selalu lihat hubby CIKGUNIE tengok nombor kat tepi pintu tempat driver, so CIKGUNIE pun tengoklah. Rupanya di situlah tercatat tekanan angin utk tayar depan dan belakang keta kita. Sangat mudah apabila kita menggunakan akal kita. Kita perlu tekan jumlah tekanan di pam tayar sebelum mengepam angin. Butang sebelah kiri utk menaikkan jumlah tekanan angin dan butang sebelah kanan utk menurunkan tekanan angin tayar keta. Lepas tu, bukalah tiub kat tayar dan pamlah tayar keta anda hingga berbunyi beep 2kali. Begitu mudah. Pengajarannya, kita perlu belajar dan belajar tentang semua perkara di dunia nie. Sebab itu Nabi Muhammad SAW suruh kita belajar hingga ke liang lahad.

Wednesday, October 28, 2009

KELUARGA BAHAGIA CIKGUNIE

 
Posted by Picasa

pasukan choral speaking sekolah sm st anthony 2009

 
Posted by Picasa

CUTI BERGANTI SM ST ANTHONY 2010

18 FEB 2010 (KHAMIS) DIGANTI 16 JAN 2010 (SABTU)
- TAHUN BARU CINA
19 FEB 2010 (JUMAAT) DIGANTI 06 FEB 2010 (SABTU)
- TAHUN BARU CINA

15 SEPT 2010 (RABU) DIGANTI 06 MAC 2010 (SABTU)
- HARI RAYA PUASA
17 SEPT 2010 (JUMAAT)DIGANTI 03 APRIL 2010 (SABTU)
- HARI RAYA PUASA

19 NOV 2010 (JUMAAT) DIGANTI 03 JUL 2010 (SABTU
- HARI RAYA QURBAN

CUTI PERISTIWA SM ST ANTHONY 2010

17 FEB 2010 (RABU) TAHUN BARU CINA

02 APRIL 2010 (JUMAAT) GOOD FRIDAY

13 SEPT 2010 (ISNIN) HARI RAYA PUASA

14 SEPT 2010 (SELASA) HARI RAYA PUASA

HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

TAHUN BARU 01 JANUARI 2010 (JUMAAT)

THAIPUSAM 30 JANUARI 2010 (SABTU)

HARI WILAYAH 01 FEBRUARI 2010 (ISNIN)

TAHUN BARU CINA 14 FEBRUARI 2010 (AHAD)

HARI KEPUTERAAN
NABI MUHAMMAD SAW 26 FEBRUARI 2010 (JUMAAT)

HARI BURUH 01 MEI 2010 (SABTU)

HARI WESAK 28 MEI 2010 (JUMAAT)

PESTA KAAMATAN 30 MEI 2010 (AHAD)

HARI KEPUTERAAN
YD AGONG 05 JUN 2010 (SABTU)

HARI KEBANGSAAN 31 OGOS 2010 (SELASA

HARI RAYA PUASA 10 SEPT 2010 (JUMAAT)

HARI 1MALAYSIA 16 SEPT 2010 (KHAMIS)

HARI DEEPAVALI 05 NOV 2010 (JUMAAT

HARI RAYA QURBAN 17 NOV 2010 (RABU)

AWAL MUHARRAM 07 DIS 2010 (SELASA)

HARI KRISMAS 25 DIS 2010 (SABTU)

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010

PENGGAL 2
HARI PERSEKOLAHAN

MULA 21.06.2010
AKHIR 03.09.2010

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

MULA 04.09.2010
AKHIR 12.09.2010

HARI PERSEKOLAHAN

MULA 13.09.2010
AKHIR 19.11.2010

CUTI AKHIR TAHUN
MULA 20.11.2010
AKHIR 02.01.2011

JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN TERMASUK CUTI AM
210 HARI

JUMLAH HARI CUTI PENGGAL
78 HARI

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010

PENGGAL 1

HARI PERSEKOLAHAN

MULA 04.01.2010
AKHIR 12.03.2010

CUTI PERT. PENGGAL
MULA 13.03.2010
AKHIR 21.03.2010

HARI PERSEKOLAHAN
MULA 22.03.2010
AKHIR 04.06.2010

CUTI PERT. TAHUN

MULA 05.06.2010
AKHIR 20.06.2010

Wednesday, October 21, 2009

gambar angkasawan negara

SEMUA RAKYAT MALAYSIA:)

JANGAN MARAH.....BARU SEBENTAR TADI CIKGUNIE PERGI JEMPUT ANGKASAWAN NEGARA DI AIRPORT. DATUK DR. SHEIKH MUSZAFFAR DATANG KE LABUAN UNTUK PROGRAM MOTIVASI KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4&5 SEKOLAH2 DI LABUAN. PROGRAM TERSEBUT AKAN DIADAKAN DI DEWAN KONVENSYEN UJANA KEWANGAN PADA ESOK HARI (22 OKT.2009). CIKGUNIE SENGAJA PERGI JEMPUT BELIAU KRN BOLEH BERGAMBAR SEBAB TAK RAMAI ORG TAHU DATUK DR. SHEIKH MUSZAFFAR DATANG HARI NIE(21 OKTOBER 2009), SO INILAH GAMBAR YG DAPAT CIKGUNIE AMBIL. PANAS LAGI GAMBAR NIE KRN CIKGUNIE BR JE BLUETOOTH MASUK KAT BLOG NIE. SELAMAT MELIHAT GAMBAR2 YG CIKGUNIE KIRMKAN.
 
Posted by Picasa

 
Posted by Picasa

TEKS SASTERA DAH TUKAR

untuk makluman semua student kat Malaysia nie, teks komponen sastera dah ditukar mulai tahun 2010, iaitu teks tingkatan 1 dan tingkatan 4. bagi subjek elektif sastera tingkatan 4&5 pula, novel Restu dah ditukar kepada Jeriji Kasih. jadi semua cikgu BM dan Sastera kena ambil komsas dan novel terbaru daripada guru SPBT sekolah masing2 untuk dibaca dan dibuat rujukan. jangan tahun depan bukak sekolah baru terkial2 tengok teks komsas dah tukar. Cikgunie dah baca separuh novel Jeriji Kasih, seronok juga ceritanya.

TEKS SASTERA DAH TUKAR

ANTARA DUA PILIHAN

SEANDAINYA KITA HANYA MEMPUNYAI DUA SAJA PILIHAN DALAM SESUATU SITUASI. BAGAIMANA KITA HENDAK MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT AGAR KITA TIDAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI? CARANYA MUDAH SAJA. PERTAMA BUAT PERBANDINGAN ANTARA DUA PILIHAN TERSEBUT MANA YANG LEBIH BAIK DAN MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA KITA.SEKIRANYA KEDUA-DUA PILIHAN TERSEBUT MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA KITA,MAKA KITA PILIHLAH MENGIKUT KATA HATI KITA.CONTOHNYA KITA TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN UNTUK MENEMANI ANAK KE SESUATU PERTANDINGAN ATAU MENGHADIRI MESYUARAT. KEDUA-DUANYA SANGAT PENTING BAGI KITA. KEDUA-DUANYA MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA KITA. JADI MANA SATU PILIHAN KITA? PILIHLAH MANA YANG KITA SUKA KERANA KEDUA-DUANYA BERMAKNA BAGI KITA. TAPI SELEPAS MEMBUAT PILIHAN, JANGAN SESEKALI KITA MENYESALI PILIHAN KITA. KEDUA, KITA PERLU IKUT HUKUM ALAM, IAITU KITA TERPAKSA MELEPASKAN SATU PELUANG UNTUK MENDAPATKAN PELUANG YANG LAIN.KALAU KITA TIDAK MELEPASKAN BENDA LAMA YANG ADA DALAM GENGGAMAN, BAGAIMANA KITA HENDAK MENDAPAT BENDA BARU YANG LEBIH BAIK. JADI KEPUTUSAN DI TANGAN KITA. BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT KERANA DALAM HIDUP KITA TIDAK MEMPUNYAI BANYAK PILIHAN.

