Photobucket

Saturday, December 14, 2013

SPORT RIM DAN TAYAR KERETA

GAMBAR HIASAN...HEHEHE
Bahagian manakah yang paling penting dalam sesebuah kenderaan selain enjin? Adakah cermin, badan kereta, stereng, cermin sisi, atau tayar? Apa yang ingin Cikgunie kongsi bersama pembaca ialah kepentingan tayar kenderaan. Cikgunie pernah bersumpah di laman facebook Cikgunie bahawa Cikgunie tidak akan membawa kereta nasional melebihi 7 tahun di lebuh raya. Hal ini berlaku kerana kereta Proton Wira yaang Cikgunie pinjam daripada adik Cikgunie rosak di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira sebulan lalu. Oleh itu, baru-baru ini Cikgunie bertekad untuk membawa kereta Nissan Sentra Cikgunie yang berusia 15 tahun dari kampung Cikgunie, Kuala Nerang ke Kuala Lumpur. Cikgunie bukanlah seorang yang suka menyusahkan diri menaiki pengangkutan awam. 

Bagi Cikgunie, menaiki pengangkutan awam sangat melecehkan dan meletihkan. Kedengaran kenyataan Cikgunie seperti bermegah diri tetapi itulah hakikatnya. Sesiapa yang selalu berulang-alik menghadiri mesyuarat atau kursus dan sebagainya pasti sudah biasa bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Bagi Cikgunie kalau memandu seorang diri melebihi 500 kilometer setiap satu-satu destinasi adalah perkara biasa. Pada tahun lepas, setiap minggu Cikgunie berulang-alik dari Genting Higlands ke Ipoh, Perak dan ke Kuala Nerang. Orang yang tidak biasa memang penat tetapi bagi Cikgunie tidak pula. Pada tahun ini pula, beberapa kali Cikgunie akan memandu sendiri balik ke kampung atau tempat-tempat kursus dengan kereta sama ada kereta adik-adik Cikgunie atau kereta kawan-kawan yang Cikgunie pinjam.

Oleh itu, pada pendapat Cikgunie, bahagian yang paling penting bagi sesebuah kenderaan untuk jarak jauh ialah tayar. Tayar sangat penting kerana ia yang menguasai kenderaan semasa kenderaan meluncur di jalan raya. Kebetulan cat kereta Cikgunie sudah lusuh dan nampak buruk. Cikgunie pula mempunyai sumber kewangan yang terhad. Hubby Cikgunie suruh tukar cat tetapi bila Cikgunie tanya nak tukar warna Platinum Yellow harganya RM2500, Cikgunie mengubah keputusan Hubby Cikgunie. Cikgunie mula berfikir di luar kotak bahawa dengan sejumlah wang yang diperuntukkan oleh Hubby Cikgunie itu, baik Cikgunie tukar tayar dan pasang "sport rim". Cikgunie pun SMS Hubby Cikgunie dan Hubby Cikgunie tetap tidak bersetuju. Walaupun orang cakap tidak mengendahkan suruhan suami berdosa, tetapi dalam hal-hal seperti ini kita perlu mengikut kata hati. Cikgunie pun pergi ke kedai tayar di Jitra pada 28 November 2013 lalu bertanyakan harga sport rim dan tayar baru. Tauke kedai itu memberitahu untuk sport rim 15 inci dan 4 biji tayar baru harganya RM1500. Cikgunie pun bersetuju.

Rupa-rupanya tindakan Cikgunie memang sangat tepat. Untuk makluman pembaca sekalian, pada bahagian tayarlah kita dapat mengesan bermacam-macam masalah yang melanda kereta kita. Sebaik tayar depan dibuka, barulah Cikgunie tahu drive shafts dah rosak teruk. Begitu juga dengan kedua-dua getah yang menyambung arm kat tayar tu. Pad break juga sudah haus dan tidak dapat digunakan lagi. Pada hari itu Cikgunie terpaksa tukar kedua-dua drive shafts kiri dan kanan ( rupa-rupanya tak sama panjang), getah kat arm yang menyambungkan tayar dan pad break. Patutlah semasa break semacam saja bunyi kereta Cikgunie. Selepas tukar kesemua itu, terpaksa buat balancing dan aligment pula. Jadi jumlah keseluruhan ialah RM2089.00. 

Tauke kedai itu memberitahu bahawa Cikgunie perlu tukar bateri dan kena masuk gas aircond yang dah hampir kering. Selepas itu, Cikgunie pun buat seperti yang disuruh. Bila sampai kat kedai yang dicadangkan, tauke yang seterusnya suruh Cikgunie tukar water pump dan tali belt aircond. Keseluruhannya Cikgunie habis RM2898.00 pada hari tersebut. Hasilnya Cikgunie memandu kereta seperti kereta baru walaupun cat kereta Cikgunie nampak lusuh. Apa yang penting ialah tayar kenderaan memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan sesebuah kenderaan. Hubby Cikgunie tidak henti-henti membebel dari Labuan. Kesannya, pada 9 Disember 2013 Cikgunie memandu kereta Nissan Sentra Cikgunie yang berusia 15 tahun ke Kuala Lumpur dari Kuala Nerang sejauh lebih 600km tanpa sebarang masalah dalam masa 6 jam. Cikgunie memang selalu tinggalkan kereta di rumah adik angkat Cikgunie di Equine Park, Serdang atau di rumah kawan Cikgunie di Nilai untuk kegunaan Cikgunie dan hubby sekiranya kami balik ke sana.

Semalam pula giliran Hubby Cikgunie balik kampung dan giliran dia pula memandu kereta tersebut. Sepanjang jalan Hubby Cikgunie tidak henti2 menghubungi Cikgunie bahawa dia sangat selesa memandu kereta lama itu dengan tayar dan sport rim baru. Hubby juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih atas tindakan Cikgunie menukar tayar dan memasang sport rim. Oleh itu, Cikgunie berpendapat tayar memainkan peranan penting selain daripada enjin sesebuah kenderaan. Nak tahu kena cuba sendiri.


No comments:

Post a Comment