Photobucket

Wednesday, December 11, 2013

CUTI-CUTI BALIK KAMPUNG (SIRI 1)



KUIH SERI MUKA
Bahan A
2cawan beras pulut (rendam 2 jam sebelum kukus)
3cawan santan sederhana pekat
1sudu kecil garam
1helai daun pandan (ikat)
1sudu minyak masak

Cara Membuatnya
Panaskan air kukusan sampai mendidih..

Lapik plastik dalam loyang(9inci)
Masukkan beras pulut dan semua bahan A. Kukus selama 15- 20 minit..

 
Bahan B
3 1/3 cawan santan cair
5-6 helai daun pandan
(kisar sampai lumat daun pandan dan santan cair)
tapis dan buang hampas daun pandan (untuk menghijaukan kuih seri muka)
1cwn gula pasir  *** atau ikut selera masing-masing
1biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau
1sudu tepung beras
1 1/3cawan tepung gandum
½ sudu kecil jintan manis

Cara Membuat Seri Muka

Masukkan santan yang berwarna hijau dan semua bahan B di atas di dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Bila pulut yang dikukus sudah masak, lenyek sehingga padat dan tuangkan bahan B yang telah dikisar dan kukus semula selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Top of Form
Bottom of Form

No comments:

Post a Comment