Monday, October 19, 2009

PM UMUM 16 SEPTEMBER 2010 CUTI UMUM

SSemalam (malam tadi) PM umumkan tanggal 16 September setiap tahun mulai tahun depan diisytiharkan sebagai cuti umum. Jadi rakyat Malaysia mempunyai cuti berkembar sempena Hari Kebangsaan. Menurut PM, ia adalah sebagai satu hadiah kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang menyokong kerajaan selama ini. Ia juga adalah sebagai satu penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak kerana menyertai Malaysia pada 16 Sptember 1963.

PENGURUSAN EQ

dalam kehidupan kita seharian, kadang kala kita berhadapan dengan satu situasi yang boleh membuatkan kita sterss. Kalau kita stress, lama kelamaan jiwa kita tidak tenteram seterusnya boleh mencalarkan emosi kita. Bagaimana kita hendak menangani situasi yang tidak kita duga. CIKGUNIE suka berkongsi masalah dgn pembaca semua. Sejak dua hari ini, tiba2 saja laptop CIKGUNIE tak berfungsi. Anak2 CIKGUNIE sorang pun tak nak mengaku sapa yang buatkan ia rosak. Nak minta tolong dgn org tersayang dia jauh. Walaupun laptop nie masih dlm waranty, tp nak pegi kat Kompleks Karamunsing tu bukan dekat. Yang sedihnya semua ada dlm laptop tu. Perancangan dan takwim St. Anthony tahun 2010 ada dlm tu. Begitu juga dgn jadual waktu guru st anthony. Rasa nak gila duk fikir tentang fail yang ada dlm laptop CIKGUNIE. Akhirnya CIKGUNIE cuba bertenang dgn memikirkan benda2 yg positif, pencapaian CIKGUNIE setakat ini dan pengorbanan yg tlh CIKGUNIE lakukan dlm hidup selama ini. Selepas itu, Cikgunie buat perkara yang paling Cikgunie suka dlm hidup ini, iaitu masak pelbagai menu yg anak2 Cikgunie suka makan. Akhirnya, masa nak jemput anak2 Cikgunie balik dr sekolah Cikgunie buat keputusan krn Cikgunie ada banyak pilihan. Cikgunie pun bw laptop ke pusat servis Picotec. Kebetulan salah seorang pekerjanya abang kpd student Cikgunie. Nak tahu apa sebenarnya masalah laptop Cikgunie? Bateri. Baterinya dah rosak dan terpaksa ditanggalkan apabila hendak menggunakan laptop. Sekarang Cikgunie hanya boleh guna power supply saja apabila hendak menggunakannya. Kesimpulan yang boleh dibuat tentang pengurusan EQ ialah cuba bertenang, jangan berfikir negatif dan anggaplah semua masalah boleh diselesaikan oleh diri kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain.Jadi kita boleh mengelakkan stress.

Saturday, October 17, 2009

KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

GUYS,
sekarang cikgunie tak payah nak usung laptop kehulu ke hilir kerana tel, yg hubby cikgunie kasi ada 3G. so, cikgunie blh buka internet, ambil gambar, publish blog n mcm2 lg. cth paling nyata, cikgunie publish 2 item tentang seminar penyelidikan pendidikan 2009 yg cikgunie hadiri pg tadi menggunakan tel bimbit cikgunie. lepas ni tak payah cikgunie risau kalau internet kat umah cikgunie ada problem.

HUKUMAN DISIPLIN TERHADAP MURID YG MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH

Menurut Zuraidah (2 004) hukuman hnya blh dbuat olh pengetua/g.besar shj. Hukumanya ialah: buang sek n gantung sek./rotan dll.

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2009 WP LABUAN

Hari ini hari ke3 seminar nie bjln. Ia diadakan d hotel grand dorsett. Antara pbntg arie nie ialah pn.hayati, pn.ong n pn.adilah.

Friday, October 16, 2009

ARNAB KENA CURI


GUYS, INILAH RUPA ARNAB CIKGUNIE YANG KENA CURI SEMALAM. PAGI TADI SEMASA CIKGUNIE NAK BAGI ARNAB CIKGUNIE MAKAN, SANGKARNYA KOSONG. PUAS CIKGUNIE CARI TAPI TAK JUMPA. DULU PERNAH SEKALI BUDAK2 BUKA SANGKAR DIA DAN BAWA BALIK UMAH MRK. NASIB BAIK ANAK CIKGUNIE JUMPA KAT UMAH KAWAN DIA. TAPI ARIE NIE ARNAB CIKGUNIE BENAR2 HILANG. ARNAB TU CIKGUNIE BELI KAT TAMPARULI TAHUN LEPAS. KESIAN ANAK2 CIKGUNIE. TIADA LAGI BINATANG PELIHARAAN. HARAP SESIAPA YANG AMBIL TU PULANGKAN BALIK KPD CIKGUNIE.
Posted by Picasa

tahniah n thanx my dear

cikgunie ucapkan tahniah kpd hubby cikgunie sebab dia dapat juga habiskan puasa enam walaupun tanpa cikgunie di sisi. hari nie dapatlah hubby cikgunie beraya. cikgunie pulak tahun nie langsung tak sempat nak puasa enam. asyik p kursus n p umah terbuka je. mana sempat nak puasa. tapi takpe, kalau suami kita buat baik, isteri tumpang dapat pahala, kalau suami buat tak baik dia sorang je dapat dosa. kalau x betul, minta ustazah tolong betulkan.
cikgunie juga ucapkan tima kasih x terhingga kat hubby cikgunie kerana tadi dia kirimkan cikgunie tel bimbit baru (3G)kat kawannya yg balik dr KL. katanya dia kesian tgk tel cikgunie sampai berikat ngan getah sbb xde cover. cikgunie x kisah asal boleh guna je. jd bila dapat btel baru yg ada 3G n kamera, cikgunie manfaatkan sebaiknya. skrg cikgunie baru balik dr majlis jamuan raya anjuran MESS TUDM labuan. cikgunie sempat shoot bbrp gambar kwn2 hubby cikgunie yg kat umah pijak semut pun x mati, tp kalau kat function, kalahkan artis popular. nyanyi kat atas pentas sampai x sedar diri. esoklahlah cikgunie publish gambar2 mlm nie krn br nak belajar keluar memory card n masuk kat dlm pc. maklumlah tel yg hubby cikgunie bg tu canggih sgt.
SEKALI LAGI THANX A LOT. SAYANG HUBBY. LAIN KALI KIRIM LE HANDBAG KE, BRG KEMAS KE ATAU PUN KIRIM LE DIRI SENDIRI.



