Photobucket

Tuesday, December 10, 2013

SEHARI SATU PERIBAHASA

KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK TETAPIGAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK
Apa yang Cikgunie nak kongsi pada petang ini ialah sikap masyarakat Malaysia yang terlalu mengagung-agungkan atau mengutamakan orangluar. 
Pengalaman ini Cikgunie kutip sendiri dan alami sendiri pagi tadi semasa menaiki pesawat AirAsia dari LCCT ke Labuan. 

Selepas 1 jam 30 minit penerbangan, Ketua Pramugara membuat pengumuman untuk mengutip sumbangan derma kepada mangsa bencana alam. Cikgunie ingatkan sumbangan untuk lebih 50 ribu mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka. Rupa-rupanya sumbangan untuk mangsa bencana alam taufan Haiyyan di Filipina. 
Di mana silapnya guru-guru mengajar di sekolah tentang kepentingan membantu saudara seagama dan jiran tetangga kepada murid-murid sekolah sehingga melahirkan masyarakat yang nampak kesusahan orang luar berbanding kesusahan masyarakat Malaysia? Tepuk dada tanya selera kerana di situ letaknya keikhlasan dalam setiap pertolongan dan pemberian yang dihulurkan.

No comments:

Post a Comment