Photobucket

Sunday, December 15, 2013

EKSPEDISI MENCARI PRINCE CHARMING (KARYA TERBARU)

BAB 1

Gempar. Seluruh dunia dan cakerawala bergegar saat semua saluran televisyen menyiarkan berita Prince Charming hilang sejurus ditunangkan dengan Puteri Cinderella. Kemanakah Prince Charming menghilang? Di manakah Prince Charming berada? Semuanya menjadi tanda tanya kepada seluruh masyarakat. Sehari berganti seminggu dan seminggu berganti sebulan. Selepas sebulan, kehilangan Prince Charming semakin tidak mendapat liputan berita di mana-mana saluran televisyen, Internet, radio mahupun surat khabar. 

Bagaimana wartawan hendak melaporkan kehilangan Prince Charming kerana dia bukanlah anak raja mana-mana negeri. Dia juga bukanlah Putera Mahkota yang bakal menjadi Raja atau Sultan. Prince Charming juga tidak pernah menonjolkan dirinya dalam mana-mana majlis. Tiada seorang pun wartawan yang pernah melihat wajahnya. Tiada seorang pun yang pernah merakam gambarnya. 

Cuma nama Prince Charming tiba-tiba jadi sebutan selepas dia menyelamatkan seorang Puteri jelita daripada mati lemas. Selepas itu Puteri Jelita yang terhutang budi kepadanya telah jatuh cinta pula. Nama Prince Charming  semakin meletup kerana dia akan bertunang dengan Puteri Cinderella. Malangnya selepas bertunang selama 5 minit,  kelibat Prince Charming hilang dari majlis tanpa sempat wajahnya dirakam oleh mana-mana wartawan yang datang membuat liputan. Puteri Cinderella menangis sejak hari kejadian sehingga hari ini. 

( Tunggu hingga selesai 10 bab baru akan di post di sini)

No comments:

Post a Comment