Penculikan dan pembunuhan kanak-kanak sering dikaitkan dengan kelalaian ibu bapa. Apakah punca dan langkah mengatasinya? Bincangkan.
Pertubuhan
Buruh Antarangsa (ILO) menganggarkan RM48 billion setahun diperoleh daripada
sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang menjadikan jenayah penyeludupan
manusia adalah yang ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan
senjata api. Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan
dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak
perempuan. Ada kanak-kanak yang hilang ini ditemui sama ada dalam keadaan
selamat ataupun telah meninggal dunia. Amat memilukan apabila kanak-kanak yang
hilang itu ditemui mati dibunuh selepas dirogol.
Mengapa
mesti kanak-kanak? Kanak-kanak ialah makhluk Tuhan yang
unik. Tidak pernah kita melihat kanak-kanak yang tidak boleh tidur malam kerana
memikirkan masalah hutang dua ringgit kepada kawannya. Tidak pernah juga kita
melihat kanak-kanak yang tidak lalu makan apabila surat cinta yang diletakkan
di bawah meja budak perempuan kelas sebelah, tidak berbalas. Kanak-kanak,
lebih-lebih lagi dari kategori 7 tahun ke bawah adalah golongan yang paling
tidak stress di atas muka bumi ini. Dunia mereka seakan-akan bebas dari
sebarang masalah.Keadaan fizikal dan pemikiran yang belum matang
menyebabkan kanak-kanak lebih mudah diculik atau dilarikan berbanding lelaki
dan wanita dewasa.
Undang-undang
Dunia (International Laws) mendefinisikan kanak-kanak sebagai mereka yang
berumur bawah 18 tahun. Sama ada bayi sehingga yang berumur 18 tahun,
kanak-kanak boleh menjadi mangsa aktiviti jenayah pemerdagangan manusia yang
bergantung kepada bentuk ekploitasi yang dikehendaki. Contohnya, remaja
kebiasaannya digunakan untuk pelacuran atau ekploitasi seks, kanak-kanak bawah
10 tahun digunakan untuk meminta sedekah, manakala bayi dijual terutama kepada
keluarga yang tidak mempunyai anak
Terkedu dan terhenti degupan jantung melihat senarai nama mangsa kanak-kanak yang diculik dan tragisnya cara mereka meninggalkan dunia yang fana ini. Bukan salah ibu mengandung tetapi salah siapa jika acuan tidak menjadi seperti yang diingini. Tergamak seorang insan meragut nyawa anak-anak kecil ini dengan cara paling kejam dan tidak bertamadun. Di mana silapnya kanak-kanak yang tidak berdosa ini diperlakukan sesuka hati manusia yang bertopengkan syaitan. Menilik nama mangsa remaja dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penculikan tidak berperikemanusiaan ini membuat hati kita tertanya-tanya. Tidak mengira kaum dan bangsa mahupun umur dan usia. Mengapa perlu berlaku keadaan sedemikian sedangkan negara kita telah diisytiharkan sebagai negara ke-19 paling aman di dunia. Di manakah nilai dan intergriti masyarakat madani yang berjiwa luhur di negara kecil ini? Sudah terang lagi bersuluh, punca jenayah penculikan ini dilakukan oleh individu yang bermasalah jiwa dan mental serta tidak boleh dikenal pasti kerana individu ini kelihatan normal dan hidup bebas dalam masyarakat. Paling sadis kehilangan kanak-kanak dan remaja yang diculik ini adalah akibat kecuaian dan kealpaan ibu bapa mereka sendiri.
Setiap kali berita mengenai kanak-kanak hilang dilaporkan, perkara pertama
yang ditanya ialah ‘bagaimana anak kecil
itu boleh hilang?’.
Jika mangsa hilang semasa bermain seorang diri di taman, atau semasa ke kedai seperti diarahkan ibu bapa, tidakkah ia menggambarkan kecuaian ibu bapa? Kehidupan kanak-kanak yang sentiasa riang gembira boleh bertukar tragedi apabila ibu bapa mengabaikan aspek keselamatan anak-anak mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Jangan sudah terhantuk baru terngadah kerana kesilapan yang sedetik ini akan menyebabkan penderitaan sepanjang hayat.
