Photobucket

Monday, December 9, 2013

RALAT POST 7 MAC 2013

RALAT DAN MAAF
Cikgunie memohon berjuta kemaafan daripada pengunjung blog cikgunie yang nama mereka digunakan dalam contoh-contoh ayat yang cikgunie sediakan. Cikgunie tidak berniat hendak mengutuk dan menghina sesiapa pun di dalam blog ini. Cikgunie amat sedih kerana ada pengunjung blog cikgunie yang menuduh Cikgunie sengaja membuat blog ini untuk menghina mereka dengan menggunakan nama-nama mereka dalam contoh-contoh ayat yang Cikgunie sediakan. Rujuk semua post Cikgunie sejak 2009-sekarang...
Sebenarnya Cikgunie tidak berniat untuk mengutuk atau menghina sesiapa pun.
Sesungguhnya nama-nama yang Cikgunie gunakan di dalam contoh-contoh ayat Cikgunie hanya spontan keluar semasa membina ayat-ayat tersebut. Merujuk kepada post Cikgunie bertarih 7 Mac 2013, Cikgunie memohon berbanyak kemaafan daripada pengunjung blog Cikgunie Mejar Mohd Azam yang kebetulan namanya sama dengan nama yang Cikgunie buat contoh situasi peribahasa. Kebetulan nama bapa kepada watak yang Cikgunie wujudkan itu nama bapa Mejar Mohd Azam walaupun karektor dan situasi watak tidak sama sama sekali. Di sini, Cikgunie memohon maaf secara terbuka kepada beliau. Cikgunie berharap sselepas ini jika ada persamaan nama-nama watak dan nama-nama contoh di dalam ayat-ayat yang Cikgunie sediakan ia hanyalah kebetulan dan tiada kaitan dengan mana-mana individu baik yang hidup mahupun yang telah mati.
Mejar Mohd Azam, Cikgunie minta maaf dia atas kesilapan tersebut.

No comments:

Post a Comment