Photobucket

Sunday, October 4, 2009

sinopsis MAHLIGAI PELANGI@NUR KASIH

kasih seorang ibu membawa ke syurga.
kasih seorang anak membawa bahagia.
kasih seorang ayah meruntun jiwa.
kasih seorang isteri berkorban apa saja.
kasih seorang suami ....... tiada jawapan.

NUR 'AINA IRDINA terpaksa menempuh gerbang perkahwinan dalam usia yang sangat muda.
MEJAR DANIAL DIL HADI pula terpaksa menerima tanggungjawab sebagai seorang suami ketika kasihnya mula bersemi terhadap Nourell Adeline Shameera. Dalam melayari alam rumah tangga tanpa cinta dan penuh wasangka NUR 'AINA IRDINA terperangkap antara cintanya terhadap tunangnya FARID WAJDI dan tanggungjawab terhadap suaminya MEJAR DANIAL DIL HADI. NUR 'AINA IRDINA terperangkap antara maruah keluarga dan penderitaan dirinya.
Saat dirinya berada di persimpangan, Nur 'Aina terpaksa menerima hakikat dia adalah anak angkat. Perkahwinannya dengan Danial telah membuka satu persatu siapakah dirinya yang sebenar. Anak seorang pembunuh dan perogol yang dihukum gantung kerana kecuaian pihak polis menghilangkan bahan bukti ketika perbicaraan di mahkamah. Kebenciannya terhadap Danial dan kekasaran Diana terhadap suaminya telah mendedahkan asal dan keturunan NUR 'AINA IRDINA. Siapakah beliau? Semuanya ada dalam novel cikgunie yg berjudul NUR KASIH@MAHLIGAI PELANGI.

No comments:

Post a Comment