Photobucket

Sunday, October 4, 2009

PROLOG FANTASIA BULAN MADU

Keadaan di dalam Dewan Bedah sangat mencemaskan. Dr. Fadzreen mengarahkan Dr. Qistina memasukkan beberapa lagi pain darah ke dalam tubuh ibu muda itu. Dr. Danish dipanggil untuk membantu Dr. Fadzreen. Selang beberapa minit, wajah Dr. Danish sudah tersembul di depan pintu Dewan Bedah. Dr. Fazdreen segera menerangkan keadaan ibu muda yang berusia 23 tahun itu.
"Major Operation!" Arah Dr. Danish.
Dr. Qistina membantu Dr. Fadzreen dan Dr. Danish menghulurkan blade, gunting dan lain-lain peralatan untuk membuang uterus ibu muda itu. Pesakit dibius seluruh badan. Keadaan Dr. Danish dan Dr. Fadzreen seperti sedang menyiang ikan.
"Qis, U tengok ni." Terang Dr. Danish sambil memegang uterus ibu muda itu. Dr. Qistina menghulurkan dulang aluminum kepada Dr. Danish. Dr. Danish segera meletakkan uterus yang baru dikeluarkan dari perut ibu muda itu ke atas dulang yang dihulurkan oleh Dr. Qistina.
"Dr, kenapa tak buang ovari sekali?" Tiba-tiba Dr. Qistina menyoal.
"Ovarinya takde masalah. Cuma uterusnya saja yang tak mengecut. Sebab tu bleeding. Kita cuma buat hesterektomi and not total operatian," jelas Dr. Fadzreen pula. Dr. Qistina mengangguk sedangkan di kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan. Setiap wanita yang bersalin berhadapan dengan hidup dan mati. Ibu muda ini baru saja berusia 23 tahun tapi melahirkan anak yang ketiga. Ada atau tiada uterus dalam badannya tidak menjadi masalah kerana dia sudah ada tiga orang anak. Dirinya pula walaupun usianya mencecah 29 tahun kahwin blum inikan pula nak dapat anak. Mimpi lagilah nampaknya.

No comments:

Post a Comment