Jika mangsa hilang semasa bermain seorang diri di taman, atau semasa ke kedai seperti diarahkan ibu bapa, tidakkah ia menggambarkan kecuaian ibu bapa? Kehidupan kanak-kanak yang sentiasa riang gembira boleh bertukar tragedi apabila ibu bapa mengabaikan aspek keselamatan anak-anak mereka. Kanak-kanak tidak seharusnya dibiarkan keluar bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Jangan sudah terhantuk baru terngadah kerana kesilapan yang sedetik ini akan menyebabkan penderitaan sepanjang hayat.
Ironinya, ibu
bapa yang sering meninggalkan anak-anak bermain sendirian di taman permainan
atau di rumah tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa mudah terdedah kepada jenayah
penculikan. Penculik, biasanya sudah mengamati mangsa culik dua atau tiga
minggu sebelum menculik kanak-kanak terbabit. Oleh itu, penculik sudah tahu
pada waktu bila kanak-kanak itu akan dibiarkan bersendirian. Saat itu, penculik
akan mendekati kanak-kanak terbabit dengan menghulurkan sekotak coklat atau ais
krim untuk menjerat mangsa. Sangat senang untuk menculik kanak-kanak yang
dibiarkan atau ditinggalkan bersendirian di rumah atau di padang permainan
kerana mereka sangat mempercayai orang yang baru dikenali. Sebagai
contoh, taman permainan kanak-kanak pada waktu ketika dahulu dikatakan tempat
yang selamat untuk kanak-kanak bermain tetapi air yang tenang, jangan disangka
tiada buaya kerana kini, taman permainan kanak-kanak menjadi sasaran utama
penculik. Umum mengetahui, millineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan
cabaran reformasi dan kita haruslah berhati-hati dalam setiap langkah. Oleh
itu, kecuaian yang melibatkan ibu bapa tidak harus dipandang enteng oleh semua
lapisan masyarakat.
Ibu bapa yang sering menyuruh kanak-kanak pergi ke kedai membeli barang
atau keperluan kecil juga mendedahkan anak-anak mereka kepada jenayah
penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai hati yang suci dan bersih
tidak akan bersikap buruk sangka terhadap orang-orang yang baru dikenali.
Mereka mudah mengikut orang yang tidak dikenali untuk menumpangkan mereka ke
kedai atau ke pasar malam. Sikap kanak-kanak seperti inilah yang menyenangkan
urusan penculik untuk menculik kanak-kanak bukan sahaja untuk dibuat tebusan
tetapi juga untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan segera. Kebanyakkan
kes hilang membabitkan mangsa keluar bersendiri tanpa pengawasan orang dewasa.
Sifat kanak-kanak ialah mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda-benda kecil dari semut di lantai, cicak di siling, sehinggalah kapal terbang di awanan. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa. Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka. Kanak-kanak juga mudah mempercayai orang lain kerana sifat naif mereka. Nurul Nadirah Abdullah adalah contoh mangsa dalam kes kehilangan kanak-kanak yang keluar membeli barang (maggi) di kedai berhampiran rumahnya. Kisah Nurul Nadirah adalah kesinambungan kes kehilangan kanak-kanak berumur di bawah sepuluh tahun. Kanak-kanak lain yang hilang kerana keluar bersendirian ialah Adam Shah, Sharlinie, R. Dass, Lee Xin Ru, Muhamad Asmawi dan Nurul Afifah Syawani Sahran. Kesemua mereka masih belum ditemui hingga ke hari ini.
Sifat kanak-kanak ialah mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda-benda kecil dari semut di lantai, cicak di siling, sehinggalah kapal terbang di awanan. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa. Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka. Kanak-kanak juga mudah mempercayai orang lain kerana sifat naif mereka. Nurul Nadirah Abdullah adalah contoh mangsa dalam kes kehilangan kanak-kanak yang keluar membeli barang (maggi) di kedai berhampiran rumahnya. Kisah Nurul Nadirah adalah kesinambungan kes kehilangan kanak-kanak berumur di bawah sepuluh tahun. Kanak-kanak lain yang hilang kerana keluar bersendirian ialah Adam Shah, Sharlinie, R. Dass, Lee Xin Ru, Muhamad Asmawi dan Nurul Afifah Syawani Sahran. Kesemua mereka masih belum ditemui hingga ke hari ini.