Hari konvokesyen anak sulung CIKGUNIE DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN baru2 nie yg mendapat pangkat satu dlm (SRU) 2008 sijil rendah agama.
Posted by Picasa

MAJLIS RUMAH TERBUKA ST ANTHONY

GUYS,
semalam 15 oktober 2009, sm st anthony buat majlis jamuan raya aidilfitri n rumah terbuka. Ada demontrasi buat makanan tradisional kerana kami buat sekali ngan program RIMUP(Rancangan INtergrasi Murid Untuk Perpaduan). Ada demontrasi buat ambuyat, mi kuning, hinava atau roti jala.
resepi ambuyat
1 paket tepung sagu (bancuh ngan 1/2cwn air biasa dan setelah sebati campur ngan air panas 1cwn) kacau hingga sebati n berwarna jernih.
sambal belacan, kerabu mangga, ikan goreng, (sebagai lauk) - boleh mkn ngan ambuyat.

resepi mi kuning
1 kilo tepung gandum
1mug air kunyit hidup+air garam
1biji telur
gaul semua dengan 1cwn air. lepas tu masuk dalam mesin mi. jadilah mi yg berjurai2.
jerang air campur ngan minyak utk rebus mi yang telah dikeluarkan dari mesin mi. lepas tu gorenglah mi utk dimakan.

resepi cendol.
ini resepi cikgunie sendiri.
1 paket tepung beras 500g.
1jag air
1/2 botol pewarna hijau(green aple) apa2 jenama.
1 sudu besar kapur makan
1helai daun pandan
masuk semua dalam kuali dan kacau atas api selama 1/2 jam
gunakan acuan/alat buat cendol dan sendukkan cendol diatas loyang tersebut. tekan hingga anak-anak cendol jatuh dlm bekas yang berisi air sejuk.
masak gula merah+gula pasir atas api (sebagai air gula)
masuk susu cair atau santan dalam cendol.
gambar2 resepi nanti cikgunie masuk kemudia. memory card ada kat sekolah. sekarang cikgunie ada kat umah. cuti peristiwa hari deepavali ari nie.

Wednesday, October 14, 2009

TERIMA KASIH AMIR DEEJAY TM POINT

GUYS,
cikgunie nak kongsi berita baik ngan suma rakyat malaysia. dah berkali-kali cikgunie duk kesan apa masalah internet kat umah cikgunie. hari nie setelah menghubungi talian 100 tmnet cikgunie dapat berhubung dengan pegawai bertugas. namanya AMIR. dia banyak membantu masalah internet yang cikgunie hadapi. patutlah petugas kaunter tm point di labuan tak nak tukar modem cikgunie. rupanya yang tak betul ialah network card cikgunie yang tak betul. TERIMAKASIH AMIR. layaklah Amir menjadi pegawai di bahagian perkhidmatan tmnet.

PILIHAN KALAU TIADA ORANG JAGA ANAK

GUYS
kadang2 kita terpaksa menghadiri seminar, kursus, mesyuarat dsb. bayangkan kita tidak mempunyai org gaji. kita pulak ada anak yg kecil2 lagi. apa pilihan yang kita ada?
pilihan pertama, ajaklah adik2 kita yang masih bersekolah menengah tinggal dgn kita.
Pilihan kedua, carilah org gaji sementara. pilihan ketiga, konteks bekas anak murid kita utk menjaga anak2 kita. pilihan ke4, minta tolong jiran kita yg tidak bekerja utk menjaga anak2 kita. pilihan ke5, hantar saja anak2 kita yg masih kecil tu ke rumah emak kita or rumah mentua kita.
utk pengetahuan suma, cikgunie telah mempraktikkan semua pilihan di atas. masa kat semenanjung dulu, anak2 cikgunie kecik lagi. kalau ada kursus yang jangkamasanya lama, antar saja umah mak kita, kalau sekejap cikgunie antar umah mak mentua. Tapi kalau anak dah sekolah semua mcm cikgunie sekarang nie, cikgunie bawa adik cikgunie yg masih sekolah (form5) duduk ngan cikgunie. Masa cikgunie kursus minggu nie, tak payah cikgunie ambil org gaji sementara. anak2 cikgunie selesa duduk ngan mak saudara mereka. tentang makan pula, cikgunie order je dari kedai makan n suruh mereka antar kat umah masa anak2 cikgunie balik sekolah. nak pergi sekolah minta tolong jiran yang sama sekolah ngan anak cikgunie tumpangkan. adik cikgunie pulak tumpang cikgu sekolah cikgunie. sebenarnya kita mempunyai banyak pilihan dalam hidup kita. Jadi cikgunie tidak boleh terima bila ada guru2 yg merungut tak dapat pegi kursus or mesyuarat kerana takde org jaga anak. pilihan di tangan kita. pandailah kita mengurus kerjaya n keluarga kita kerana org2 yang berjaya banyak berkorban dalam hidup mereka.

PILIHAN KALAU KITA TAK TAHU PASAL KERETA

GUYS,

cikgunie tak tahu langsung pasal kereta. Yang cikgunie tahu ialah nak isi minyak kereta. lain2 suma out. Sebelum nie suma hubby cikgunie yang buat, tapi sejak dia posting kat KL, cikgunie kena urus suma benda sendirian berhad. minggu lepas musim hujan. Hari2 hujan. Jadi cikgunie banyak gunakan air dan wiper nak bersihkan cermin depan kereta. Tup2 ari khamis tu air dalam tangki dalam bonet depan tu dah abis. Nak tekan air keluar dah abis, so cikgunie fikir macamana nak buat. Nak buka bonet depan keta pun cikgunie tak pandai. Pilihan yang cikgunie ada ialah pergi ke syarikat kereta yang cikgunie beli n minta tolong mekanik kat situ tolong isi air kat cikgunie.Pilihan kedua minta tolong cikgu2 lelaki kat sekolah cikgunie. Pilihan ketiga minta tolong dgn kwn2 hubby cikgunie. Kalau guys suma, pilihan mana satu yg guys akan pilih?
Cikgunie pilih pilihan yang pertama. Bukan apa, kita boleh belajar dgn mereka. Lagi satu tak kan masa nak beli kereta mereka boleh bermulut manis dgn kita tp lepas beli biarkan kita. Ingat satu perkara. Orang berniaga prinsip mereka ialah customer first. So, Cikgunie pergi minta tolong kat syarikat kereta yang cikgunie beli. Lepas tu, minta dia orang hantar cikgunie ke airport masa nak pergi kursus. Cikgunie tinggalkan kereta kat syarikat tu utk servis n cuci kereta. Masa balik dari kursus pulak, cikgunie minta dia orang juga yang jemput cikgunie dr airport. Pilihan cikgunie amat tepat kerana cikgunie tidak babitkan banyak pihak. Guys nak tahu siapa yang tolong cikgunie masuk air dalam tangki depan, hantar cikgunie kat airport n ambil cikgunie dr airport? Tak lain tak bukan Mr. Victor, Penolong Pengurus syarikat cikgunie beli kereta. Thanx Mr. Victor. Pengajarannya kita tak perlu belajar pasal kereta kerana banyak orang yang pakar boleh tolong kita.

