Photobucket

Wednesday, October 21, 2009

ANTARA DUA PILIHAN

SEANDAINYA KITA HANYA MEMPUNYAI DUA SAJA PILIHAN DALAM SESUATU SITUASI. BAGAIMANA KITA HENDAK MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT AGAR KITA TIDAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI? CARANYA MUDAH SAJA. PERTAMA BUAT PERBANDINGAN ANTARA DUA PILIHAN TERSEBUT MANA YANG LEBIH BAIK DAN MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA KITA.SEKIRANYA KEDUA-DUA PILIHAN TERSEBUT MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA KITA,MAKA KITA PILIHLAH MENGIKUT KATA HATI KITA.CONTOHNYA KITA TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN UNTUK MENEMANI ANAK KE SESUATU PERTANDINGAN ATAU MENGHADIRI MESYUARAT. KEDUA-DUANYA SANGAT PENTING BAGI KITA. KEDUA-DUANYA MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA KITA. JADI MANA SATU PILIHAN KITA? PILIHLAH MANA YANG KITA SUKA KERANA KEDUA-DUANYA BERMAKNA BAGI KITA. TAPI SELEPAS MEMBUAT PILIHAN, JANGAN SESEKALI KITA MENYESALI PILIHAN KITA. KEDUA, KITA PERLU IKUT HUKUM ALAM, IAITU KITA TERPAKSA MELEPASKAN SATU PELUANG UNTUK MENDAPATKAN PELUANG YANG LAIN.KALAU KITA TIDAK MELEPASKAN BENDA LAMA YANG ADA DALAM GENGGAMAN, BAGAIMANA KITA HENDAK MENDAPAT BENDA BARU YANG LEBIH BAIK. JADI KEPUTUSAN DI TANGAN KITA. BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT KERANA DALAM HIDUP KITA TIDAK MEMPUNYAI BANYAK PILIHAN.

No comments:

Post a Comment