Buah-buahan tempatan seperti durian, manggis,
langsat, rambutan, pisang dan sebagainya menjadi pilihan orang ramai. Buah-buahan
tempatan terutamanya yang tidak bermusim senang didapati. Buah-buahan bukan
sahaja dijual di tepi-tepi jalan, tetapi juga terdapat di pasar-pasar raya.
Walau bagaimanapun, buah-buahan
import menjadi saingan kepada buah-buahan tempatan ini. Namun, kerajaan
berusaha untuk memajukan industri buah-buahan tempatan kerana bidang ini turut
menyumbang pendapatan kepada negara.
Kerajaan berusaha membuka
ladang-ladang atau kebun-kebun baru untuk ditanami dengan buah-buahan tempatan.
Di samping itu, pelbagai pihak terbabit sering membuat penyelidikan untuk
mendapatkan baka baru supaya buah-buahan yang dihasilkan bermutu tinggi dan berjaya
menembusi pasaran luar.
Dari segi pasaran, FAMA berusaha
dengan gigih untuk menjaga kepentingan pengusaha buah-buahan tempatan. Kesukaran
menjual buah-buahan, terutama pada musim kemuncak mendatangkan masalah besar
kepada pekebun. Kerajaan juga melancarkan kempen untuk memastikan buah-buahan
tempatan tidak terpinggir. Di samping itu,setiap tahun diadakan pesta
buah-buahan tempatan supaya buah-buahan tempatan mendapat perhatian dan tempat
yang sewajarnya.
Kerajaan juga menggalakkan para
pekebun mengusahakan tanah terbiar dengan menanam buah-buahan tempatan. Bidang
ini berpotensi tinggi dan akan mendatangkan pulangan yang lumayan.
Namun, bidang pertanian seperti penanaman getah, kelapa sawit, kopi, koko, kelapa dan lain-lain turut menyumbang kepada pendapatan negara. Oleh itu, kerajaan telah memberi bantuan kepada pekebun-pekebun kecil seperti Cikgunie. Alhamdulillah, rezeki tetap ada bagi orang-orang yang rajin berusaha.
No comments:
Post a Comment