Photobucket

Sunday, December 15, 2013

REALITI KEHIDUPAN.....

Tidak sukar memadam sebuah kenangan. Tidak sukar pula melupakan sebuah memori. Paling tidak sukar ialah menghapuskan sebuah ingatan. Hanya dengan perbalahan, perselisihan faham dan persengketaan, terhapuslah semua kebaikan. Terhapuslah semua kenangan. Terpadamlah semua memori dari kotak ingatan. Yang ada hanyalah kelukaan. Yang tinggal hanyalah penderitaan. Yang tersisa hanyalah saki baki kesabaran. Namun, yang pergi tidak akan kembali. Yang menghilang tidak akan muncul lagi. Yang patah tidak akan tumbuh lagi. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berserah kepada Yang Maha Esa. Redha atas takdir dan tadbir-Nya. Bersyukur kerana masih lagi mempunyai perasaan walaupun bukan perasaan gembira sekurang-kurangnya masih lagi mampu menangis walaupun tidak mampu ketawa. Mungkin esok lusa akan ada sinar kebahagiaan buat insan-insan yang terluka hatinya. Selagi mentari masih menyinar, selagi itu harapan masih menyala. Realiti kehidupan memang begitu. Ada pasang dan surutnya. Ibarat roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. 

No comments:

Post a Comment