Photobucket

Thursday, December 12, 2013

KEPENTINGAN LAGU KEBANGSAAN

Melayani cerita Korea pada waktu petang begini akan mengundang kelekaan. Oleh itu, Cikgunie membuka salauran Astro Awani. Kebetulan dalam kemeriahan temasya Sukan SEA yang sedang berlangsung di Myanmar, tanpa disedari, sekarang sedang berlangsung Piala Dunia Hoki di India. Pasukan yang akan menetang skuad Hoki Junior Kebanagsaan Bawah 23 tahun ialah pasukan Korea. Sebelum sesebuah pertandingan dimulakan, pemain-pemain akan menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing. 

Cikgunie mengucapkan tahniah kepada semua pemain Pasukan Hoki Junior Kebangsaan termasuk kanak-kanak yang mengiringi mereka di padang kerana bersungguh-sungguh dan bersemangat menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu giliran pemain-pemain Korea pula menyanyikan lagu Kebangsaan mereka. Mulanya Cikgunie teruja hendak mendengar bagaimanakah irama lagu kebangsaan mereka. 

Namun hasrat Cikgunie punah apabila pemain-pemain hoki Korea langsung tidak menghafal lagu kebanagsaan mereka. Ada beberapa pemain yang sekadar menyanyi seperti orang berbisik dalam kelambu. Moralnya ialah lagu Kebangsaan mencerminkan bahasa dan budaya sesebuah negara bangsa. Syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan kepada guru-guru yang telah mengajar murid-murid menyanyikan lagu Negaraku sejak di Tadika lagi. Tidak dinafikan lagu Kebangsaan sesebuah negara adalah sebagai pembakar semangat terutama dalam semua acara sukan yang dipertandingkan.


LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahgia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

No comments:

Post a Comment