CIRI-CIRI TAYAR SELAMAT
Jangan
gunakan tayar toreh atau tayar celup. Tayar toreh ialah tayar yang sudah botak dan ditoreh semula oleh 'industri belakang rumah' secara haram dan tidak menepati mana-mana piawaian keselamatan. Tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali. Pembuat tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula. Pekilang akan menambah kompaun atau lapisan yang baru sebelum ditoreh semula.
Jangan
gunakan tayar import terutama dari Korea, Jepun atau dari Negara-negara
bermusim sejuk kerana rekaan bunga tayar dan bahannya tidak sesuai dengan
keadaan dan cuaca panas dan hujan di Negara kita. Terdapat pelbagai jenama dan harga
ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk
pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat
kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk
berbelanja lebih jika mengambil faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis
tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama
dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar,
tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken dan lain-lain lebih lembut kerana
tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sejuk
dan bersalji tetapi apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya
panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangka hayat yang pendek dan cepat
habis bunganya. Kebisingan tayar pula adalah bergantung kepada bunga tayar.
Lebih senyap sesebuah tayar, maka lebih
rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih
bising tayar, ia lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi
kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa
hujan kerana ia tidak selamat digunakan dan akan mengundang bahaya.
Jangan
gunakan tayar yang melebihi 5 tahun dari tarikh dikeluarkan dari kilang. Contoh
di tepi sisi tayar ada dicatatkan tarikh pengeluaran dalam empat angka seperti
0809. Ini bermaksud tayar itu dikeluarkan pada minggu kelapan dalam tahun 2009.
Oleh itu, jangan simpan tayar spare di dalam bonet belakang melebihi 5 tahun!!!
Jangan
gunakan rim melebihi kemampuan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah
memilih rim bersaiz 14 inci. Jika melebihi 1.5 atau 1.6 eloklah memilih saiz
rim 15 inci kerana ia akan mempengaruhi kekuatan pecutan dan memendekkan jangka
hayat peralatan penyerap hentak dan penggunaan petrol.
Jangan
gunakan tayar botak. Periksa tayar kereta atau kenderaan anda agar bunga tayar
tidak kurang dari 3 cm. jika kurang, segeralah menukar tayar kenderaan anda
terutama jika yang botak itu tayar hadapan.
Tips
paling penting, selepas membeli kenderaan baharu, iaitu selepas mendapat kunci
kereta, pandulah kereta anda ke kedai tayar untuk membuat alignment. Alignment sangat
penting untuk kereta baharu kerana dari situlah bermulanya kelancaran tayar
anda sama ada botak sama rata atau sebelah botak dan sebelah tidak botak.
Akhir
kata Pandu Cermat Jiwa Selamat.
No comments:
Post a Comment