Zaman muasir ini, kita
mengetahui sikap masyarakat hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mengenal
jiran sebelah-menyebelah adalah salah satu punca penculikan kanak-kanak. Nilai-nilai
material yang semakin memberkas dan bercambah dalam masyarakat bak cendawan
tumbuh selepas hujan telah menghakis nilai-nilai murni. Sebagai contoh, sikap
jiran yang tidak mementingkan anak jiran di sebelah ketika ibu bapanya keluar
bekerja jelas ditonjolkan. Hal ini sekali gus menyebabkan kanak-kanak bermain
tanpa pengawasan orang dewasa.
Umum mengetahui, kanak-kanak diibaratkan seperti akar sebuah pokok yang memiliki jiwa yang dipenuhi keseronokan dan tidak memiliki pemikiran yang matang. Dalam fragmen ini, masyarakat yang lalai dibuai instrumen kebendaan menyebabkan mereka tidak mengambil tahu akan hal yang berlaku di sekeliling mereka. Seperti “enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjelaskan lagi integrity dan mentality masyarakat Malaysia pada masa ini. Lorong-lorong dan ruang-ruang jenayah penculikan terbuka luas seperti gerbang langit ke tujuh apabila masyarakat pada masa ini leka mengejar material dan bersikap induavidualistik. Jelas di sini bahawa masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga mendorong permasalahan ini. Benarlah kata-kata tokoh yang bijaksana Albert Einstein, “Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.”
Umum mengetahui, kanak-kanak diibaratkan seperti akar sebuah pokok yang memiliki jiwa yang dipenuhi keseronokan dan tidak memiliki pemikiran yang matang. Dalam fragmen ini, masyarakat yang lalai dibuai instrumen kebendaan menyebabkan mereka tidak mengambil tahu akan hal yang berlaku di sekeliling mereka. Seperti “enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjelaskan lagi integrity dan mentality masyarakat Malaysia pada masa ini. Lorong-lorong dan ruang-ruang jenayah penculikan terbuka luas seperti gerbang langit ke tujuh apabila masyarakat pada masa ini leka mengejar material dan bersikap induavidualistik. Jelas di sini bahawa masyarakat yang tidak bertanggungjawab juga mendorong permasalahan ini. Benarlah kata-kata tokoh yang bijaksana Albert Einstein, “Sungguh sedikit mereka yang melihat dengan mata mereka sendiri dan merasakan dengan hati mereka sendiri.”
Punca lain
yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak berlaku ialah masalah institusi
kekeluargaan. Pada masa ini, banyak kes perceraian berlaku sehingga menyebabkan
anak-anak terabai. Ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri mula
mengabaikan tanggungjawab dan hanya melepaskan
batuk di tangga. Anak-anak yang kurang kasih sayang ini hanya diberikan
wang dan diberikan kebebasan. Oleh itu, anak-anak khususnya yang berumur 15
tahun ke bawah yang masih belum matang berpotensi untuk ditipu dan diculik.
Sekiranya masalah ini berlaku, ibu bapa yang patut dipersalahkan kerana mereka
yang menjadi punca anak-anak menjadi mangsa penculikan, rogol dan pembunuhan.
Ketandusan masyarakat penyayang juga menyebabkan punca kepada tragedi kehilangan kanak-kanak. Kemerosotan nilai agama, kenanaran budi bahasa menyebabkan ramai masyarakat yang menjadi pemburu hendonisme atau melakukan segala kejahatan sehingga sanggup seseorang menculik kanak-kanak yang tidak berdosa. Kanak-kanak dijadikan lubuk emas atau sasaran penculik dan dijual kepada sindiket tertentu di negara jiran untuk dijadikan peminta sedekah dan buruh paksaan. Sikap pihak yang tidak berperikemanusiaan ini amat membimbangkan negara, lebih-lebih lagi ibu bapa. Hal ini demikian kerana, bukan sahaja ibu bapa berasa kehilangan terhadap anak tercinta, malah negara juga akan kehilangan aset yang amat berharga.