PILIHAN DAN ALTERNATIF

guys,

lama juga cikgunie tak menulis berita. Bukan apa, terlalu sibuk selepas buka sekolah. Budak2 tingkatan 3 pula sibuk nak exam PMR. Cuti pula sibuk menghadiri rumah terbuka. Minggu nie pulak cikgunie terpaksa pergi kursus. Jadi macam-macam benda kena selesaikan. Maklumlah kat sini cikgunie kena uruskan keluarga sorang2. Hubby cikgunie dah posting KL. So, anak2, rumahtangga n suma keperluan lain cikgunie kena urus sorang2. Apa yang cikgunie nak kongsi dgn guys suma ialah tentang pilihan dan alternatif.

Friday, October 9, 2009

RUMAH TERBUKA SM ST ANTHONY

cikgunie baru saja selesai bermesyuarat tentang RUMAH TERBUKA ST ANTHONY.
Pengetua mencadangkan ia diadakan pd 15 OKTOBER 2009 kerana hanya pd hari itulah suma guru sm st anthony ada di sekolah. Jangan lupa n jgan tak datang kerana ada demontrasi buat ambuyat n hinava. Ia adalah masakan tradisional labuan.

TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU

Semua org tahu, tagas cikgu adalah pekerjaan yang mulia. Lahirnya seorang pemimpin hari ini adalah kerana jasa seorang guru. Begitu juga dengan pegawai2 profesional atau bukan profesional. Tapi tahukah kita wujudnya penjenayah, penagih dadah, atau yg seangkatan dengannya juga adalah kerana kelalaian guru. Kadang2 kita mengabaikan pelajar yang lemah semata2 mengejar prestasi sekolah. Apa yg akan berlaku kpd pelajar yang diabaikan ini. Mereka akan keciciran dalam pelajaran, tidak berminat meneruskan persekolahan seterusnya terbabit dgn lumba haram, gengterisme, buli, dll. Apa yang ingin CIKGUNIE nak sampaikan kpd warga guru semua ialah ada segelintir guru di negara kita yg tidak bertanggungjawab dan seterusnya menggelapkan masa depan pelajar. CIKGUNIE tak nak sebut sekolah mana, tapi ada guru yg menghalang pelajar sekolahnya yg tidak siap kerja kursus daripada mengambil peperiksaan PMR. Kononnya pelajar yg tidak siap kerja kursus tidak boleh ambil PMR. Guru2 di sekolah tu pun mungkin tak peka sampai tak tahu pelajar yg tak siap kerja kursus boleh ambil PMR. CIKGUNIE tak nak komen byk2 kerana ini mungkin arahan pentadbir, tp janganlah kerana mengejar prestasi sekolah kita sanggup menggelapkan masa depan pelajar kita. Harap semua cikgu2 yg membaca komen CIKGUNIE tidak akan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab guru yang menghalang pelajar peperiksaan kerana ke manakah pelajar yg tidak ambil peperiksaan awam ini hendak pergi selepas tamat persekolahan. Mungkinkah mereka menjadi penagih dadah, berlumba haram, peragut dsb. Sanggupkah kita memikul dosa2 mereka kerana kelalaian dan kecuaian kita. TEPUK DADA TANYA SELERA!

Wednesday, October 7, 2009

warisan pusaka bangsa

oleh kerana sekarang ialah bulan bahasa kebangsaan, cikgunie nak siarkan beberapa warisan pusaka tinggalan nenek moyang untuk renungan kita bersama. beberapa buah pantun, syair, gurindam dan seloka akan cuba cikgunie siarkan dr semasa ke semasa. bukan apa, kadangkala kita terlalai dan terlupa di mana bumi yang kita pijak. tanpa bahasa apalah yang ada pada bangsa kerana bahasa jiwa bangsa.

SELOKA KEHILANGAN ADAT MELAYU

Aduhai resam, aduhai adat!
Lembaga di mana telah berpudat?

Wah, hilang adat lenyaplah bahasa,
Ghaib sepi tiada bersisa...
Semakin mengerang senantiasa,
Laksana dipagut tedung yang bisa!

Amboi!Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa,
Umpama gajah menjadi rusa,
Oleh ragi campuran bangsa,
Adat tertib habis binasa!

Sayang! Sayang!
Merajuk kemanakah adat Melayu?
Laksana debu dipuput bayu.

Wallahualam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan,
Disambar bapa yu!

SYAIR PEDOMAN HIDUP

hidup kita umpama bahtera
menduga ombak di tengah segara
dua tujuan di dalam bicara
pertama undur kedua mara

tetapi jika bersungguh hati
digunakan akal budi pekerti
pohon pertolongan Rabbul-Izzati
kelak tercapailah apa dihajati

pelayaran hidup lanjut ketika
di dalamnya terkandung senang dan duka
rencananya banyak berbagai nika
kemudinya pegang janganlah leka

jika tidak keras kemahuan
tentulah kapal berpaling haluan
cita-cita tinggi tentu tertawan
pelayaran tak sampai kemana tujuan

jika daratan kelihata sudah
jangan pelayaran dibuat mudah
patutlah menaruh insaf dan gundah
ingatkan bahaya berbagai padah.

PANTUN BUDI

tanam lenggun tumbuh kelapa
terbit bunga pucuk mati
budi tuan saya tak lupa
sudah terpaku dalam hati

jentayu si burung jentayu
hinggap dibalik pokok mayang
bunga kembang akan layu
budi baik bilakan hilang.

tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung
hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung

bunga melati bunga di darat
bunga seroja di tepi kali
hina besi kerana karat
hina manusia tidak berbudi

PERTANDINGAN BLOG DI MALAYSIA

guys,
klu ada yang tahu pasal pertandingan nie boleh kongsi ngan cikgunie. cikgunie dpt tau kelmarin ia dilancarkan. pertandingan ini melibatkan blog yang paling kreatif n menarik. ia mestilah memaparkan tentang ciri2 1malaysia n tempat2 menarik yang terdapat di putrajaya, labuan n kuala lumpur saja. cikgunie ada suma info 2 tp xde alamat web yg lengkap. klu ada kekawan yang tau, blh bg info web berkenaan kat chat box cikgunie.

PEPRIKSAAN PMR

TO ALL MY STUDENTS;

GOOD LUCK N TRY YOUR BEST.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR HARI NIE.

Monday, October 5, 2009

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA

CIKGUNIE amat bersyukur apabila Tim. Perdana Menteri, Dato' Seri Muhyiddin Yassin telah mengingatkan rakyat Malaysia peri pentingnya BM lalu akan menghapuskan PPSMI sepenuhnya pada tahun 2012 nanti. Lalu beliau telah memperkenalkan semula Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan melancarkan Bulan Bahasa peringkat Kebangsaan baru2 ini. Antara pengisiannya ialah mendeklamasikan sajak, pantun, syair, gurindam, seloka dan pementasan teater. Sekolah CIKGUNIE baru saja melancarkan kempen ini pagi tadi. Beberapa orang pelajar telah mengalunkan syair semasa majlis pelancaran pagi tadi. Mulai sekarang, CIKGUNIE akan pastikan setiap kali berucapkan di atas pentas, CIKGUNIE akan menyelitkan pantun dan peribahasa agar warisan Melayu yang berharga ini tak hilang ditelan zaman. BAHASA JIWA BANGSA. TANPA BAHASA TIADA BANGSA. TANPA BANGSA TIADA TAMADUN. TANPA TAMADUN TIADA NEGARA. TANPA NEGARA JADILAH KITA SEPERTI PENDUDUK PALESTIN. SAMA2LAH KITA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU

CIKGUNIE UCAPKAN SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU KEPADA HUBBY CIKGUNIE (JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT) DI MINDEF KUALA LUMPUR. SEMOGA SERONOK DAN DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT BARU. GOOD LUCK.

