Photobucket

Monday, October 5, 2009

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA

CIKGUNIE amat bersyukur apabila Tim. Perdana Menteri, Dato' Seri Muhyiddin Yassin telah mengingatkan rakyat Malaysia peri pentingnya BM lalu akan menghapuskan PPSMI sepenuhnya pada tahun 2012 nanti. Lalu beliau telah memperkenalkan semula Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan melancarkan Bulan Bahasa peringkat Kebangsaan baru2 ini. Antara pengisiannya ialah mendeklamasikan sajak, pantun, syair, gurindam, seloka dan pementasan teater. Sekolah CIKGUNIE baru saja melancarkan kempen ini pagi tadi. Beberapa orang pelajar telah mengalunkan syair semasa majlis pelancaran pagi tadi. Mulai sekarang, CIKGUNIE akan pastikan setiap kali berucapkan di atas pentas, CIKGUNIE akan menyelitkan pantun dan peribahasa agar warisan Melayu yang berharga ini tak hilang ditelan zaman. BAHASA JIWA BANGSA. TANPA BAHASA TIADA BANGSA. TANPA BANGSA TIADA TAMADUN. TANPA TAMADUN TIADA NEGARA. TANPA NEGARA JADILAH KITA SEPERTI PENDUDUK PALESTIN. SAMA2LAH KITA MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA.

No comments:

Post a Comment