Tiada karangan berformat kerana pada tahun 2013 telah keluar 2 karangan berformat, iaitu karangan rencana dan juga cerita/cerpen.
Karangan Bahagian A masih lagi mensasarkan pemeliharaan dan pemuliharaan tetapi bukan bangunan bersejarah, sebaliknya lebih fokus kepada melestarikan alam sekitar yang semakin tercemar.
Karangan Bahagian B Dimensi diri (Soalan 1) lebih berfokus kepada diri pelajar itu sendiri sama ada usaha membentuk remaja berwawasan atau peranan remaja menepis penyalahgunaan teknologi maklumat.
Soalan 2 lebih berfokus kepada peranan ibu bapa dalam mengurangkan masa permainan anak-anak di dalam gadget-gadget sehingga tidak tahu bersosial.
Soalan 3 lebih berfokus kepada peranan masyarakat menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam seperti banjir.
Soalan 4 lebih berfokus kepada peranan MERCY Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menghulurkan misi bantuan di negara-negara bergolak.
Soalan 5 lebih berfokus kepada ulasan atau kritikan novel yang dibaca.
SELAMAT MENGULANGKAJI UNTUK CALON SPM 2014.
MASA ITU EMAS....
Oleh itu, mulakan langkah pertama menulis karangan-karangan yang menarik dari sekarang supaya tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah, Kertas 1 Bahasa Melayu akan menentukan seseorang calon itu mendapat A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E ataupun G. Yang mana satu pilihan anda? Pisau di tangan anda, mentimun pun di tangan anda. Ayuh, jangan bertangguh!!!!
No comments:
Post a Comment