Sunday, October 4, 2009

PROLOG FANTASIA BULAN MADU

Keadaan di dalam Dewan Bedah sangat mencemaskan. Dr. Fadzreen mengarahkan Dr. Qistina memasukkan beberapa lagi pain darah ke dalam tubuh ibu muda itu. Dr. Danish dipanggil untuk membantu Dr. Fadzreen. Selang beberapa minit, wajah Dr. Danish sudah tersembul di depan pintu Dewan Bedah. Dr. Fazdreen segera menerangkan keadaan ibu muda yang berusia 23 tahun itu.
"Major Operation!" Arah Dr. Danish.
Dr. Qistina membantu Dr. Fadzreen dan Dr. Danish menghulurkan blade, gunting dan lain-lain peralatan untuk membuang uterus ibu muda itu. Pesakit dibius seluruh badan. Keadaan Dr. Danish dan Dr. Fadzreen seperti sedang menyiang ikan.
"Qis, U tengok ni." Terang Dr. Danish sambil memegang uterus ibu muda itu. Dr. Qistina menghulurkan dulang aluminum kepada Dr. Danish. Dr. Danish segera meletakkan uterus yang baru dikeluarkan dari perut ibu muda itu ke atas dulang yang dihulurkan oleh Dr. Qistina.
"Dr, kenapa tak buang ovari sekali?" Tiba-tiba Dr. Qistina menyoal.
"Ovarinya takde masalah. Cuma uterusnya saja yang tak mengecut. Sebab tu bleeding. Kita cuma buat hesterektomi and not total operatian," jelas Dr. Fadzreen pula. Dr. Qistina mengangguk sedangkan di kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan. Setiap wanita yang bersalin berhadapan dengan hidup dan mati. Ibu muda ini baru saja berusia 23 tahun tapi melahirkan anak yang ketiga. Ada atau tiada uterus dalam badannya tidak menjadi masalah kerana dia sudah ada tiga orang anak. Dirinya pula walaupun usianya mencecah 29 tahun kahwin blum inikan pula nak dapat anak. Mimpi lagilah nampaknya.

SINOPSIS FANTASIA BULAN MADU

QISTINA BATRISYA sering mengimpikan hidup bahagia bersama jiran depan rumahnya. Sejak 5 tahun dulu hingga sekarang dia memang mengharapkan jejaka tampan di depan rumahnya akan menjadi pasangan hidupnya. Dia memang yakin seyakinnya jejaka di depan rumahnya tidak mempunyai teman istimewa kerana dia tidak pernah nampak jejaka itu membawa pulang perempuan ke rumahnya. Sekali sekala tika bertembung dijalanan, pasti sebuah senyuman dihadiahkan jejaka itu kepadanya. Sayang sekali, sebaik dia pulang untuk posting ke tempat baru, dia terserempak jejaka di depan rumahnya dengan seorang gadis yang sangat cantik. Harapannya berkecai saat itu. Kalaulah dia tahu sejak awal, pasti dia tidak minta ditukarkan dari Hospital Likas ke Hospital Selayang.
Hari pertama melapor diri dia terbabit dalam kemalangan kecil. Hari kedua pula dia hampir kena serangan jantung kerana ketika ke tempat bertugas, dia ditugaskan di Wad Bersalin di bawah seliaan DR. FADZREEN NUSHI, iaitu jejaka idamannya selama 5 tahun ini. Baru hari itu Qistina mengetahui nama dan pekerjaan jejaka idamannya selama ini. Dr. Fazdreen ialah Doktor Pakar Sakit Puan manakala Ketua Pakar Sakit Puan pula ialah Dr. Danish Ong. Bagaimana Qistina cuba menghindarkan perasaan tidak tentu arah apabila bekerja dengan jejaka yang menjadi idamannya selama ini? Apakah kesudahannya apabila Dr. Danish Ong pula menyamar sebagai adik kembarnya yang sukakan Dr. Qistina? Dr. Danny Ong kembar Dr. Danish pula sebenarnya tidak berapa sihat mentalnya sejak terbabit kemalangan jalanraya.
Ikuti liku-liku hidup Dr. Qistina yang hampir mencecah usia 29 tahun terpaksa menerima takdir yang diatur ibu bapanya kerana takut digelar andartu. Dr. Qistina terpaksa menerima lamaran orang yang tidak dikenali hati budinya kerana taatkan perintah ibu bapanya sedangkan tika itu Dr. Fadzreen masih sendirian! Berkahwinkah Dr.Qistina dengan pilihan keluarganya? Ikuti semuanya dalam Fantasia Bulan Madu.

PROMO FANTASIA BULAN MADU

CINTA MILIKKU
andai cinta pergi dari hidupku
biarkan saja kerana aku tidak pernah bercinta
andai cinta hadir dalam hidupku
biarkan saja kerana aku tidak pernah merasainya
andai tertulis jodohku dengan pencintaku
biarkan saja kerana aku tidak pernah bertemunya
andai perpisahan berlaku dalam hidupku
biarkan saja kerana aku tidak pernah merelakannya
andainya kematian memisahkan kita
biarkan saja kerana aku memang tiada jodoh
andai takdir mempermainkan aku
biarkan saja kerana aku sudah tidak berdaya
realitinya cinta tidak pernah aku dambakan
kerana aku tidak pernah memahami istilah dan bahasa cinta.

QISTINA BATRISYA.
PERTH, AUSTRALIA.

PROLOG

aku menjalankan misiku. langkah yang pertama, aku membuka fail dalam komputer di atas meja Danial. Kebanyakannya berkaitan jadual penerbangan dan duty hariannya. Ada juga fail yang berkaitan enjin pesawat dan teknik pengendalian pesawat. Semua itu tidak menarik minatku. Aku menolak cursor ke bawah.
Mataku terpaku pada fail yang bertulis sulit dan peribadi. Kenapa danial menulis SULIT DAN PERIBADI pada dokumen yang satu ini? aku teragak-agak untuk membukanya. Mungkin ada bukti yang sedang aku cari. Ah, takutnya aku berhadapan dengan kenyataan. Andai aku tidak membuka fail tersebut, Danial mungkin berhadapan dengan tali gantung. Demi anak-anak dan ibu mertuaku, aku akan menanggung risikonya. Lagipun aku tidak melakukan kesalahan kerana niat aku untuk menolong anak guam aku. Pantas tanganku menekan papan kekunci.
Mataku terpaku pada skrin komputer.
Sayang
Kehadiranmu tidak pernah aku nanti
Kasihmu tidak pernah aku harapkan
Cintamu tidak pernah aku dambakan
Mengapa aku mesti jadi milikmu
Sedangkan aku tidak pasti dengan hatiku
Mampukah bahtera kasihku
Merentasi samudera dugaan
Di tengah lautan wasangka cintamu
DANIAL 13 MAC

sinopsis MAHLIGAI PELANGI@NUR KASIH

kasih seorang ibu membawa ke syurga.
kasih seorang anak membawa bahagia.
kasih seorang ayah meruntun jiwa.
kasih seorang isteri berkorban apa saja.
kasih seorang suami ....... tiada jawapan.

