Photobucket

Wednesday, December 11, 2013

CUTI-CUTI BALIK KAMPUNG (SIRI 2)

PENGAT DURIAN (RESEPI ANAK KEDAH)

Bahan-bahannya
5-7 biji durian
2 mangkuk air biasa
2 cawan gula
2 helaai daun pandan
1 sudu kecil garam
3 mangkuk santan (1 mangkuk santan pekat+2 mangkuk santan cair)




CARA MEMBUATNYA
Asingkan isi durian daripada bijinya
Gaulkan dengan 2 mangkuk air untuk mengurangkan kepekatannya.
Masukkan 3 mangkuk santan, 2 cawan gula dan satu sudu kecil garam ke dalam kuali besar (18 inci).
Daun pandan diikat  dan dimasukkan ke dalam bahan tadi.

Kacau rata dengan api perlahan sehingga mendidih.
Kacau lagi 15-20 minit selepas mendidih sehingga pengat durian agak pekat.

Tutup api dan hidangkan.
Sangat sedap dicecah roti atau dimakan bersama pulut yang sudah ditanak.

No comments:

Post a Comment