Photobucket

Friday, October 30, 2009

CARA MENGISI ANGIN TAYAR KERETA

GUYS,
Rasanya apa yang ingin CIKGUNIE kongsi ngan suma rakyat Malaysia nie memang kelakar tapi itulah realitinya. Sebelum nie CIKGUNIE pernah bagitau yg CIKGUNIE cuma tahu isi minyak kereta saja. Nak isi air dalam bonet depan pun pegi bengkel syarikat keta yg CIKGUNIE beli keta minta tolong kat mekanik, inikan pula nak isi angin dalam tayar. Nak jadi criter, jam 8.00 malam tadi CIKGUNIE pergi hantar adik CIKGUNIE tuisyen kat Kerupang 3. Sepanjang perjalanan CIKGUNIE rasa macam bawa kereta kuda. Kreta CIKGUNIE macam terhentak-hentak. Sampai kat umah cikgu tuisyen tu, CIKGUNIE check tayar keta. Rupanya keempat-empat tayar keta CIKGUNIE kempis. Patutlah jalan tak lancar je. Bila CIKGUNIE ingat balik, last hubby CIKGUNIE isi angin ialah masa bulan puasa dulu.Tanpa banyak fikir, CIKGUNIE pergi ke petronas dan parking kat tempat isi angin. CIKGUNIE cuba nak buat sendiri tapi tak tahu. Ingat Allah bagi kita akal maka kita kena guna akal. Lagipun kita bukan buta huruf. Kita boleh membaca. Jadi CIKGUNIE baca arahan di pam tayar tu. Masalahnya nak tekan berapa tekanan angin untuk tayar depan dan belakang. CIKGUNIE selalu lihat hubby CIKGUNIE tengok nombor kat tepi pintu tempat driver, so CIKGUNIE pun tengoklah. Rupanya di situlah tercatat tekanan angin utk tayar depan dan belakang keta kita. Sangat mudah apabila kita menggunakan akal kita. Kita perlu tekan jumlah tekanan di pam tayar sebelum mengepam angin. Butang sebelah kiri utk menaikkan jumlah tekanan angin dan butang sebelah kanan utk menurunkan tekanan angin tayar keta. Lepas tu, bukalah tiub kat tayar dan pamlah tayar keta anda hingga berbunyi beep 2kali. Begitu mudah. Pengajarannya, kita perlu belajar dan belajar tentang semua perkara di dunia nie. Sebab itu Nabi Muhammad SAW suruh kita belajar hingga ke liang lahad.

No comments:

Post a Comment