NUR 'AINA IRDINA terpaksa menempuh gerbang perkahwinan dalam usia yang sangat muda.
MEJAR DANIAL DIL HADI pula terpaksa menerima tanggungjawab sebagai seorang suami ketika kasihnya mula bersemi terhadap Nourell Adeline Shameera. Dalam melayari alam rumah tangga tanpa cinta dan penuh wasangka NUR 'AINA IRDINA terperangkap antara cintanya terhadap tunangnya FARID WAJDI dan tanggungjawab terhadap suaminya MEJAR DANIAL DIL HADI. NUR 'AINA IRDINA terperangkap antara maruah keluarga dan penderitaan dirinya.
Saat dirinya berada di persimpangan, Nur 'Aina terpaksa menerima hakikat dia adalah anak angkat. Perkahwinannya dengan Danial telah membuka satu persatu siapakah dirinya yang sebenar. Anak seorang pembunuh dan perogol yang dihukum gantung kerana kecuaian pihak polis menghilangkan bahan bukti ketika perbicaraan di mahkamah. Kebenciannya terhadap Danial dan kekasaran Diana terhadap suaminya telah mendedahkan asal dan keturunan NUR 'AINA IRDINA. Siapakah beliau? Semuanya ada dalam novel cikgunie yg berjudul NUR KASIH@MAHLIGAI PELANGI.

EPILOG CINTA NUR KASIH

menjadi yang pertama
impian semua orang
bukan semua orang
boleh menjadi yang pertama
kerana adanya yang pertama
lahirlah kedua, ketiga dan seterusnya
yang pasti
menjadi yang terakhir
harapan terakhir setiap insan
kerana yang terakhir
akan diingati orang
sesuci cinta
NABI MUHAMMAD dan SAYYIDATINA AISYAH
namun yang pertama
tetap bersemadi dalam kenangan
setulus kasih
NABI MUHAMMAD dan SITI KHADIJAH
baik pertama mahupun terakhir
tetap dikenang dan diingati orang
yang pertama kekal dalam memori semalam
yang terakhir bersama meniti hari mendatang
berbahagialah menjadi yang pertama
bergembiralah menjadi yang terakhir
cinta DIANA yang PERTAMA buat DANIAL
cinta DANIAL yang TERAKHIR buat DIANA.....

NUR KASIH

ANDAI AKU TAHU
HATIMU SEHATI DENGANKU
AKAN AKU SIAPKAN
SATU DAERAH UNTUK KAU ISI
DI SUDUT HATIKU

SAYANG
ANDAI MASA TERHENTI
CINTAKU TIDAK AKAN MATI
ANDAI SUNGAI KERING MUARANYA
KASIHKU TIDAK AKAN SURUT
ANDAI TERPADAM MENTARI DI UFUK BARAT
SAYANGKU PADAMU TIDAK AKAN PUDAR

SAYANG
AKU MENGERTI KINI
KAU ADALAH MILIKKU YANG ABADI
TIADA DUA TIADA TIGA MAHUPUN SERIBU
KAU DI HATI INI ADALAH SATU
DULU KINI DAN SELAMANYA

SAYANG
KASIHMU MERUNTUN JIWA
CINTAMU MEMBARA DI DADA
SAYANGMU MEMBAKAR PESONA
LEMAS AKU MEMBURU RINDU
HINGGA PENGHUJUNG NYAWA
MAHLIGAI PELANGI AKAN KUGAPAI
PUNCAK NUR KASIH MILIK KITA
ITU JANJIKU
ITU JANJIMU

PROLOG NUR KASIH

jangan terlalu asyik memandang bintang di langit
kerana belum pasti ia melihat kita
sebaliknya selalulah pandang rumput di bumi
kerana di situ tempat kita berpijak


NUR KASIH

dua jenis manusia yang sering kita temui
pertama
tahu tentang apa yang diperkatakannya
kedua
membuat andaian dan tafsiran sendiri tentang apa yang dilihatnya.

Saturday, October 3, 2009

SELAMAT BERJAYA

GUYS,
2ALL MY STUDENTS,
FORM 3 N FORM 5,
CIKGUNIE UCAPKAN SELAMAT BERJAYA SEMOGA SUCCESS DLM PMR N TRIAL SPM.
INGAT TRIAL SPM START 5-16 OKTOBER.
PMR PULA START 7 OKTOBER.
BUAT YG TERBAIK UTK HASILKAN RESULT YG TERBAIK.
INGAT A INGAT CIKGUNIE.
INGAT CIKGUNIE INGAT A.
APA2PUN PASTIKAN STRAIGHT A THN 2009 LEBIH BYK DR 2008.

AIRSHOW THUNDERBIRDS N SUKHOI DI SUBANG

hello guys,
pagi tadi berlangsung pertunjukkan udara pesawat fighter malaysia n usa di pangkalan udara subang. gambar2 cikgunie belum dpt lg krn hubby cikgunie x masuk dlm laptop cikgunie lg. maklum la, sorang kat MINDEF n sorang kat LABUAN. mcm mana nak antar gambar. tp cikgunie janji akan masuk dlm blog nie jgk bila cikgunie dpt gambar2 yg menarik. tp yg pasti airshow 2 sgt menarik. maklumla sapa pernah tgk thunderbirds jet pejuang amerika 2.

RUMAH TERBUKA 14 SYAWAL 1430H

hari nie cikgunie menghadiri 3 rumah terbuka. langsung tak masak kat rumah. rumah terbuka yg pertama ialah encik aziman. ada soto, lodeh n nasi himpit. open house ke2 ialah umah ketua sektor jaminan kualiti jab.pelajaran labuan, cik khaziyati. dio kongsi ngan cik zaharah (unit bahasa) n encik supri. ada cokodok, nasi hujan panas, spagetti, roti jala, bihun sup,kuih muih n byk lagi. open house ke 3 ialah di komplek dewan masyarakat anjuran YB DATUK HJ YUSUFF HJ MAHAL ahli PARLIMEN WP LABUAN. ini grand punya open house. ada lemang, rendang, bihun sup, sate, nasi kuning, nasi putih, segala mcm lauk ada n buah rambutan. maklum la kat labuan sekarang tgh musim buah. buah2 kayu lain suma murah kecuali durian. masih sekilo rm10-rm15. rasa mcm kat jepun pulak, nak makan buah tempatan pun mahal. apapun anak2 cikgunie happy sgt masa kat open house YB. mana taknya depa dpt duit raya rm5 sorang.

Friday, October 2, 2009

TAKZIAH

cikgunie mengucapkan takziah buat suma keluarga mangsa gempa bumi di padang, sumatera Indonesia. cikgunie difahamkan ramai pelajar kita yang sedang menuntut di sana. namun, alhamdulillah, Panglima Angkatan Tentera mengarahkan pesawat pengangkut C130 berlepas ke padang untuk mengangkut pelajar kita yang terkandas di sana. bagi mangsa gempa yang meninggal meninggal dan terkorban cikgunie ucapkan takziah. buat kerajaan indonesia, janganlah asyik fikir nak ganyang malaysia kerana kalau apa2 yang belaku spt tsunami n gempa bumi mcm ni, malaysialah negara pertama yg dtg menghulurkan bantuan. sekali lagi takziah buat mangsa gempa dr cikgunie.