Ketandusan masyarakat penyayang juga menyebabkan punca kepada tragedi kehilangan kanak-kanak. Kemerosotan nilai agama, kenanaran budi bahasa menyebabkan ramai masyarakat yang menjadi pemburu hendonisme atau melakukan segala kejahatan sehingga sanggup seseorang menculik kanak-kanak yang tidak berdosa. Kanak-kanak dijadikan lubuk emas atau sasaran penculik dan dijual kepada sindiket tertentu di negara jiran untuk dijadikan peminta sedekah dan buruh paksaan. Sikap pihak yang tidak berperikemanusiaan ini amat membimbangkan negara, lebih-lebih lagi ibu bapa. Hal ini demikian kerana, bukan sahaja ibu bapa berasa kehilangan terhadap anak tercinta, malah negara juga akan kehilangan aset yang amat berharga.
Latar belakang penculik juga
menggambarkan betapa tahap pendidikan yang rendah adalah punca jenayah culik
meningkat. Penculik yang tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi sering
mengimpikan kehidupan mewah akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
undang-undang untuk mendapatkan kekayaan dengan cara yang paling mudah. Sebagai
contoh, pada perbicaraan kes tiga lelaki yang didakwa menculik Nayati di Jalan
Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields di sini, kira-kira pukul 7.30 pagi pada 27
April, 2012. Tiga tertuduh tersebut Chong Tat Siong, 24, yang bekerja sendiri
dan dua rakannya, Foong Khar Fai, 20, seorang jurujual telefon bimbit, Lee Phak
Seng, 34, seorang penggangur dan seorang lagi yang masih bebas didakwa mengikut
Seksyen 3, Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur
hidupserta sebatan, jika disabit kesalahan.
Keciciran dalam pendidikan akan menyebabkan seseorang individu itu membesar dalam lingkaran jenayah jalanan. Apa yang mampu mereka lakukan untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah ialah menculik kanak-kanak untuk dijadikan tebusan atau dijual kepada sindiket pelacuran atau sindiket pemerdagangan orang. Selagi nafsu beraja di mata dan bersultan di hati, selagi itulah jenayah penculikan ke atas kanak-kanak akan bermaharaja lela dan membarahi masyarakat di negara kita.
Keciciran dalam pendidikan akan menyebabkan seseorang individu itu membesar dalam lingkaran jenayah jalanan. Apa yang mampu mereka lakukan untuk menjadi kaya dengan jalan yang mudah ialah menculik kanak-kanak untuk dijadikan tebusan atau dijual kepada sindiket pelacuran atau sindiket pemerdagangan orang. Selagi nafsu beraja di mata dan bersultan di hati, selagi itulah jenayah penculikan ke atas kanak-kanak akan bermaharaja lela dan membarahi masyarakat di negara kita.
Berbeza dengan dekad 80-an dan awal 90-an, kanak-kanak diculik untuk diminta wang tebusan. Selepas mendapat wang tebusan itu, penculik akan membebaskan mangsa culik dalam keadaan selamat dan masih bernyawa. Berbanding dengan kes penculikan di era langit terbuka ini, penculik seakan tidak mempunyai agenda ketika menculik kanak-kanak tersebut. Selepas menculik kanak-kanak malang itu, barulah penculik itu akan bertindak di luar batas kemanusiaan terhadap mangsa culik. Di samping itu, masalah psikologi atau mental turut menjadi salah satu punca kejadian kehilangan kanak-kanak yang berlaku. Perkara ini demikian kerana mengikut statistik, kebanyakan kes kehilangan kanak-kanak berkaitan dengan kes rogol dan bunuh.
Keadaan ini
boleh berlaku kerana terdapat segelintir individu yang memandang kanak-kanak
seperti seseorang wanita yang pernah menolak cintanya. Hal ini terjadi
berikutan dengan individu tersebut yang menyimpan perasaan dendam, sedih dan
takut yang tidak terkawal ataupun mengalami penyakit jiwa. Oleh itu, pesakit
ini berpotensi untuk membayangkan seseorang yang dilihatnya seperti seorang
yang sentiasa berada dalam fikirannya. Kes seperti inilah yang akan menyebabkan
kanak-kanak akan diculik, dirogol dan terus dibunuh sebagai mangsa keadaan.
Hal ini sekali gus mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut akar
tradisinya sehingga nilai perikemanusiaan bertukar menjadi nilai yang nanar dan
babar. Demi mendepani realiti dunia baru yang pantas dan berkembang, kita
haruslah membongkar kepincangan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang
dominan untuk membendung tragedi ini kerana jangan sampai ”nasi sudah menjadi
bubur’’.
Langkah-langkah yang dominan lagi efektif
telah dilakukan bagi mengekang jenayah penculikan dalam kalangan kanak-kanak di
negara kita. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang. Mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 membawa hukuman
mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika disabit kesalahan. Sebagai
contoh, pada 5 April 2013, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap penculik
ibu dan anaknya yang berusia 6 tahun pada 2008 yang menuntut wang tebusan
sebanyak RM2.03 juta. Penculik bernasib baik kerana 2 lelaki itu terlepas
hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sementelahan
itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan alternatif yang ampuh untuk
membanteras gejala tersebut. Hal ini demikian kerana hukuman yang ketat
berupaya memperingatkan orang ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak kita.
Mereka yang mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kank-kanak perlu
dijatuhi hukuman yang berat, seperti hukuman penjara mandatori, human sebat
malar-malar hukuman gantung sampai hati. Hukuman yang maksimum dapat
menyebabkan golongan yang sering mendampingi syaitan itu berasa serik untuk
melakukan kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak polis juga perlu
membuat siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan manusia harus dibendung
dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak yang diculik ke negeri
Thai dan Indonesia telah dicacatkan untuk menjadi pengemis . Oleh itu, pihak
penguat kuasa perlu melaksanakan tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak
yang comel tidak diragut oleh manusia yang tidak waras.
Polis
Pulau Pinang telah melancarkan Ops Sayang III pada 27 Februarui 2013, bagi
mengesan beberapa lagi sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang aktif di
sekitar negeri ini. Peranan pihak polis amat berkait rapat dalam isu kehilangan
bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pelbagai langkah yang proaktif lagi praktikal
perlu diambil dengan meningkatkan kawalan keselamatan. Pihak penguat kuasa
seperti pihak polis perlu membuat rondaan di kawasan-kawasan hitam atau lebih dikenali sebagai kawasan yang
sering berlakunya jenayah seperti di lorong-lorong kedai atau di jalan-jalan
yang sunyi. Dengan cara yang lebih moden, pihak kerajaan seharusnya memasang
kamera litar tertutup (cctv) di kawasan-kawasan tersebut agar dapat merakamkan
sebarang jenayah yang berlaku, seperti penculikan kanak-kanak. Hal ini dapat
memastikan kes kehilangan kanak-kanak dapat diatasi dan dikurangkan.
Langkah seterusnya untuk mengurangkan kejadian kehilangan kanak-kanak adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Antara kempen yang boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana badan NGO ialah kempen ”Sayangilah Anak Anda”. Melalui kempen ini, banyak nilai murni yang boleh diterapkan, bukan sahaja kepada ibu bapa, malahan kepada setiap mesyarakat sekeliling. Antara budaya yang boleh diterapkan dalam setiap diri masyarakat ialah budaya “anak orang, anak kita”. Slogan ini bermaksud, walaupun kanak-kanak yang dilihat berseorangan tanpa arah tujuan, bukanlah anak kita, seharusnya sebagai anggota masyarakat, kita sepatutnya melindungi kanak-kanak tersebut daripada sebarang bahaya.
Rentetan daripada beberapa kes kejadian culik
kanak-kanak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, Polis Pahang sisipkan beberapa
tips-tips bagi mengelakkan anak anda daripada menjadi mangsa kejadian culik . Antaranya “Katakan
TIDAK!!” kepada orang yang tidak dikenali. Kebiasaannya, orang yang tidak dikenali akan mengambil
kesempatan dengan menghulurkan gula-gula dan hadiah atau mereka-reka cerita
untuk menarik perhatian kanak-kanak. Nasihatkan anak anda untuk katakan tidak
atau tolong jangan ganggu saya dan tinggalkan tempat itu secepat mungkin.
Jangan mengambil apa-apa daripada orang yang tidak dikenali tanpa kebenaran ibu
bapa. Selain itu, pastikan anak anda
menghafal nombor-nombor penting seperti nombor telefon rumah atau nombor
telefon bimbit anda. Hal ini dapat membantu sekiranya anak ini hilang atau
terpisah daripada keluarga.
Pakai Pakaian Berwarna Cerah ketika
keluar membeli-belah bersama keluarga. Pakai pakaian yang berwarna cerah atau yang senang
dikenali oleh ibu bapa. Ini akan memudahkan anda mencari mereka ketika berada
di tengah-tengah kelompok orang ramai terutamanya di pusat membeli belah. Warna
yang dicadangkan adalah warna terang seperti oren, merah, kuning dan
sebagainya. Ajarlah anak-anak kita menjerit
Untuk Minta Bantuan. Ajar anak anda sekiranya ada orang menariknya
menaiki kereta atau memasuki bangunan secara paksa, jeritlah sekuat hati;
“tolong! Saya tidak kenal orang ini!” penculik tidak dapat bertindak sekiranya
ramai orang yang memerhati. Luangkanlah masa
dan Sentiasa menemani anak-anak. Keselamatan anak-anak akan lebih terjamin
sekiranya mereka didampingi teman atau sekumpulan rakan-rakan. Orang yang tidak
dikenali suka menghampiri kanak-kanak yang berseorangan. Jadi, jangan biarkan
anak anda tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa, kakak, abang atau kawan-kawan boleh
dijadikan teman (buddy).
Untuk
menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan untuk menyelamatkan cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan. Dalam
konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari
daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar
malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah
berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah
diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli belah. Ibu bapa perlu mengajar anak
mereka serba sedikit pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang
tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka
supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun terdapat
gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk
memastikan anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah.
Contohnya adik Nurin Jazlin membeli sesuatu di pasar malam sehingga tidak
pulang untuk selama-lamanya. Tegasnya ibu bapa perlu memikul tanggungjawab
untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka.
Selain
itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk mencelikkan masyarakat kita
supaya peka terhadap isu ini. Media massa terutamanya media elektronik
mempunyai pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi
ini, pihak televisyen dan akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang
berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa
mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan anak buah mereka daripada
menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa binatang buas. Siaran daripada media
massa dapat segera memancing perhatian dan kerjasama daripada masyrakat untuk
menghulurkan bantuan bersama-sama demi menyelamatkan budak yang hilang atau
kena culik. Dalam masa yang sama, media elektronik patut menyekat rancangan
ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai sehingga menbangkitkan nafsu yang
dikutuk oleh Tuhan. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus
dilarang sama sekali sama ada dalam cakare padat digital cetak rompak ataupun
dalam internet. Adegan keganasan akan terserap ke dalam jiwa yang kedangkalan
keimanan. Senarionya, unsur keganasan akan diterjemahkan terhadap kanak-kanak
yang tidak berdosa. Natijahnya, semua media perlu menghalang rancangan yang
berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan
kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa.
Kesimpulannya, masalah kehilangan kanak-kanak di negara ini perlulah
dikurangkan dengan adanya kerjasama antara semua pihak. Hal ini demikian kerana
anak-anak ialah harapan nengara yang paling berharga pada masa depan bak
mutiara kata pemuda tiang agama, pemudi tiang negara. Tanpa aset yang berharga
ini, negara akan menanggung kerugian yang besar. Oleh itu, ibu bapa khususnya berperanan penting untuk memastikan
anak-anak hidup bahagia, selamat dan terjamin keselamatannya. Umpama pintu
rumah yang dikunci berbanding pintu rumah terbuka luas. Yang mana lebih mudah
dimasuki pencuri? Tepuk dada tanya selera kerana di mana ada kemahuan di situ
ada jalan.
No comments:
Post a Comment