Photobucket

Monday, October 19, 2009

PENGURUSAN EQ

dalam kehidupan kita seharian, kadang kala kita berhadapan dengan satu situasi yang boleh membuatkan kita sterss. Kalau kita stress, lama kelamaan jiwa kita tidak tenteram seterusnya boleh mencalarkan emosi kita. Bagaimana kita hendak menangani situasi yang tidak kita duga. CIKGUNIE suka berkongsi masalah dgn pembaca semua. Sejak dua hari ini, tiba2 saja laptop CIKGUNIE tak berfungsi. Anak2 CIKGUNIE sorang pun tak nak mengaku sapa yang buatkan ia rosak. Nak minta tolong dgn org tersayang dia jauh. Walaupun laptop nie masih dlm waranty, tp nak pegi kat Kompleks Karamunsing tu bukan dekat. Yang sedihnya semua ada dlm laptop tu. Perancangan dan takwim St. Anthony tahun 2010 ada dlm tu. Begitu juga dgn jadual waktu guru st anthony. Rasa nak gila duk fikir tentang fail yang ada dlm laptop CIKGUNIE. Akhirnya CIKGUNIE cuba bertenang dgn memikirkan benda2 yg positif, pencapaian CIKGUNIE setakat ini dan pengorbanan yg tlh CIKGUNIE lakukan dlm hidup selama ini. Selepas itu, Cikgunie buat perkara yang paling Cikgunie suka dlm hidup ini, iaitu masak pelbagai menu yg anak2 Cikgunie suka makan. Akhirnya, masa nak jemput anak2 Cikgunie balik dr sekolah Cikgunie buat keputusan krn Cikgunie ada banyak pilihan. Cikgunie pun bw laptop ke pusat servis Picotec. Kebetulan salah seorang pekerjanya abang kpd student Cikgunie. Nak tahu apa sebenarnya masalah laptop Cikgunie? Bateri. Baterinya dah rosak dan terpaksa ditanggalkan apabila hendak menggunakan laptop. Sekarang Cikgunie hanya boleh guna power supply saja apabila hendak menggunakannya. Kesimpulan yang boleh dibuat tentang pengurusan EQ ialah cuba bertenang, jangan berfikir negatif dan anggaplah semua masalah boleh diselesaikan oleh diri kita sendiri tanpa menyusahkan orang lain.Jadi kita boleh mengelakkan stress.

No comments:

Post a Comment