Photobucket

Friday, December 13, 2013

PUISI PILIHAN PENYAIR MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI DAN PATANI



HARAP

 nyanyian malam,
 tak mampu mencabut resah
 walau jemari menari diatas papan nada
 nelangsa jauh menggulir rasa
 nun, ke kenangan yang bertahun
 senandung dari denting dawai
 tak mampu cegah bayangmu
 datang menjelma mengulas kisah
 kisah kasih yang tak pernah berujung
 hanya nama dan bayang itu
 juga hati dan rasa haru
 menjadi teman merintang waktu
 kadang sedak memanggil namamu
 perih dan rintih teman sejati
 oh,..
 Tuhan yang Maha Kasih
 sampaikan tolong arti kasihku
 yang tak pernah melukainya.
NUKILAN : Bambang Irianto

 HUKUMAN TERINDAH


Saat sesuatu menjadi semu, ada airmata tertumpah.
 Hari ini simpul rindu telah menggantung leher anganku
 Adakah yang hilang disini?
 Bertanya diri sendiri.
 dan ada dosa terlahirkan hari ini,...
 Puisi ini memperbudakku
 meniti dengan diksi berduri, membias bersama letupan majas
 Andai waktu masih berpintu, kalau memang waktu itu masih sudi menyapaku.
 Arah mana yang tertuju???
 Anginpun enggan mendengar bisikku, mengikut malam yang membiarkan dingin semua mimpi
 Salahmu tak ada
 Takdirpun bukan terdakwa
 Salahku, jangan ditanya lagi dan tak ada ampun dilangitku
 Aku disini menyimpuh diri...
 Terbelenggu
 Maafkan aku
 Nukilan :  Hendro Susilo
Padang, 11 Desember 2013



GURINDAM BERSEDEKAH

 Nafkahkan harta ke jalan Allah,
 akan diganda pahala terserlah.

 Jangan ungkit kalau bersedekah,
 pahala membukit akan merekah.

 Usah menyakiti hati penerima,
 sombong diri jangan bergema.

 Nikmatnya dirasa akhirat nanti,
 berlipat ganda pahalanya pasti.

 Beri sedekah jalan ke akhirat,
 ada barakah amalanmu sarat.

 Sedekah kepada mereka yang layak,
 sedikit sahaja hartamu tak terkoyak.

 Hendaklah kita kaya sedekah,
 harta diriba dapatlah barakah.

 Sedekah bukti kekuatan iman,
 pahala meniti sewangi haruman.

 Sedekah menyebabkan kita kaya,
 Allah gandakan rezeki di ribanya.

 Balasan bersedekah berlipat ganda,
 surah Al-Baqarah di dalamnya ada.

 Manfaat bersedekah menolak bala,
 pahala melimpah janji Allah Ta’ala.

 Ilham rasa,
 PAUZI MOHD ISA,
 35500 Bidor,Perak.
 MALAYSIA.
 12.12.2013 (Khamis).



1 comment: