Photobucket

Saturday, December 14, 2013

14 DISEMBER 2012 DALAM KENANGAN

Setiap insan mempunyai kenangan sama ada kenangan manis, pahit atau sebagainya dalam hidup. Setiap kenangan mencatat sejarah yang tersendiri dalam kehidupan kita. Namun tidak semua orang memiliki kenangan terindah dalam hidup mereka. Cikgunie bersyukur kerana memiliki kenangan terindah dalam hidup Cikgunie. Pada tanggal 14 Disember 2012, iaitu pada tahun lepas adalah detik terindah dalam hidup Cikgunie. Dalam kehidupan kita juga banyak ujian, dugaan dan rintangan yang menghalang setiap liku usaha kita. Oleh itu, kita amat memerlukan sokongan, dorongan dan bantuan daripada seorang yang bergelar sahabat, kawan atau teman. Bukan semua teman ikhlas bersahabat dengan kita, namun mencari sebutir permata di tengah ribuan pepasir bukanlah mudah. 

Jadi, apabila bertemu dengan seseorang yang sering membantu dan bersedia mendengar luahan hati dan perasaan di kala kita dilanda musibah amat Cikgunie senangi. Mempunyai sahabat seperti beliau sangat-sangat Cikgunie hargai. Bukan mudah mempertahankan sebuah perhubungan persahabatan dengan sikap Cikgunie yang tersangat sensitif ini. Pertemuan pagi itu berlaku kerana Cikgunie demam dan pada hari itu juga Cikgunie akan balik ke Labuan. Bantuan yang dihulurkan tidak mungkin Cikgunie lupakan. Hari ini genap setahun pertemuan itu, Cikgunie tidak pernah bersua muka atau bertemunya lagi. Kenangan pada tarikh 14 Disember 2012 akan Cikgunie ingati sampai bila-bila. Pepatah Melayu berbunyi, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Doa Cikgunie semoga beliau berjaya dalam semua bidang yang diceburi di dunia dan di akhirat . Terima kasih atas segalanya.

No comments:

Post a Comment