Photobucket

Friday, October 9, 2009

TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU

Semua org tahu, tagas cikgu adalah pekerjaan yang mulia. Lahirnya seorang pemimpin hari ini adalah kerana jasa seorang guru. Begitu juga dengan pegawai2 profesional atau bukan profesional. Tapi tahukah kita wujudnya penjenayah, penagih dadah, atau yg seangkatan dengannya juga adalah kerana kelalaian guru. Kadang2 kita mengabaikan pelajar yang lemah semata2 mengejar prestasi sekolah. Apa yg akan berlaku kpd pelajar yang diabaikan ini. Mereka akan keciciran dalam pelajaran, tidak berminat meneruskan persekolahan seterusnya terbabit dgn lumba haram, gengterisme, buli, dll. Apa yang ingin CIKGUNIE nak sampaikan kpd warga guru semua ialah ada segelintir guru di negara kita yg tidak bertanggungjawab dan seterusnya menggelapkan masa depan pelajar. CIKGUNIE tak nak sebut sekolah mana, tapi ada guru yg menghalang pelajar sekolahnya yg tidak siap kerja kursus daripada mengambil peperiksaan PMR. Kononnya pelajar yg tidak siap kerja kursus tidak boleh ambil PMR. Guru2 di sekolah tu pun mungkin tak peka sampai tak tahu pelajar yg tak siap kerja kursus boleh ambil PMR. CIKGUNIE tak nak komen byk2 kerana ini mungkin arahan pentadbir, tp janganlah kerana mengejar prestasi sekolah kita sanggup menggelapkan masa depan pelajar kita. Harap semua cikgu2 yg membaca komen CIKGUNIE tidak akan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab guru yang menghalang pelajar peperiksaan kerana ke manakah pelajar yg tidak ambil peperiksaan awam ini hendak pergi selepas tamat persekolahan. Mungkinkah mereka menjadi penagih dadah, berlumba haram, peragut dsb. Sanggupkah kita memikul dosa2 mereka kerana kelalaian dan kecuaian kita. TEPUK DADA TANYA SELERA!

No comments:

Post a Comment