Thursday, October 1, 2009







INI GAMBAR PERTUNANGAN ADIK KELIMA CIKGUNIE
Posted by Picasa

HA, INILAH RUPANYA ANAK SAUDARA CIKGUNIE YG LAHIR PADA BULAN MAC 2009.
NAMANYA NUR AISYA DANIA. CUCU PEREMPUAN KEEMPAT DARIPADA 16 CUCU EMAK
CIKGUNIE.
Posted by Picasa

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI 1430 HIJRAH

pada hari raya ke5, pn. hamidah classmate start form-form 6 n cousemate masa cikgunie kat upm telah buat open house utk semua classmate form 6 sesi 1987/1988. pn. hamidah tlh hubungi pn.azizah utk contact suma member. malangnya krn kecanggihan teknologi maklumat menyebabkan hanya 3 keluarga saja yg dpt hadir termasuk cikgunie. km bertiga yg dpt hadir ialah org yang pernah pegi umah pn. hamidah. yg lain2 xdpt dtg krn semua line telefon hari 2 di seluruh pekan jitra tiada. kesian kat kekawan yg dtg dr jauh tp xdpt dtg majlis reunion pd raya ke5 tempohari. yg dtg cuma pn. sariza sekeleuarga, pn. azizah sekeluarga n cikgunie sekeluarga. siap bw blk tapau mee udang lg. utk mengelak situasi spt itu berlaku pd thn depan, cikgunie rancang nak buat open house pd raya ke3 tahun hadapan di rumah emak cikgunie krn blh dikatakan suma kekawan cikgunie masa sekolah dulu pernah pegi umah emak cikgunie. jadi kalau umur panjang, insyaAllah cikgunie akan cuba hubungi semua bekas pelajar smk dato syed ahmad, kuala nerang sesi 1987/1988. selamat kembali bertugas.

LEADERSHIP LESSONS FROM OBAMA

guys,
cikgunie sangat mengkagumi pengucapan n karakter obama semasa berucap. so, di sini cikgunie nak kongsi apa yang menyebabkan obama boleh berjaya n kita pun boleh berjaya spt obama apabila kita ikut apa yang obama buat. cikgunie memang bercita2 nak jd pemimpin mcm obama.
1.be comfortable in your own skin.
2.develop your communications skills.
3.spend quality time crafting your speeches.
4.practice practice practice.
5.deliver with passion.
6.connect with your audience.
7.stick to the massage.
8.you will get far with a great team.
9.you learn more by listening.
10.it's all about connecting.
11.stable strategy+flexible tactics=vicyory
12.yesterday competitor is todays collaborator.
13.a leader is a dealer hope(kata2 napoleon)
14.be your own story teller.
15.leadership is influence.
16.tecnology is an Ally.
17.use it to reach yourn supporters.
18.leadership is all about empowering others &releasing then to make impact.
19.the ability to stay calm under pressure is a great quality.
20.don't be afraid to experiment.

doktor bujang

SYAF, SEBELAH ABANG MIZI TU (YG DOK TIDOQ TU) DOKTOR KAT RSAT PANGKALAN UDARA LABUAN. BUJANG TRANG TANG TANG LAGI. NAMA DIA DR RAZIF. KALAU SUKA NANTI AKAK BG NO TEL DIA KAT SYAF.
Posted by Picasa

pengalaman hari ketiga di semenanjung

hari ini ialah hari khamis. cikgunie ada kelapangan untuk menjenguk kekawan yang berada di sek.men.tekinik seri iskandar. cikgunie mengajar di sek. nie selama 5thn. banyak pengalaman pahit manis di sek ini. cikgu2 di smteknik seri iskandar masih spt dulu. ramah tamah n suka bergurau senda. cikgunie dpt melepaskan rindu apabila menjejakkan kaki ke bilik guru smteknik seri iskandar. semua guru2 yg cikgunie tinggalkan dulu kecuali guru bi pn.rohana.yg. lain2 suma sama spt dulu. cikgunie terharu n bersyukur krn kekawan di smteknik masih mengingati cikgunie. mazlina masih lg menjual tupperware. ustazah rohayati dah kahwin. jesmine jg dah kahwin. ustazah zulfah masih spt dulu. begitu jg dgan asmawati, ustazah fasehah,sayati, kak baini,kak noor, kak rosmayati, kak jue pun dah kahwin raya ke4 (maaf x dpt hadir), cikgu rahim, cikgu sabri, pian, mat noor, suhaimi, ustaz nik, kamal, pizah, rosniza, fuadah, che gayah, cikgunie x dpt jumpa syafriza, kak huda, kak ida, kak ainun, pengetua n pk1. g-ah n awie nampaknya dah sarat bak timang anak kedua. tahniah. moga silaturrahim antara cikgunie ngan semua warga smteknik seri iskandar kan berkekalan.

anak2 cikgunie

nur afifah (12 thn)
muhammad afham hamdi (9thn)
muhammad affan fahmi (8thn)
muhammad azfar farhan (6 thn)
Posted by Picasa

anak2 cikgunie

gambar nie cikgunie ambil kat taman buaya di tuaran, sabah.
anak sulung cikgunie perempuan, namanya nur afifah. adiknya
dari kanan ke kiri muhammad afham hamdi, muhammad affan
fahmi n yang bongsu muhammad azfar farhan. nanti cikgunie
masukkan gambar terbaru masa hari raya.
Posted by Picasa

pengalaman hari kedua balik semenanjung

oleh kerana cikgunie n anak2 blk dulu dr hubby cikgunie, mk terpaksalah cikgunie stay kat kl sehari. bukan apa, ayah cikgunie x benarkan anak2nya naik flight satu family. bkn apa takut berlaku hal yg x diingini. hari kedua hubby cikgunie n adik cikgunie blk naik flight air asia. ptg slps selamat diaorg smpai, kami terus blk ke bota. kami buka puasa kat rawang. umah cikgunie di seri iskandar. hubby cikgunie dah ckp, dia penat sbb buat clearence posting, tp cikgunie janji smp tg. malim cikgunie akan drive. tp biasalah cikgunie nie jenis masuk je dlm keta terus tidur. dah x sedar diri. tiba2 cikgunie dengar bunyi syreeetttt... kuat sangat. terkejut cikgunie. rupanya hubby cikgunie brek mengejut. accident kat depan. keta cikgunie yang kat semenanjung tu dah 12 tahun usianya pun. nasib baik anak perempuan sulung cikgunie x tidur. bila dia tengok ayahnya brek mengejut tp keta masih meluncur ke depan dia terus tarik handbrek. keta cikgunie berhenti melintang jln. alhamdulillah.syukur.dpt jg hubby n anak pompuan cikgunie mengelak kemalangan yg berlaku didpn keta cikgunie. klu x, sederet keta akan accident mlm 2. dahlah hujan lebat, keta pulak bnyk kat highway. kejadian nie berlaku slps 1 km dr plaza tol tapah. klu guys nak tahu anak pompuan cikgunie 2 usianya br 12 thn. br abis upsr. tp cita2nya nak jd pilot. katanya senang bw kapal terbang dr bw keta. sbb 2 dia dah mahir pasal enjin keta n tahu cara nak bw keta. cuma cikgunie x benarkan dia drive sendiri. bkn apa sayang kat keta.

