QISTINA BATRISYA sering mengimpikan hidup bahagia bersama jiran depan rumahnya. Sejak 5 tahun dulu hingga sekarang dia memang mengharapkan jejaka tampan di depan rumahnya akan menjadi pasangan hidupnya. Dia memang yakin seyakinnya jejaka di depan rumahnya tidak mempunyai teman istimewa kerana dia tidak pernah nampak jejaka itu membawa pulang perempuan ke rumahnya. Sekali sekala tika bertembung dijalanan, pasti sebuah senyuman dihadiahkan jejaka itu kepadanya. Sayang sekali, sebaik dia pulang untuk posting ke tempat baru, dia terserempak jejaka di depan rumahnya dengan seorang gadis yang sangat cantik. Harapannya berkecai saat itu. Kalaulah dia tahu sejak awal, pasti dia tidak minta ditukarkan dari Hospital Likas ke Hospital Selayang.
Hari pertama melapor diri dia terbabit dalam kemalangan kecil. Hari kedua pula dia hampir kena serangan jantung kerana ketika ke tempat bertugas, dia ditugaskan di Wad Bersalin di bawah seliaan DR. FADZREEN NUSHI, iaitu jejaka idamannya selama 5 tahun ini. Baru hari itu Qistina mengetahui nama dan pekerjaan jejaka idamannya selama ini. Dr. Fazdreen ialah Doktor Pakar Sakit Puan manakala Ketua Pakar Sakit Puan pula ialah Dr. Danish Ong. Bagaimana Qistina cuba menghindarkan perasaan tidak tentu arah apabila bekerja dengan jejaka yang menjadi idamannya selama ini? Apakah kesudahannya apabila Dr. Danish Ong pula menyamar sebagai adik kembarnya yang sukakan Dr. Qistina? Dr. Danny Ong kembar Dr. Danish pula sebenarnya tidak berapa sihat mentalnya sejak terbabit kemalangan jalanraya.
Ikuti liku-liku hidup Dr. Qistina yang hampir mencecah usia 29 tahun terpaksa menerima takdir yang diatur ibu bapanya kerana takut digelar andartu. Dr. Qistina terpaksa menerima lamaran orang yang tidak dikenali hati budinya kerana taatkan perintah ibu bapanya sedangkan tika itu Dr. Fadzreen masih sendirian! Berkahwinkah Dr.Qistina dengan pilihan keluarganya? Ikuti semuanya dalam Fantasia Bulan Madu.
No comments:
Post a Comment