Setiap pemimpin mempunyai misi dan visi masing-masing.
Mantan PM terdahulu seperti TUN DR. MAHATHIR dengan Dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020, manakala TUN ABDULLAH BADAWI dengan Islam Hadari. Kini Dato' Seri Najib pula dengan slogan 1MALAYSIA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN RAKYAT DIUTAMAKAN.
Konsep 1MALAYSIA amat sesuai diaplikasikan di negara yang multi culture dan agama. Negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk hanya mengamalkan perpaduan melalui konsep 'salad bowl'. Semua rakyat berbilang bangsa hidup di dalam negara yang sama, hanya bertegur sapa apabila bertembung di pasar atau di tempat kerja sahaja. Konsep 1MALAYSIA diperkenalkan agar semua masyarakat yang bernaung di bawah JALUR GEMILANG dan sebuah negara yang bernama MALAYSIA dapat bergaul dan bertoleransi dalam apa jua keadaan dan di mana saja mereka berada.Oleh itu, kita perlulah mengamalkan perpaduan mengikut konsep 1MALAYSIA sepertimana lagu yang CIKGUNIE jadikan tema blog nie. Ingat kita 1MALAYSIA 1BANGSA 1BUDAYA 1NEGARA.
No comments:
Post a Comment