Maksudnya
Jika kita ingin melakukan sesuatu, maka kita akan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan apa cara sekalipun sehingga berjaya.
Contoh ayat:
Walaupun Puan Rusni tidak pernah mengopek kelapa, namun kerana ketiadaan kelapa parut untuk membuat pengat durian maka dia berusaha mengopek kelapa yang gugur di belakang rumahnya dengan pisau kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Sebenarnya Cikgunie tidak pernah mengopek kelapa seumur hidup Cikgunie dengan pisau pun. Tetapi kerana ketiadaan Hubby dan alat pengopek kelapa atau pun parang sedangkan Cikgunie perlukan kelapa parut untuk dibuat santan, maka Cikgunie berusaha mengopek kelapa menggunakan pisau. Akhirnya berkat ungkapan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Cikgunie berjaya juga mengopek sebiji kelapa. Ingat, wanita boleh buat apa yang lelaki boleh buat. Sebenarnya wanita boleh buat apa sahaja kerana golongan wanita ialah golongan yang selalu berusaha, berusaha dan berusaha.
No comments:
Post a Comment