aku menjalankan misiku. langkah yang pertama, aku membuka fail dalam komputer di atas meja Danial. Kebanyakannya berkaitan jadual penerbangan dan duty hariannya. Ada juga fail yang berkaitan enjin pesawat dan teknik pengendalian pesawat. Semua itu tidak menarik minatku. Aku menolak cursor ke bawah.
Mataku terpaku pada fail yang bertulis sulit dan peribadi. Kenapa danial menulis SULIT DAN PERIBADI pada dokumen yang satu ini? aku teragak-agak untuk membukanya. Mungkin ada bukti yang sedang aku cari. Ah, takutnya aku berhadapan dengan kenyataan. Andai aku tidak membuka fail tersebut, Danial mungkin berhadapan dengan tali gantung. Demi anak-anak dan ibu mertuaku, aku akan menanggung risikonya. Lagipun aku tidak melakukan kesalahan kerana niat aku untuk menolong anak guam aku. Pantas tanganku menekan papan kekunci.
Mataku terpaku pada skrin komputer.
Sayang
Kehadiranmu tidak pernah aku nanti
Kasihmu tidak pernah aku harapkan
Cintamu tidak pernah aku dambakan
Mengapa aku mesti jadi milikmu
Sedangkan aku tidak pasti dengan hatiku
Mampukah bahtera kasihku
Merentasi samudera dugaan
Di tengah lautan wasangka cintamu
DANIAL 13 MAC
No comments:
Post a Comment