pengalaman cikgunie pada hari pertama balik ke semenanjung

cikgunie ambil flight petang. 5.20 sepatutnya flight berlepas tapi kerana flight lewat sampai dari kk, pesawat yang cikgunie naik MH2608 berlepas pd jam 5.40 ptg. utk maklumat waktu berbuka bg labuan ialah jam 6.18 petang. anak2 cikgunie asyik bertanya bila nak buka puasa. maklumlah anak cikgunie yang bongsu tu walaupun 6 thn tp x pernah tinggal lagi puasa. kapten pesawat pula cakap waktu berbuka ikut waktu tempatan. anak kedua cikgunie pulak hairan n terkejut kenapa masa berlepas dr labuan waktunya dah nak malam tp makin jauh flight dr labuan keadaan macam waktu petang. matahari makin merah. jenuh juga nak terangkan pasal geografi pd anak2 cikgunie. nasib baik ada kakak mrk yang sulung. boleh jg jelaskan pd adik2nya. akhirnya tepat jam 7.20ptg barulah kapten pesawat mengumumkan waktu berbuka kpd semua penumpang. nampaknya hari 2 kami bersahur jam 4.00pg n buka puasa jam 7.20ptg
anak2 cikgunie ckp lain kali jgn blk flight ptg tp blk flight pg.

Monday, September 28, 2009

pengalaman sepanjang aidilfitri 1430hijrah

guys,
selamat kembali bertugas.
cikgunie masih lagi di kl. anak sulung n hubby cikgunie tak sihat.
cikgunie sekarang kat subang. masa cuti raya langsung tak boleh buka website kerana line
kat tempat cikgunie langsung takde. so, nanti cikgunie cerita lagi.

Thursday, September 17, 2009

sorry, forget certain name cikgu smteknik seri iskandar

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA BUAT
1.PN ROSMAYATI
2PN.ZAHIRA
2.USTAZAH ROHAYATI
4.USTAZAH FASEHAH
5.CIKGU SABRI
6.CIKGU SUHAIMI
PN. ROHANA

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDILFITRI BUAT EX-STUDENT UPM89-93

SELAMAT BERPUASA. hari nie dah masuk 25 hari kita berpuasa. seperti tahun2 sebelumnya, cikgunie akan berkemas utk pulang bercuti ke kuala nerang.tiba2 cikgunie ternampak gambar pada tahun 1992. hati cikgunie pun terusik. maklum rupanya selama nie cikgunie tak pernah terfikir nak konteks teman2 yg pernah rapat spt saudara sendiri ngan cikgunie. so, di sini cikgunie nak ucapkan SELAMAT BERPUASA N SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT
1.INTAN SALWATI OMAR MOKHTAR (intan) kini berada di Lipis, pahang.
2.HASNAH BT ABDUL HAMID (che nah)kini berada di simpang pulai, perak.
3.ROHANI(sori ani cikgunie lupa nama bapa awak) khabarnya berada di kb,kelantan.
4.CHE NARIZAN HAMAD (kak su)khabarnya berada di tanah merah, kelantan.
5.MASLINA CHE EMBI (chombi dr penang)kini berada di senawang. nama anak kita sama.
6.CHE GAYAH (sori lupa nama sebenar hang)kini berada di plentong, johor.
7.YURAINI MAT YASSIN (yu)kini berada di semenyih selangor.
8.KAK AYU (ROHAYU) dengar khabar kahwin ngan polis n berbiras ngan intan. betul ke?
9.KAK ZIMAH (TAK TAU ADA KAT MANA)

Monday, September 14, 2009

respon sweeping malaysia

guys,
sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, cikgunie nak bagi respon terbuka tentang tindakan segelintir rakyat indonesia yang cuba menghalau semua rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. di sini beberapa langkah yang boleh kita ambil sebagai rakyat Malaysia untuk membalas serangan rakyat indonesia. langkah yang boleh kita ambil bukan melalui senjata tapi dengan akal fikiran yang Allah swt anugerahkan kepada kita.
1 JANGAN DENGAR DAN JANGAN BELI ALBUM ARTIS INDON
2 JANGAN BELI PERABOT JATI DARI INDON
3 JANGAN MENONTON DRAMA2 INDON
4 JANGAN MELANCONG KE INDON
5 JANGAN BERCINTA ATAU BERKAHWIN DENGAN ORANG INDON
6 JANGAN AMBIL ORANG GAJI DARI INDON
7 TUKAR SAJA LAGU NEGARAKU YANG MENJADI PERTIKAIAN DGN INDON (anjurkan pertandingan untuk mencipta lagu NEGARAKU yang baru maacam lagu IMALAYSIAN.
sama2lah kita mempertahankan kedaulatan negara kita.

Sunday, September 13, 2009

PULAU TERUMBU LAYANG-LAYANG

guys,

kenapa Pulau Terumbu Layang-layang diberi nama seperti itu?
sebenarnya di pulau ini terdapat beribu-ribu burung layang-layang
yang singgah dan terbang bebas di sini. buktinya lihatlah gambar original
yang hubby cikgunie amik masa dia pergi ke pulau itu baru-baru nie.
Posted by Picasa

Friday, September 11, 2009

TAKZIAH

cikgunie nak ucapkan takziah kepada keluarga dua orang juruterbang TUDM yang meninggal dalam nahas membabitkan pesawat PILATUS-PC7 di atas landasan lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 12 tengahari tadi. Dua orang juruterbang itu ialah jurulatih penerbangan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Alor Setar. cikgunie difahamkan malam ni semua anggota TUDM Pangkalan Udara Labuan dikehendaki hadir ke SURAU AS-SAADAH untuk majlis tahlil. Al-Fatihah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T
guys, kalau nak tahu macam nilah keadaan tempat duduk dalam pesawat tentera (C-130) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI CHARLIE. CHARLIE ialah pesawat pengangkut bagi TUDM.
Posted by Picasa

barang2 yang dibeli sedang diangkat ke dalam ekor kapal terbang.
Posted by Picasa
kapal terbang Charlie yang cikgunie naik
Posted by Picasa
pasu sarawak
Posted by Picasa

LAWATAN KE KUCHING

gambar ni cikgunie amik masa melawat Kuching pada 5 Julai 2009. kalau guys nak tahu, cikgunie p Kuching naik CHARLIE (kapal terbang tentera). ni suma ialah para anggota TUDM yang tolong cikgunie angkat barang naik kapalterbang tentera. kalau guys nak tahu cikgunie shopping sakan kat Serikin n beli banyak pasu kat Kuching.
Posted by Picasa

Thursday, September 10, 2009

KEMPEN DERMA DARAH

pada masa ni (bulan april 2009) sm st anthony ditugaskan melaksanakan khidmat sosial sempena hari guru. pihak sekolah telah menjalankan kempen derma darah. so, cikgunie pun dermalah darah. bukan apa, sekadar menunaikan tanggungjawab sosial. dulu masa cikgunie bersalinkan anak bongsu cikgunie, berlaku tumpah darah so, cikgunie kena masuk darah lebih kurang 14 pain. jadi skrang nie cikgunie nak derma kat orang pula. ingat setitik darah dapat menyelamatkan satu nyawa.
Posted by Picasa
guys,

masa nie cikgunie terima hadiah bagi mewakili pengetua kerana sekolah cikgunie jadi johan dalam pertandingan coral speaking sempena festival bahasa pada bulan julai lalu.
Posted by Picasa